BAB 5

Family Completed 647

Ibu dan ayah kepada Abu Akmal masing-masing mengalirkan air mata tanda gembira dan bersyukur kerana akhirnya, mereka dapat melihat anak sulung mereka berdiri di atas pentas sebagai graduan yang telah berjaya menghabiskan pengajiannya di Universiti Penerbangan Malaysia.

" Tahniah, abang!" jerit Abu Juhair.

Dahulu, sebelum Abu Akmal masuk ke Univerisiti, Abu Juhair sempat bertanyakan abangnya mengenai cita-cita abangnya itu.

" Abang! Abang!" panggil Abu Juhair.

Abu Akmal yang sedang sibuk mengemaskan pakaiannya untuk berangkat ke universiti segera menoleh ke arah Abu Juhair.

" Ya, adik. Kenapa?" tanya Daniel, sambil tersenyum lebar.

Maklumlah, sebentar lagi Abu Akmal akan mendaftar di Universiti Penerbangan Malaysia.

" Kenapa abang suka jadi juruterbang? Seronokkah? Tidak takut?" tanya Abu Juhair.

Abu Akmal ketawa kecil.

" Adik hendak tahu kenapa? Mari, abang ceritakan."

Abu Juhair mengangguk laju.

" Dahulu, mak dan ayah pernah memasang cita-cita untuk pergi ke Makkah. Abang juga teringin untuk pergi ke Makkah. Adik juga pasti teringin kan? Tetapi, lihatlah. Apalah kudrat dan wang kita untuk pergi ke sana? Mak sakit, ayah pula bekerja siang dan malam untuk membiayai yuran pengajian adik. Abang memasang cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang kerana abang mahu melihat awan benar-benar di hadapan mata abang. Abang tahu, gaji juruterbang sangat lumayan. Dan abang mahu, kita sekeluarga menjejakkan kaki ke Makkah, dengan menaiki kapal terbang yang dipandu oleh abang sendiri. Berkat usaha dan doa, abang akhirnya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Penerbangan Malaysia. Ingat, abang mahu adik juga berjaya mencapai cita-cita adik. Abang berjanji, bila abang sudah bergelar graduan dan menjadi seorang juruterbang, abang pasti akan memandu kapal terbang dan membawa mak, ayah dan adik kesayangan abang ini ke kota suci Makkah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience