Bab 1

Drama Series 888

"korang nak order apa,cepatlah...kesian akak ni berdiri dari tadi"soal Aisy memerhati 2 sahabatnya yang asyik membelek buku menu.Khairie memerhati perkerja wanita yang ayu bertudung litup itu dengan buku nota ditangannya.

"kak, meh la duduk dulu.Kesian saya tengok akak berdiri daritadi"kata Khairei menepuk-nepuk kerusi kosong di sebelahnya.Wanita itu hanya tertunduk malu dengan ajakkan khairei.

Bahu khairei ditumbuk kasar,Hamzah menjeling tajam sahabatnya itu."isy kau ni...dah memang keje dia,tahulah dia apa yang nak kena buat."mata Hamzah kembali membelek menu ditangannya,dia dah lapar sangat ni...meleleh air liur dia tengok masakan panas kat meja sebelah.

"Nasi goreng kampung 3 kak,teh ais pun."sambung Aisy,cermin mata yang elok bertenggek di hidung nya dibetulkan.Ternganga mulut Khairie dan Hamzah,menu yang daritadi tadi ditangan diambil pelan pekerja wanita itu.

Menulis order di nota yang daritadi dia pegang "ada apa² lagi dik?"soal pekerja itu ingin kepastian.

"Tu je kak..."balas Aisy tersenyum kecil memperlihatkan lesung pipitnya.Pekerja itu turut membalas senyuman Aisy dan terus berlalu pergi. Khairie dan Hamzah menjeling Aisy tajam.

"korang ni dah kenapa?nak aku cungkil biji mata korang tu ke??"soal Aisy yang perasaan dengan pandangan mata 2 sahabatnya itu.

"kau lah...aku baru nak order lambchop ngan fresh oren."cebik Khairie.

"korang la lama sangat,dah² makan je apa yang ada...bersyukur lah sikit."balas Aisy,menyumbat earphone mp3 nya pada telinga.

Leka dalam dunia sendiri sebelum ditegur Hamzah disebelah."eh² kau...apa tarik² ni?"geram Aisy,suka hati je tarik wayar earphone dia,rosak kang kau nak ganti?

"berapa dalam kau sumbat earphone tu?sakit tekak aku panggil kau daritadi."wajah bengis Hamzah tayang,air teh dihadapannya diteguk pelan.

"amboi kau...perli nampak?"Aisy memandang datar Hamzah,3 Nasi goreng kampung selamat sampai dimeja mereka.Khairie dah bantai nasi goreng kampung dia punya awal²,tak kesah apa jadi kat sekeliling dia.Lapar sangat anak Harun ni...

"Bismillah..."satu suap nasi selamat masuk kedalam mulut Aisy.Wow...sedapnya!!dah lama dia tak makan mewah macam ni.Suapan kedua,pujian Aisy makin melambung, walaupun hanya dari bisikan hatinya.

Hamzah tersenyum nipis melihat tingkah Aisy,dia tahu apa yang sahabatnya itu fikirkan."kau nak order apa² lagi tak?tak pun tapau bawak balik."cadang Hamzah.

Aisy hanya menggeleng laju dengan mulut penuh berisi nasi,mencapai gelas teh dan meneguk pelan, pandangan nya kembali beralih pada Hamzah.

"kau lupa eh,lepas ni kan aku nak kena pergi rumah abah makan malam,masak sambal petai...sape je tak nak??"Aisy tersenyum senget,harini memang rezeki dia dapat makan mewah.

"hm..yelah².Eh,kau dah fikir tawaran yang aku cerita kat kau haritu?"soal Hamzah ingin tahu.Banyak mulut pulak si Hamzah ni,orang nak makan pun tak senang.

"Tawaran kerja kat KL tu?" wajah Aisy berkerut.Hamzah hanya mengangguk mengiyakan.

"Entah lah Zah...aku kena bincang dengan abah dulu,dia mesti tak setuju aku nak pergi KL,dari Kedah ke KL tu jauh tau...aku mana pernah duduk jauh dari abah aku."Aisy risau.Tak senang duduk dia fikir macam mana nak bagitau ustaz Haikal hal ni.

"isy kau ni...kau sendiri cakap nak keluar dari kampung ni nak ubah hidup kau.Takkan kau nak mengharapkan hasil jual ikan,sayur kat pasar tu lagi?"soal Hamzah sedikit geram,bukan senang abang dia offer kerja dengan dia kat KL,takkan nak tolak?dia tengah risau masa depan si Aisy ni je...

"alah kau... rezeki jugak kan?nanti² lah aku fikir,dah² makan cepat...kang sejuk tak sedap pulak nasi tu."kata Aisy yang kembali dengan suapan yang entah ke berapa kalinya.

Hamzah hanya mengeluh pasrah,susah betul nak berbincang dengan manusia macam Aisy ni,selalu sangat fikir nak jaga hati orang.

"Cikgu tusyen?tak nak lah walid..."rengek Dina.Lengan Nazim digoyang ke kanan dan ke kiri.Mulutnya tak habis mengelurkan kata 'tak nak'.Nazim hanya mengeluh kasar dengan tingkah anak dara nya yang satu ini.

"Dina...jangan manja please?mengadalah kau ni."Adam memandang adik sepupunya itu menyampah,mengada-ngada la budak ni,suruh belajar je pun,bukan suruh kahwin.

Dina membalas pandangan Adam,berdesing telinga dia mendengar perlian abang sepupunya itu.Nak saja dia membalas kata² Adam,tapi apa yang penting sekarang ni dia kena sambung pujuk walid dia ni ha....

"Dina sayang...walid buat semua ni untuk Dina tau,jangan buat walid macam ni..." Datin Maznah turut memujuk,rambut ikal cucunya itu dibelai lembut.

"Tapi tok mummy..."lidah Dina kelu,wajah tok mummy dipandang lama,nafas pasrah dibuang pelan,hanya mengangguk mengiyakan.

Lebar senyum Nazim ukir.Rambut Dina diramas kasar,habis kusut rambut ikal anak nya itu, Dina tersenyum geli dengan perlakuan walid nya,dia paling suka kalau walid dia buat macam tu.

"eh,dah selesai ke?"Maisarah melangkah keluar dari dapur dengan dulang berisi jus oren.Dina yang melihat kelibat Maisarah yang semakin menghapiri berlari-lari anak kearahnya.

"ummi... fresh orenge je ke?"soal Dina mula menempel pada ummi tersayangnya itu.

"kalau Dina lapar,ada nasi atas meja."jawab Maisarah lembut.Dulang berisi jus orange diletakkan diatas meja ruang tamu.

"hm...tak nak nasi, walid...Dina nak order pizza boleh?"soal Dina dengan wajah berharap.Nazim hanya membalas dengan gelengan,melarang.

Dina memeluk tubuh, walid dia ni semua tak boleh,tak suka lah!!

"Dina nak order pizza apa? hand stretched,pan pizza, stuffed crush??ni ambik card Pak long ni,beli lah apa yang Dina nak."Hatta menghulurkan sekeping kad bank kepada Dina.Wajah Dina yang tadinya masam mencuka, kembali tersenyum cerah.Mengambil kad bank dari tangan Pak long nya, membelek-belek sekilas.

"thank you Pak long...I love....you!!"badan kekar Hatta dipeluk erat,suka betul dia dengan Pak long dia ni.Walid tak nak bagi? it's ok, Pak long kan ada....

Dina melangkah mendaki tangga ke biliknya,hilang dari keramaian diruang tamu,Adam hanya menjeling menyampah.Papa dia selalu sangat manjakan si Dina tu,padahal anak saudara je pun,jelous?mestilah!!Aku anak dia kot...!!

"along jangan lah manjakan Dina tu sangat...naik lemak nanti budak tu."Nazim cuba menegur,kerap kali Hatta memberikan Dina hadiah yang mahal² dan kad kredit nya sesuka hati,budak 15 tahun kau bagi duit sebanyak tu kau rasa apa yang dia buat?

"suka hati aku lah...kau tak nak bagi?sudah,biar aku bagi.Setakat duit banyak tu,aku tak kesah lah...dalam bank tu,berkepuk-kepuk duit aku kau tau tak?"balas Hatta bernada sombong.

Ya... Nazim tak nafikan abang long dia ni memang kaya,terlampau-lampau kaya!!syarikat besar ada 7 buah,kau rasa?TOP 5 CEO paling berjaya,setaraf Megah holding.Nazim pun boleh dikatakan berkerja bawah abang dia ni lah, taraf boss lah jugak,tapi stay jadi kuli.

"Haih...suka hati kau lah long...penatlah Aku nak nasihat kau."Nazim mengalah,sejak beristeri ni baran dia dah tak datang dah.Sebelum ni habis kerusi meja dihempasnya,tapi sejak Maisarah menjadi permaisuri hati nya 17 tahun lepas,nak marah pun tak jadi lepas tengok muka isteri dia,sejuk...je.

Deringan telefon mengganggu perbualan adik beradik itu,Hatta menerik keluar telefon Huawei Mate Xs dari poket seluarnya,nama pemanggil dibaca sekilas.

'Sarah'

Merangkap PA,orang kepercayaan Hatta Daen.'Masalah apa pulak lah kali ni...'fikir Hatta kusut.

Tombol hijau digeser ke atas."ye Sarah,perlu ke call I time cuti ni?tak boleh ke bagi l rehat walaupun sehari??"soal Hatta sedikit geram,nada marahnya cuba dia sembunyikan.

"what?!are you serious Sarah?siapa yang bagi kebenaran budak mentah tu handle projek dengan Mr Koo?!!"suara Hatta sedikit ditinggikan.Adam dan Nazim yang masih berdiri disitu sedikit terhinjut bahu terkejut.

Kaki Hatta melangkah menjauh dari Adam dan Nazim,tak sedikit pun dia berpaling melihat mereka berdua walaupun sesat.

Adam membuang nafas kasar.Badan disandarkan pada sofa empuk,dahi nya diurut pelan.Pandangannya teralih pada Nazim yang masih diam melihat belakang abang long nya yang semakin menghilang.

"tengok lah papa tu Pak ngah,nak spend time dengan anak sendiri pun susah.Kerja³,tu je dia tahu."luah Adam geram,matanya memerah menahan tangis yang bakal tumpah.

"Adam...papa Adam busy sebab nak senang kan Adam adik beradik kan...jangan cakap kat papa Adam macam tu."Nazim cuba memujuk.Jatuh kesian dia pada anak saudara dia yang satu ini.

"Adam bukan budak kecik lagi tau Pak ngah,dah kerja dah pun.Adam pun boleh cari duit sendiri,tak perlu nak harapkan papa."Adam tambah geram mendengar Pak ngah nya cuba membela papa nya.

"yelah²,nanti Pak ngah nasihatkan papa Adam tu"pasrah Nazim.

why Hamzah geram sangat kat Aisy ni?apa jadi sebenarnya???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience