Bab 3

Drama Series 888

"tak boleh!"lantang ustaz Haikal.

"tapi abah..."

"abah cakap tak boleh tak boleh la!!kau tak faham bahasa ke?!"jerkah ustaz Haikal.

Kepala Aisy kian menunduk,gerun dengan wajah bengis ustaz Haikal.Puan Dijah hanya mampu melihat dari jauh,lauk makan malam dipandang sedih.Belum sempat jamah pun,kenapa lah diorang kena gaduh time ni???

"hah,nak pergi mana tu?"soal ustaz Haikal melihat Aisy yang melangkah pergi.Aisy diam tak menjawab,mencapai beg sandangnya diatas meja.Kakinya melangkah ke arah Puan Dijah,diam seketika sebelum kembali bersuara.

"Ham balik dulu tok, kalau ada masa Ham datang ye."ujar Aisy pelan.

"tak nak salam abah kau dulu?"soal Puan Dijah melirik ustaz Haikal yang hanya berpeluk tubuh, merajuk lah tu...

"Ham balik dulu,dah nak malam ni,takut tak nampak jalan" jujur Aisy.Puan Dijah hanya mengangguk mengiyakan.

Selipar jepun disarung, butang flashlight pada telefon pintar ditekan.Langkah kakinya terhenti apa bila namanya diseru dari belakang.

"jom aku hantar kau balik"tawar ustaz Haikal yang siap menyarung helmet di kepalanya.

Aisy terdiam mendengar tawaran dari ustaz Haikal,otaknya mula berfikir panjang.

'dah lebih 10 malam,lampu jalan pun malap...susah jugak kalau guna flashlight fon,bateri pun tinggal 20%,tumpang abah?tapi aku baru nak merajuk ngan dia.!!'

"kau tunggu apa lagi?naik lah!!nak aku hampar karpet merah baru kau nak naik ke??"soal ustaz Haikal geram, helmet pada raga motor dihulur pada Aisy.

Aisy hanya membuang nafas pasrah, helmet disarung pada kepala sebelum duduk membonceng dibelakang ustaz Haikal.

Disepanjang perjalanan tiada langsung suara yang keluar dari dua orang ini, hanya bunyi motor kapcai dan cengkerik yang terdengar daritadi.

"dah,turun"arah ustaz Haikal singkat, memberhentikan motor nya dihadapan rumah kayu bajet yang tampak lama.Warna biru luntur dan dinding rumah yang rapuh menyapa penglihatan ustaz Haikal.

Belum sempat Aisy memulas tombol pintu yang hampir berkarat,tindakan nya terhenti dengan panggilan ustaz Haikal dari belakang "ni"

satu plastik merah berisi lauk pauk dihulur pada Aisy.Aisy diam seketika, pandangan diarah pada ustaz Haikal yang membetulkan helmet yang sedikit longgar.

"terima kasih" ucap Aisy, ustaz Haikal hanya diam tak membalas.Kian menghilang dari pandangan Aisy.Nafas lelah Aisy buang kasar, kaki nya kembali melangkah masuk ke dalam rumah kayu tempat dia berteduh.Nampak je lama,rapuh rumah ni,tapi kuat!! betullah kata orang...'rumah Ku syurga ku'

"Assalamualaikum..." salam tidak lupa diucap sebelum masuk kedalam rumah.Tahulah Aisy tak ada siapa yang akan membalas,dia lagi terkejut kalau ada yang jawab salam dia,kau tinggal sorang kot dalam rumah ni...rasa-rasa sapa je jawab salam tu? scary...

Plastik makanan diletakkan diatas meja kayu dapur, Aisy hidu baju pada tubuhnya sekilas."eww...busuknya!!badan Aku ke ni?"jijik dengan badan sendiri.Tuala yang elok tersangkut pada birai katil dicapai,hidup bujang kan...tak kesah sangat rumah dia tunggang langgang,tak ada sapa pun nak tengok.

Terasa ada yang menempel pada kakinya daritadi,mata Aisy beralih memandang seekor kucing hitam yang asyik berbunyi meminta makanan.

"haa...seronok merayap cari jantan,Mimi?" soal Aisy membelai-belai bulu Mimi lembut.

"meow...."balas Mimi seolah menjawab pertanyaan Aisy,larut dalam belain manja Aisy, Mimi yang asyik berbunyi diam seketika.

"jap eh..." makanan kucing diatas almari dicapai, langkahnya dituju pada bekas kosong di bucu dinding tempat Mimi setia menunggu.

Hampir penuh terisi bekas makanan Mimi Aisy tuang.Aisy tersenyum geli melihat Mimi yang seronok menyantap makanannya yang tak sebarapa tu,berselera nya...

"sorry lah Mimi,banyak ni je aku boleh bagi,makanan kau mahal tau,harap kau fahamlah..."jelas Aisy membelai-belai bulu Mimi.

Mimi diam tak membalas, nampak sangat sibuk hal sendiri. "ni kau pergi merayap rumah Mak Leha kan?mengorat si BamBam tu?kau tu betina,dia jantan,ingat sikit.BamBam tu pun bukan boleh percaya sangat, sekali dia terberanakkan kau,aku...yang kena tanggung anak-anak kau tu.Aku tak nak berbesan dengan Mak Leha tu, mulut puaka dia...nauzubillah!!"bebel Aisy sendiri,Mimi hanya memandang datar tuan dia sorang ni,muka dia macam cakap...

'kau yang gelabah asal?'

"kau tau tak...tadi aku gaduh ngan abah,dia tak bagi aku pergi KL"luah Aisy yang duduk bersandar pada dinding.

"Aku...nak la jugak merantau kat tempat orang, takkan nak terperuk kat kampung ni sampai tua bangka kan?Aku bukan buat benda tak elok pun,kerja ngan abang Hamzah je pun.Hamzah pun satu,bagilah time nak bincang dengan abah dulu,ni merajuk je kerjanya...macam perempuan serupanya" Aisy kembali membebel.

"isy,bercakap ngan kau pun bukan kau balas,baik aku gi mandi" pasrah Aisy,dia bosan sebenarnya....almaklumlah,tak ada yang mahu berteman.

"apa ni Dina...rimaslah, jangan sentuh boleh tak?" Ammar menarik lengannya geram,rimas dengan Dina yang daritadi tangan dia melingkar kat lengan dia.

Dina makin mengeratkan pautan pada lengan abang sepupunya itu,sesekali mencucuk-cucuk manja dada bidang Ammar disebelah nya.Wajah geli Ammar tayang.

"apalah abang Am ni...nak main-main pun tak boleh"lirih suara Dina membalas,suka betul dia menyakat anak kedua Pak long nya ini.Gigi Ammar ketap geram.

"lepaslah!!"Ammar menepis kasar,habis sudah kesabarannya dengan remaja perempuan dihadapannya ini.Langkahnya menuruni tangga, meninggalkan Dina yang terkaku di tingkat atas.

"semua benda nak marah"Dina membuat roll eyes, berpeluk tubuh,menuruni tangga mengikuti langkah Ammar dari belakang.

Adrian yang asyik berbual dengan Adam tersetak kaget dengan bunyi tarikan kerusi yang kuat disebelah nya.Wajah cemberut Ammar menyapa penglihatan nya.Adam yang duduk bertentangan dengan Adrian turut memandang adiknya Ammar heran.

"kau dah kenapa Mar?"soal Adrian ingin tahu.

Tiada niat membalas, Ammar berpeluk tubuh menarik muka,tidak mahu melihat wajah Adrian buat seketika.Adrian tambah heran,Adam berkerut dahi melihat sikap Ammar yang tiba-tiba.

"Hei guys...makan apa malam ni?
tok mummy dengan tok daddy mana?" sampuk Dina melabuhkan punggung dikerusi kosong di sebelah abangnya, Adrian.

"Mak Uda cakap dia masak asam pedas dengan ayam masak merah favourite Pak long harini.Tok mummy dengan tok daddy ada kat luar sembang-sembang dengan walid. " jawab Adrian.

"asam pedas dengan ayam masak merah?hmm...bolel lah" guman Dina acuh tak acuh,wajah Dina sedikit berkerut,tak kena langsung dengan tekak ala-ala minah salleh dia,mak ayah je melayu...anaknya berdiva macam duduk Amerika sana nu!!

Terselah rasa tak suka pada wajah Dina.Adam hanya menjeling tajam,tahu sangat apa yang minah ni fikir kan.' western, Japanese food, tte- apa nama makanan korea tu eh?tteok... tteokbokki!!haa... tteokbokki,nak pulak budak ni telan.Makanan melayu lambang kebanggan negara tak nak pulak dijamahnya,memilih betul!!'

Geram Adam berdengus kasar,nak saja dia luah semua tu kat depan-depan muka make-up tebal 3 inci minah ni,nasib baik abang dia si Adrian ni ada.Mau nya dia sembur si Dina ni,tak ke dia kena penumbuk Adrian yang entah keberapa melayang kena muka dia. Walaupun si Adrian ni muda jauh dari dia,tapi budak ni kepala angin.Jangan kau cari pasal dengan dia,dia tak kesah orang dah,asalkan dia puas.

Terselah rasa tak suka pada wajah Dina.Adam hanya menjeling tajam,tahu sangat apa yang minah ni fikir kan.' western, Japanese food, tte- apa nama makanan korea tu eh?tteok... tteokbokki!!haa... tteokbokki,nak pulak budak ni telan.Makanan melayu lambang kebanggaan negara tak nak pulak dijamahnya,memilih betul!!' - siapa Aku?-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience