BAB 10

Romance Completed 87228

?Kereta yang dipandu oleh Mia bergerak menuju ke destinasinya iaitu majlis perkahwinan Dani. Aku yang berada di sebelah Mia hanya berdiam diri. Macam-macam bermain di minda. Macam mana aku nak tunjukkan perasaan aku? Boleh ke aku kawal emosi aku? Macam mana kalau ada orang perasan? Apa aku nak buat? Lampu isyarat merah dan Mia memberhentikan kereta. Aku masih berdiam diri. Mia menegur.

"Fea, kenapa diam je? Kau okey?"

"Hm.. Aku okey.."

Itu je yang mampu aku jawab. Mia terus memandang angka di lampu isyarat. 96 saat lagi. Mungkin bagi orang lain, 96 saat itu begitu lama tapi bagi aku 96 minit pun terasa sekejap.

"Fea.. Kau macam tak okey je? Kalau kau tak sihat, aku hantar kau balik. Kau tak payah pergi majlis Dani ni.."

"Tak! Tak! Aku okey.. Cuma tengah berfikir..."

"Fikir apa?"

"Fikir macam mana kalau aku tak boleh nak kawal emosi aku kat sana nanti. Aku kena tengok orang yang aku sayang kat atas pelamin, bersanding dengan orang lain. Aku kena buat muka gembira, ceria..Tapi aku takut aku tak boleh nak sembunyikan apa yang aku rasa kat dalam hati ni."

"Fea.. Kau cakap hari tu, kau da lupakan dia."

"Hm.. It's not so easy, Mia. Aku da cuba sedaya-upaya tapi aku sedar, memang tak semudah itu."

"Hm.. Kalau macam tu, kau tak payah pergi la. Aku hantar kau balik."

"Auntie Shila suruh aku datang, Mia. Dia nak jugak aku datang."

"Okey.. Takpelah.. Kat sana nanti, aku cover kau kalau apa-apa jadik. Okey?".

Aku hanya tersenyum. Lampu isyarat bertukar hijau. Mia menekan minyak dan kereta bergerak semula menuju ke rumah pengantin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience