prolog

Drama Series 888

Suasana meriah memenuhi Dewan Syarifah Kamaliah SMK Dato Perdana.Bingit nya suara pelajar² lepasan SPM yang seronok meraikan kejayaan mereka, melompat gembira dengan gelak tawa bahagia.Bertepuk tampar sesama teman,berbual panjang tampa niat meninggalkan dewan,mengimbau kenangan sepanjang menuntut ilmu di SMK Dato Perdana.

Tak ketinggalan Aisy Ilham yang asyik berbual panjang dengan 2 orang sahabat baiknya Muhammad Hamzah dan Khairie Affan.Tak lekang wajahnya dengan senyuman, sesekali menghapus air mata yang bertakung pada matanya dek kerana menahan lawaknya kenangan yang sahabatnya Khairie Affan ini sampai kan.

"Aku tak tipu wei... time form 1 dulu dia lah kepalanya yang cari gaduh ngan abang ketua pengawas kita tu,tak pasal² kena heret masuk bilik disiplin!!"cerita Khairie tampa ia kesah dengan tuan badan yang dikata.

Hamzah memandang datar Khairie cuba menahan sabar, aduhai...nasib baiklah member, kalau tak dah lama ditampar mulut si Khairie ni.Aisy memegang perutnya senak,dia kenal Hamzah 3 bulan lepas bermulanya sesi persekolahan.

Hamzah ditukarkan ke kelas 1 Berlian disebabkan sebab tertentu.Aisy yang melihat peluang untuk berkenalan dengan Hamzah memulakan perbualan.Tampa dia sangka rupanya mereka sekampung, ditambah Khairie sahabat nya Hamzah dari kelas lamanya turut menjadi sahabat baiknya hingga kini.

Sepanjang 5 tahun mengenali Muhammad Hamzah,baru kali ni dia tahu penyebab Hamzah ditukarkan ke kelas Berlian.Tiada langsung niat nya untuk bertanya,manakan tidak...dengan wajah bengis Hamzah yang lagaknya harimau kelaparan, siapa yang berani bertanya? untung saja wajahnya tampan,adalah lah jugak yang sejuk mata untuk dipandang.

"isy kau ni...benda lama takyah la ungkit.Time tu zaman jahilliah aku lah...lagi pun,dah abang ketua pengawas tu yang cari pasal,aku pun apa lagi...makan penumbuk lah dia masa tu."Hamzah cuba membela diri.

"Yang kau pergi ponteng kelas siap merokok dalam tandas tu dah kenapa?kan kantoi ngan dia,salah kau sendirilah." tambah Khairie menepuk-nepuk bahu Hamzah kasar.

"Eh kau...aku dah tak sentuh lah benda haram tu,kau pun apa kurangnya...kena tangkap sebab bercinta kat belakang bagunan lama,kan dah kena piat telinga tu ngan ustaz Haikal."Hamzah tak mahu kalah.

Aisy makin kuat menyembur tawanya,kenal sangat perangai buaya sahabatnya ini,nasib baiklah belum pernah si Khairie ni sentuh anak dara orang, setakat keluar ayat² manis tu adalah, kalau tak bukan setakat ustaz...dia sendiri yang volunteer ikat Khairie ni kat pokok Pisang,gatal sangat.

"Eh kisah aku ngan Siti tu cite lama okay?tak payah nak ungkit.Si Siti tu yang gatal ajak aku date kat belakang bagunan lama tu,menggedik je keje nye,ingat aku nak sangat kat dia??"kata Khairie geram.Mengingat perangai Siti yang selalu cuba menyentuh tangannya.Nasib baiklah budak tu dah pindah jauh dari sini,tak terbayang rasanya kena satu sekolah ngan minah gedik tu sepanjang 5 tahun tu.

"Salahkan anak orang pulak...kau tu yang menggatal,dah tau couple tu haram nak jugak dibuatnya.'Ustaz'...try nasihat sikit anak murid ustaz ni,sakit anak tekak saya nasihat dia ni 'ustaz...'"mata Hamzah menjeling Aisy yang daritadi tak habis² gelak.Bukannya dia tak sedar suara Hamzah yang lirih memanggil nya,tapi dia sendiri penat nak nasihat sahabat dia yang satu ni.

"Nak Hamzah oi... ustaz yang tak ada lesen ni jugak ke yang kamu nak mintak nasihat? pergilah jumpa ustaz Haikal, insya-allah bukan setakat nasihat,'ustaz' rasa sahabat kamu Khairie ni terus insaf lepas kena rotan keramat ustaz Haikal tu ha..."balas Aisy ikut melayan.

Tersembur tawa dari mulut Khairie dan Hamzah mendengar intonasi yang digunakan Aisy,tampa mereka sedar satu susuk tubuh dengan rotan buluh panjang menghampiri mereka dengan wajah bengis.

"Aku dengar ada yang seru nama aku, korang bertiga rupanya..."lirih ustaz Haikal merenung tajam 3 remaja lelaki dihadapan nya.3 orang pelajar lepasan SPM itu menelan ludah kasar,mata mereka tak lepas memandang rotan buluh di tangan ustaz Haikal lama.

"Eh ustaz...bila sampai?jom kopi² dulu, Hamzah belanja."kata Khairie gugup,merangkul bahu Hamzah kasar.Hamzah menjeling Khairie geram,suka-suki dia je petik nama orang,nak kena budak ni...

"Sudah² la tu Khairie,semua yang keluar dari mulut kau dusta belake.Bawak² la bertaubat..."balas ustaz Haikal,kenal sangat dengan perangai muridnya yang satu ini.

Aisy dan Hamzah dah bantai gelak.Ustaz Haikal ni dah macam geng² diorang ni ha...,best sebenarnya kau buat ustaz Haikal jadi member kau.Garang² dia ada jugak lembut nya,kau layan dia elok, eloklah dia layan kau.

"Apa ni ustaz...sejahat-jahat saya,jahat lagi syaitan durjana tu ustaz.Sayakan anak murid kesayangan ustaz...saya ni baik semula jadi orangnya."balas Khairie cuba untuk menang.

Ustaz Haikal hanya membuat roll eyes,nak termuntah rasa dengar si Khairie ni membangga diri, konfiden lebih budak sorang ni....

"Sejak bila kamu jadi anak murid kesayangan aku ni?"kening ustaz Haikal diangkat memandang Khairie.Ternganga luas mulut Khairie mendengar kata² ustaz Haikal,rasa² luas mulutnya gajah sekor pun boleh masuk.

"Aduh...menusuk ustaz...sakitnya di sini,dihati ni ustaz..."Khairie mula bermain drama pukul 7 nya, memegang dadanya cuba bermain peran.Laju tangan ustaz Haikal memulas telinga Khairie,meraung anak jantan sorang ni,bergema Dewan Syarifah Kamaliah dengan suara nyaring Khairie,habis semua mata memandang.

"sa.. sakit...sakit ustaz!!ta..tak buat dah,nak tercabut telinga saya ni ustaz!!!"rintih Khairie memegang lengan lelaki 40an dihadapan nya itu mintak dilepaskan telinga yang hampir memerah.

Perlahan-lahan pegangan pada telinga Khairie dilepaskan, lembik budak ni...macam mana lah nak jaga anak dara orang kalau kena pulas telinga sikit dah melalak tak ingat dunia.

Mata ustaz Haikal teralih kearah Aisy yang asyik berdiam diri daritadi.Tangan kanan nya menyelup poket seluar yang dipakai,not RM 100 unggu dikeluarkan.Menarik lembut tangan Aisy, meletakkan not RM 100 pada tapak tangan remaja itu.

Aisy tergamam,matanya memandang not RM 100 yang diberikan ustaz Haikal bersilih ganti.Belum sempat dia membuka mulut,laju ustaz Haikal membalas.

"Ambik RM 100 ringgit ni,bawak kawan² kamu ni pergilah makan mana²."Jawab ustaz Haikal tahu benar apa yang bermain difikiran anak muridnya itu.

"Ta..tak perlu lah ustaz,buat susah² je."Aisy cuba menolak lembut,namun pandangan mata ustaz Haikal langsung tak terlihat kedamaian nya mendengar penolakan Aisy.Namun Aisy masih berkeras cuba menolak pemberiaan ustaz Haikal.

Not RM 100 direntap Khairie kasar, merangkul pelan bahu Aisy disebelah nya."hahahaha.... ustaz tak perlu risau, kitorang akan berjoli- maksud saya menggunakan duit yang ustaz bagi ni untuk mengisi perut kami harini"kata Khairie ketawa gugup.Hamzah hanya mengguk-angguk mengiyakan kata² Khairie.

Badan Aisy diheret 2 ekor monyet ni keluar dari dewan, sempat melambai-lambai tangan ke arah ustaz Haikal tanda perpisahan.Belum sempat melangkah keluar, ustaz Haikal menarik pelan lengan Aisy,terdiam sebentar sebelum membuka kembali mulutnya.

"Nanti datang rumah aku makan malam, TokTeh kau tu dah rindu sangat kat kau,katanya nak masak sambal petai.Aku tak terima selain 'ya' keluar dari mulut kau, jangan lupa malam ni."kata ustaz Haikal tegas.

Aisy membuang nafas pasrah,hanya mengangguk mengiyakan."kitorang nak pergi melawat ummi ni,abah izin kan?"soal Aisy mula mengubah panggilan nya pada ustaz Haikal.

"Suka hati kau lah nak buat apa,tak perlu mintak izin aku kalau nak melawat ummi kau,itu hak kau.Aku ni penjaga kau je."ustaz Haikal memeluk tubuh tanda mengizinkan.

Senyuman Aisy makin cerah,tangan ustaz Haikal disalam lembut.Khairie dan Hamzah turut melakukan hal yang sama,menganguk pelan mendengar nasihat ustaz Haikal yang lebih kepada amaran untuk mereka berdua.

"Jaga anak aku elok², kalau aku nampak ada calar walaupun sikit je kat badan dia teruk korang aku kerjakan.Lagi satu,bawak motor tu biarlah bertamadun sikit,tak payah nak merempit tengahari celik ni, menyusahkan aku je nak kena ikat jamin korang kat balai nanti."bisik ustaz Haikal ditelinga Khairie dan Hamzah, masing² menelan ludah kelat.

"apa lama sangat salam tu? cepat la...nanti jem pulak jalan nanti."soal Aisy heran melihat 2 sahabatnya itu diam terkaku dihadapan ustaz Haikal.

"eh tak ada apa...kaki budak² ni ha...kram tiba²"jawab ustaz Haikal merangkul bahu Khairie dan Hamzah kasar,tanda amaran.2 manusia malang ni hanya tertunduk takut.

"Asal korang diam daritadi ni?"soal Aisy membentulkan rambutnya yang sedikit serabai setelah perjalanan panjang.Kini sampai lah mereka ke destinasi pertama,tangan Aisy laju mengambil sebotol air jernih botol besar di bakul motor.

Matanya memandang tajam 2 sahabatnya yang masih berdiam diri, pucat pesi wajah anak Harun dan Jamal tu,entah apa yang difikirkannya."oi beruk,korang dengar tak aku cakap ni?"geram Aisy.

"isy kau ni...bahasa kau tak boleh elok lagi ke? dengar lah... kitorang tak pekak lagi okay?" balas Hamzah,dia dah tengah fikir macam mana nak selamat kan nyawa dia dari ustaz Haikal tu,mengacau je budak ni.

"eh kau...emo tiba² dah kenapa?"heran Aisy.Datang bulan ke apa budak ni? Dipandang pula Khairie yang duduk mencankung ,asyik menguis-guis tanah dengan jarinya.

"Mamat ni dah kenapa pulak dah...putus cinta ke apa ni??eh korang...apa masalah korang ni,cuba cite."Aisy tambah geram.

"Kau lah masalah nya!!"balas Khairie dan Hamzah serentak, memandang tajam Aisy yang berwajah polos,merah mata 2 remaja itu menahan air mata yang hampir menitis.

"Aku pulak???"Aisy bertambah-tambah heran.

"Ummi... Aisy datang ni.Aisy bawak dua sahabat Aisy jumpa ummi harini, sebenarnya kitorang dari sekolah ambik results SPM, Alhamdulillah... Aisy berjaya ummi."ucap Aisy sayu,mengusap lembut batu nisan yang indah terukir nama si pemilik

'Summayah Aisyah Binti M.Iskandar'

"Genap...10 tahun ummi tinggal kan Aisy, jujur Aisy cakap... Aisy marah,sedih dan kecewa sebab...tak dapat nak jaga ummi.Impian Aisy bila besar nanti,nak buat ummi bahagia.Nak ummi duduk berehat dirumah, tunggu Aisy balik dari kerja, makan masakan ummi dan...."Aisy terdiam seketika.Khairie yang daritadi asyik mendengar, memandang Aisy yang diam seketika.

Air mata yang daritadi ditahan akhirnya tumpah jua.Teresak-esak Aisy Ilham menahan sebak di dada, tangannya sedaya upaya menghapus air mata yang terus menerus mengalir.Hamzah yang duduk disebelah Aisy menggosok belakang sahabatnya itu pelan,panas matanya melihat sosok sahabatnya yang begitu kuat dihadapannya kini.

10 tahun hidup tampa seorang wanita yang bergelar 'ibu' disisi, ditambah hidupnya yang serba kekurangan.Aisy Ilham sangat kuat,dia tak tipu.Aisy Ilham sangat lah kuat dalam meghadapi dugaan yang menimpanya,10 tahun cuba meredha kan kepergian satu² nya punca dia untuk teruskan hidup.

"da..dan...peluk cium ummi setiap hari."Aisy menghabiskan kata² nya.Serentak Khairie dan Hamzah memeluk tubuh Aisy,hampir saja air mata mereka mengalir.

'jangan nangis,kena kuat depan Aisy!!'jerit 2 sahabat itu dalam hati.

"Dah..dah...stop nangis.Ambik ni."Hamzah menghulurkan senaskah surah yasin kepada Aisy.Aisy mengelap sisa air matanya yang kian berhenti daripada mengalir,habis basah pipinya dengan air mata.

Naskah yasin yang sudah bertukar tangan dibuka cermat,sejuk fikirannya melihat baik ayat kalam Allah itu.Alunan bacaan yasin mula dibaca oleh 3 sahabat ini...merdunya suara yang dilantunkan,sejuk hati mendengar.

20 minit berlalu, bacaan yasin ditutup dengan bacaan doa dari Aisy dan di amin kan oleh Khairie dan Hamzah.Botol air yang berada di samping Aisy capai,menyiram tanah kubur dihadapannya.

Batu nisan diusap lembut, senyuman nipis diukir."nanti Aisy datang lagi tau...Aisy pergi dulu, assalammualaikum...." ucap Aisy mula melangkah berlalu pergi.

"kitorang janji pada makcik, kitorang akan jagakan Aisy, insya-allah..."tambah Khairie setelah Aisy kian menjauh dari pandangan nya.

"Kami pergi dulu, assalammualaikum..." ucap Hamzah melangkah menjauh dari tanah perkuburan itu dengan Khairie disisi.

Kalau anda suka sila singgah, kalau tak suka tak apa...saya tak marah.Cerita pertama yang saya terbitkan dalam novel plus ni,harap semua enjoy:-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience