BAB 4

Romance Completed 87228

Aku meletakkan frame yang aku buat sendiri untuk menyimpan lolipop istimewa kat atas meja. Aku pandang frame tu sambil tersenyum.

"Hah! Tu dia.. Betul punya angau kau ni Fea.. Siap frame lolipop tu?!"

Mia menegur aku. Sambil tersenyum aku membalas.

"Ni bukan angau, Mia.. Ni namanya menghargai.."

"Ouh.. Menghargai ye.. Yela, Fea.. Suka hati kau la. Asalkan kau bahagia."

DING!DONG!

Loceng pintu kedai ala-ala 7-Eleven berbunyi menandakan ada customer datang.

"Mia.. Ada customer tu.. Kau pergi la."

Mia terus melangkah pergi menyambut pelanggan tadi. Dari tempat aku duduk itu, aku dapat mendengar perbualan Mia dan pelanggan tersebut.

"Selamat datang, encik. Boleh saya bantu?"

"Erm.. Saya nak buat wedding. Kat sini ikut pakej or buat asing-asing?"

"Ouh.. Dua-dua ada, encik. Encik nak yang mana?"

"Saya nak ikut pakej."

"Okay.. Mari saya tunjukkan pakej-pakej yang kami ada."

Mia dan pelanggan tadi berjalan menuju ke meja tempat aku berada. Kini, giliran aku pula menyambut customer tu.

"Selamat petang, encik.. Sila duduk. Encik nak wedding yang macam mana?"

Aku bertanya kepada pelanggan itu namun pertanyaanku dibalas dengan pandangan yang tak lepas-lepas. Pelanggan tersebut kaku memandangku. Macam nampak hantu pulak dia. Ke ada sesuatu tak kena kat muka aku ni?

"Err.. Encik?!"

"Ouh! Sorry.. Sorry.."

Dia tersenyum dan nampak gelabah sikit dengan sergahan aku tadi. Aku hairan dengan perangai dia tapi aku buat bodoh je. Perangai pelanggan ni macam-macam ada.

"Erm.. Encik nak ikut pakej yang macam mana? Kami ada beberapa pakej. Encik boleh tengok ni."

Aku menghulurkan katalog dan terus berkata.

"Saya cadangkan encik ambil pakej ni. Pakej ni siap dengan katering, baju pengantin, pelamin, dewan, kek, andaman dan kad undangan. Selalunya customer memang ambil yang ni sebab pakej ni complete."

Aku menghabiskan kata-kata dan terus memandang customer tu. Dia pun sedang memandang aku. Pandangannya nampak seperti dia sedang berkhayal. Cepat-cepat aku mematikan khayalannya. Aku mengetuk meja dan memanggil.

"Encik?!"

Dia tersentak.

"Ouh! Yah! Sorry.. Sorry.. Apa awak cakap tadi?"

Sah! Dia tak dengar apa yang aku terangkan tadi. Asyik nak termenung je. Tapi apa pun, customer is always right. Aku menerangkan sekali lagi dengan penuh sabar.

"Saya cadangkan encik ambil pakej yang ni. Pakej ni complete. Andaman, baju pengantin, pelamin, katering, dewan, kek dan kad undangan. Semua da ada."

Habis penjelasan aku kali kedua. Aku memerhatikan mata pelanggan tersebut tertumpu pada sesuatu di atas meja. Dia kemudian bertanya.

"Itu lolipop, kan?"

"Err.. Ahah.."

"Awak framekan lolipop tu? Awak buat sendiri?"

"Erm.. Yah.."

"Wow! So sweet and surprising."

Dia memandang aku dengan senyuman yang sangat manis. Apa yang aku boleh kata ketika itu hanyalah...

"Thank you..."

"Haha.. Yela.. Awak cakap awak nak buat kenangan. Tapi saya tak sangka awak nak framekan lolipop tu. It's nice.."

"Eh! Wait a minute.. Macam mana awak tahu semua tu?"

"Because I'm the one yang menyorok kat dalam maskot A&W tu and bagi lolipop tu kat awak."

Aliran darahku bagaikan terhenti apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut dia. Aku rasa macam nak menjerit sekarang. Menjerit kegembiraan. Gembira kerana bertemu dengan orang yang betul-betul telah membuatkan hati aku berdegup kencang. Orang yang real, bukan maskot lagi.

"Oh my god! You're Dani?!"

"Yah! That's my name.. Hehe.."

Mata aku tak boleh lepas daripada terpaut pada wajahnya. 100% kacak dan gayanya memang gentleman.

"So, awak ni good-looking. Kenapa nak menyorok dalam maskot tu?"

"Ouh.. Haha.. Actually, abang saya owner A&W tu. Hari tu pulak saya tengah free. So, abang saya mintak tolong buat promosi. Tu yang pakai maskot A&W. Saya sebenarnya photographer. Freelance."

Dia menghabiskan kata-kata dan terus tersenyum. Aku pula sejak tadi memang tak lekang dari senyum dan memandangnya. Aku rasa macam tak nak lepaskan pandangan ni daripadanya. Aku gembira sangat. Tak terkata gembira tu. Tapi tiba-tiba aku terperasan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan kegembiraan dan senyuman aku pudar begitu saja.

"So, awak datang sini nak tempah pakej wedding?"

"Ouh.. Yah!Sure! Lupa pulak saya. Pakej mana yang awak cadangkan tadi?"

Ya! Itulah yang aku baru perasan. Dia datang sini untuk menggunakan khidmat aku sebagai wedding planner dia. Dia menempah untuk satu pakej perkahwinan. PERKAHWINAN! Dia akan berkahwin! Luruh hatiku bila sudah menyedari semua itu.

"Fea!"

"Ouh! Sorry! Okay.. Saya cadangkan pakej ni. Memang ramai customer ambil pakej ni. Semua ada. Kad undangan, kek, pelamin, baju pengantin, katering, andaman and dewan. Complete!"

"Ouh.. Hm.. Majlis tu nak buat kat rumah je. So, tak payah dewan la kot."

"Ouh. Ok. Kalau macam tu, amek pakej yang lagi satu ni. Sama macam tadi cuma tak ada pakej dewan. Ok?"

"Kalau macam tu, boleh lah."

"Okay. Saya akan make sure semuanya perfect. Bila tarikhnya?"

"2 minggu lagi. 4th February."

"Ok! 4th february 2012. Set!"

Aku membulatkan nombor 4 di kalender sambil tersenyum. Tanpa pengetahuan semua orang, aku sebenarnya sedang berpura-pura. Berpura-pura seperti tiada apa berlaku padahal hati aku sudah mula hancur sedikit demi sedikit. Hancur kerana orang yang aku suka dan cinta ini perlu aku lepaskan untuk pilihannya. Aku bukan untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience