"Fasya...try you ubah sikit perangai you.Cuba hormat I as your husband.Kenapa perlu tinggi suara dengan I??"bahu Fasya Hatta pegang erat.Cuba untuk faham apa yang isteri nya ini ingin katakan.
Fasya menepis kasar tangan Hatta dari bahunya "hormat?I ni isteri derhaka ka pada you??nak I jadi acah-acah alim macam ex-wife you tu ke?? sekurang-kurangnya I tak hipokrik!!you tak ingat ke why you cerai kan perempuan tu?dia curang belakang you!! isteri apa macam tu?you nak I jadi macam dia ke? menyesal dah ke cerai kan dia?!"sinis Fasya.Dirinya kini diselut amarah.
Bulat mata Hatta mendengar kata-kata Fasya.Tak menyangka isteri nya itu mengungkit kisah silam dirinya dengan bekas isteri yang dia tinggalkan 18 tahun lepas.
"why you kena ungkit kisah lama?I dah pilih untuk hidup dengan you.Apa yang kurang lagi?" soal Hatta penuh tanda tanya.Dia tak tahu apa yang Fasya nak sebenarnya.
"dah lah,I penat nak gaduh dengan you.I nak tidur,penat." Fasya memanjat katil tempat dia berehat.Selimut tebal dia tarik kasar,baring membelakangi Hatta.
"you tak jawab lagi_"
"you boleh diam tak? I penat baru balik tau.Jangan kacau I " kata Fasya hilang sabar.Hatta diam tak membalas.Belakang isteri nya itu dia pandang lama.
Nafas pasrah dia buang kasar.Tangan laju memulas pintu bilik,tak mahu lagi berperang mulut dengan Fasya Aira.Kalau kau lawan dia kau rasa boleh menang?hmp,jangan mimpi lah!!
Kakinya melangkah mendekati bilik paling hujung didekat tangga.Tombol pintu dia pulas pelan.Satu ruangan lengkap seperti bilik tidur yang Fasya guna,tapi lebih luas dengan tambahan meja kerja.
Genap 5 bulan Hatta Daen dan Fasya Aira yang bergelar suami isteri tidak sebilik.Semuanya kerana sibuk berkerja.Masing-masing tak mahu bertegur sapa,apatah lagi tidur sekatil.
Badan Hatta hempas pada tilam empuk coway yang baru dia tukar bulan lepas.Tangannya menutup terangnya cahaya lampu yang cuba memasuki matanya.Badan dia penat.Dia cuba untuk tidur,tapi sesuatu asyik mengganggu fikirannya.
Tangannya ditarik kembali dari menutup matanya.Hatta merenung tajam siling bilik sebelum beralih memandang sebelah nya yang kosong.
"kenapa aku masuk bilik ni?" gumam Hatta.
Hampir dia lupa, bilik yang selama 5 bulan tempat dia melepas lelah ni merupakan bilik dia dan bekas isteri nya satu tika dulu.
Hatta bangun dari baring.Duduk meramas kasar rambutnya yang kian memutih dikikis usia."kenapa kau perlu ingatkan aku tentang dia, Fasya..."gumam Hatta.
"Mayah,jangan salah kan aku bila aku lepaskan kau.Kau yang paksa aku buat semua ni.Kau...yang khianat cinta aku. Please...jangan kau masuk mimpi aku kalini."
"Ilham...nak balik dah?"sapa Haji Ali dari belakang diikuti beberapa jemaah surau.
"ouh,Haji rupanya.Ingatkan cik ponti mana yang tegur tadi" kata Aisy menggaru-garu rambutnya yang ditutup songkok.
Semua jemaah dah bantai gelak.Haji Ali pun ikut gelak sekali.Muka je nampak bengis,tapi Haji Ali ni mudah terhibur orang nya.Entah kenapa lah budak-budak tu cakap Haji Ali ni jahat, biasalah.... kalau rotan tak lepas kat tangan sapa je tak takut kan?nak-nak budak-budak kecik ni ha...
"kau ni dari kecik ke besar tak pernah nak berubah kan" kata Haji Ali mengesat sedikit air mata yang menitis pada kelopak matanya.
"Haji ni...macam tak biasa pulak" balas Aisy turut ketawa sama.
"abah kau sihat ke Ham?tak nampak batang hidung pun tadi kat surau " soal Pakcik Ahmad di sebelah Haji Ali.
"abah?hm... entah lah Pak Mad..." jawab Aisy lirih.
Wajah semua jemaah surau berkerut.Mata Aisy mengatakan segalanya.Haji Ali hanya meng'oh' mengangguk faham.
"kamu-kamu semua pergi lah balik dulu ye.Esok-esok jelah kita minum kopi" kata Haji Ali lembut menepuk bahu beberapa jemaah.Walaupun fikiran penuh tanda tanya, masing-masing hanya mengangguk mengiyakan.
"kalau macam tu kami semua balik dulu lah ye Haji."
"haih...tak dapat nak merasa kopi hitam pekat Haji belanja malam ni" pasrah Haji Rahman,di iya kan oleh yang lain.
Memastikan yang lain kian melangkah jauh dari tempat mereka berdiri,Haji Ali menglihkan pandangan pada Aisy kembali.
"kau gaduh dengan abah kau lagi ye..."teka Haji Ali.
Aisy menelan ludah kasar.Susah betul nak sorok apa-apa depan Haji Ali.Membesar depan Mata dia,dia dah kenal sangat dengan perangai si Aisy ni.
"Haji...salah ke kalau Ham nak pergi Kuala Lumpur?Ham pergi sebab nak ubah hidup Ham,bukan suka-suka.Tapi abah tak bagi Ham pergi..." luah Aisy lirih.Wajahnya kini lesu,hampir saja dia menangis mengingat perbalahan nya dengan ustaz Haikal.
Bahu Aisy Haji Ali tepuk lembut.Cuba mengalirkan semangat kepada anak muda dihadapannya ini.
"abah kau tu sayang sangat kat kau,sebab tu dia buat macam tu.Tak apa,nanti Haji nasihat dia ye" kata Haji Ali cuba menghilang kan gusar Aisy.
"serious Haji nak tolong Ham ni? betul ni??"soal Aisy ingin kepastian.
Haji Ali hanya mengangguk mengiyakan.Aisy berterima kasih dengan satu pelukan.Haji Ali hanya membalas.
"kau jangan simpan dalam hati long... kalau kau tak suka cara mummy layan kita,kau bagi tahu dia"nasihat Ammar.
Adam yang duduk memeluk lutut pada kerusi belajar Ammar hanya diam membisu.Sesekali kepalanya digeleng-geleng ke kanan dan kiri.
"kau selalu lah macam ni..."keluh Ammar berpeluk tubuh.Badan dia hempas pada tilam empuk,cuba membuang penat dalam diri.
Lama masing-masing berdiam diri, sebelum Adam kembali bersuara setelah membisu lama.
"kau rasa mama buat apa sekarang ni?"fikir Adam jauh.
Ammar terdiam dengan soalan abang sulungnya itu.Setelah sekian dia tak mendengar nama bekas ibu tiri nya itu didalam villa itu.
"kau rindu mama Mayah rupanya....,Aku ingatkan hati kau batu tadi,macam papa"perli Ammar tersenyum geli.
Adam hanya memandang datar adiknya Ammar.Susah betul kalau bercakap dengan budak sekor ni.
"tapi...kau percaya ke mama Mayah curang dengan papa?"soal Ammar kini berwajah serious.
Mata Adam menikam wajah Ammar."mulut kau bagi elok sikit.Mama Mayah tak kan buat macam tu pada papa.Semua ni salah papa,mama Mayah tinggalkan kita!!" kata Adam menahan marah.
"okay... okay.., sorry" kata Ammar lembut.Bohong la kalau dia cakap tak rindu bekas ibu tiri nya itu.Berbanding Fasya,Mayah la tempat mereka meraih kasih.
iPhone diatas meja berdering tanda panggilan masuk.Dina malas-malas bangun dari kalit dalam keadaan mamai.Tombol hijau ditolak ke atas.
"hello?apa??"Dina terjerit kecil.
Laju kakinya melangkah turun dari katil.Pintu bilik dibuka kasar.Destinasi utama,pintu utama villa.
Pintu kayu terukir cantik itu dibuka seluas-luas alam.Sosok wanita bertudung ayu dengan baju yang tampak eligan,memukau pandangan Dina.
"maksu!!"jerit Dina teruja.Tubuh wanita itu dipeluk erat.Damia turut membalas perlukan Dina.
"bila maksu sampai?"soal Dina menarik beg bagasi milik Damia masuk ke dalam villa.
"baru je.Nak kasi kejutan kat Dina dengan semua la..." kata Damia berpeluk tubuh.
"tapi semua dah tido..."lirih Dina membalas.
"it's okay, awal-awal pagi la kite kejut diorang"pujuk Damia mengusap-ngudap lembut rambut kusut Dina.
"okay!!"Dina kembali ceria.
kenapa aku masuk bilik ni?-Siapa Aku?
Share this novel