BAB 3

Romance Completed 87228

Di pusat membeli-belah, aku duduk di kerusi yang aku duduk semasa berjumpa dengan maskot A&W tu. Mia kat sebelah aku berkata.

"Macam mana kita nak jumpa dia, Fea?"

"Kita tunggu kat sini. Mana tahu dia nampak aku nanti."

"Kalau dia nampak kau pun, belum tentu dia nak datang kat kau. Entah-entah dia tak ingat pun muka kau."

"Ish kau ni.. Nanti kalau ada maskot A&W lalu, aku tahan la.. Mesti dia ingat punya. Baru semalam jumpa."

"Hah! Yela! Entah-entah yang kat dalam maskot tu mat bangla ke.. Mat indon ke.. Padan muka kau.."

"Mia, kau ni jangan la negatif sangat.."

"Hai!"

Satu suara menyapa aku dari belakang. Aku terus menoleh dan alangkah gembiranya bila yang menegur aku tadi adalah maskot A&W semalam!

"Err.. Awak girl semalam yang duduk kat sini kan?"

"Erm.. Ahah.. Dan awak bagi saya ni.."

Aku menunjukkan lolipop yang diberikan semalam.

"Yah! Betul awak! So, datang sini nak cuba menu baru A&W yang saya promote semalam?"

"Ouh! No! Bukan.. Bukan.. Saya datang sini nak jumpa awak."

"Jumpa saya?"

"Eh! Err.. Tak ada la... Saya nak jumpa awak untuk say thanks pasal lolipop and nasihat semalam. Erm.. Saya Fea."

"Ouh.. Saya Dani."

Aku dan Dani bersalaman. Tapi lebih tepat lagi kalau aku cakap aku dan maskot A&W tu yang bersalaman.

"Ehem.. Ehem.."

Mia berdehem dan aku faham maksudnya. Aku meleraikan pautan tangan aku dan Dani lantas memperkenalkan Mia kepada Dani.

"Ouh.. Itu Mia. Kawan baik saya."

Mia yang masih duduk di kerusi tadi hanya mengangkat tangan. Dani mengalihkan pandangannya kepada aku semula dan berkata.

"Hm.. Bila awak nak makan lolipop tu?"

"Ouh.. Saya tak nak makan pun. Saya nak buat kenangan."

"Kenangan?"

"Yela.. Kenangan yang lolipop ni dari orang yang saya tak kenal tapi bagi semangat kat saya."

"Dan jatuh cinta dengan orang tu."

Mia tiba-tiba menyampuk. Aku da terkedu kat situ. Muka aku mula panas, merah kerana malu. Mia meyambung kata-katanya lagi.

"Dani.. Boleh tak awak tunjuk muka awak. Just nak make sure awak ni orang sini. Bukan mat bangla atau mat indon. Yelah kat Malaysia sekarang ni kan ramai pekerja-pekerja asing."

"Haha.. Saya tak boleh buka maskot ni. Tengah kerja. Tapi saya orang Malaysia la. Dont worry. Ok la. Saya nak sambung kerja. Saya pergi dulu. Bye.."

Dani melangkah dari kami tapi tiba-tiba dia patah balik dan datang kepada aku lantas berkata.

"Muka awak comel sangat bila merah tadi."

Dia mencuit pipiku dan terus pergi. Aku makin terkedu, tak berganjak dari tempat aku berdiri tadi.

"Ha ah la, Fea.. Awak ni memang comel."

Mia mengajuk kata-kata Dani tadi. Aku pandang Mia. Mia bangun dan berkata.

"Da! Kau nak keras kat situ je ke?! Jom balik.."

Aku tersenyum dan melangkah pulang bersama Mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience