BAB 6

Romance Completed 87228

Sudah seminggu aku mengelak daripada berjumpa dengan Dani. Dan seminggu itu juga mataku berendam dengan air mata. Aku duduk memandang lolipop pemberian Dani yang aku 'frame'kan. Mindaku mula melayang ke hari pertama pertemuan aku dan Dani. Kenangan yang terindah bagiku. Tapi ternyata aku salah memilih. Bukan Dani yang ditakdirkan untuk aku.

"Fea!"

"Mia, ada apa?"

"Kau ok tak? Termenung je. Da seminggu kau macam ni. Da la tu."

"Aku ok la, Mia."

"Fea.. Kau kalau nak menipu, menipu la dengan orang lain. Aku ni da lama kenal kau. Kau tak boleh nak tipu aku tau."

Aku terdiam dengan kata-kata Mia. Betul juga apa yang dikatakan itu. Tak mungkin aku dapat menipu dia dengan keadaan aku yang macam ni. Mia berkata lagi.

"Ni mesti pasal Dani tu, kan?"

Aku sekadar mengangkat bahu.

"Fea.. Sudah-sudah lah tu. Aku tak suka la tengok kau macam ni. Masam je. Tak ceria langsung."

Aku masih berdiam diri. Melihat keadaan aku begitu, Mia meneruskan kata-katanya.

"Fea.. Ada masa, hidup ni penuh dengan kegembiraan tapi ada masa kegembiraan datang untuk sementara je. Yang sementara tu datang untuk mengingatkan kita bahawa kegembiraan tu benar-benar wujud. Aku faham, Dani datang dalam hidup kau dan bagi kegembiraan kat kau. Tapi tu kegembiraan yang sementara. Aku jamin, nanti akan datang kegembiraan yang lebih besar dari tu. Cheer up, Fea!"

Aku memandang Mia yang sedang serius memandangku.

"Mia.. Aku nak tanya sikit."

"Apa dia?"

"Sejak bila kau jadik motivator aku? Aku tak lantik pun.."

"Ish! Orang nak nasihatkan dia, dia main-main pulak. Hah! Da la! Sambunglah termenung kau tu! Menyampah aku!"

Mia terus berlalu. Sedikit sebanyak aku tersenyum dengan gelagat Mia tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience