BAB 1

Romance Completed 87228

Aku duduk di kerusi setelah penat berjalan satu pusat membeli-belah ini. Tak ada apa yang aku nak beli cuma nak melepaskan tekanan yang ada di kepala. Aku duduk sambil menonton pemandangan depan aku; orang lalu-lalang, pelanggan keluar masuk kedai (tu kira pemandangan la jugak kan?). Tapi dalam kepala, macam-macam yang aku fikirkan. Semuanya tentang keluarga aku. Mama dan abah yang sudah tak sehati lagi. Sering bertengkar menuduh masing-masing curang. Mama mahu dilepaskan tapi abah tetap dengan ego jantannya. Lebih teruk lagi, mereka dah tak ambil kisah pasal anak-anak. Ada abang tapi da 3 tahun menghilang entah ke mana. Adik pula lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap mama dan abah yang selalu bergaduh. Lagi senang aku klasifikasikan keluarga aku ibarat retak menanti belah. Aku menghela nafas panjang.

"Hai.. Sorang je?"

Tiba-tiba satu suara menyapa. Aku pandang ke arah suara itu dan terkejut. Satu maskot beruang A&W ada kat sebelah aku. Aku tersenyum dan berkata.

"Hm.. Sorang.. Err.. A&W? Ada promosi ke?"

"Ouh! Yeah! Nah!"

Maskot tu bagi aku satu pamplet. Kemudian dia berkata.

"Our new menu kat A&W ni. Cubalah!"

"Nantilah saya cuba. Terima kasih."

"Err.. Sorry kalau saya menyibuk. Aaa.. Awak nampak sedih. Awak ok?"

"Saya ok. Cuma stress kerja kot."

"Ouh.. Hm.."

Maskot tu keluarkan sesuatu dari poket dan memberikannya kepada aku.

"Lolipop?! For me?!"

Aku tanya dengan nada terkejut.

"Ahah.. Ambil la. Hope you like it. Ok! Saya kena pergi. Saya tengah kerja ni."

Maskot tu bangun dan melangkah pergi tapi baru beberapa langkah, dia pusing dan berkata.

"Bekerja jangan lah stress sangat. Rehat-rehatlah sikit. Lagi satu, kalau ada problem, jangan pendam. Nanti diri sendiri yang merana. Ok? Nice to meet you! Bye!"

Maskot tu terus berlalu. Aku tersenyum seorang diri. Aku pandang lolipop kat tangan aku dan baru aku perasan sesuatu.

"Eh! Awak! Nama aw...."

Pertanyaan aku terbantut kat situ bila aku tengok maskot tu da jauh pergi.

"Hm.. Terima kasih, En. A&W.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience