BAB 3

Family Completed 647

" Baiklah, cikgu akan panggil nama seorang demi seorang. Sila berdiri, dan ceritakan kepada rakan-rakan sekelas kamu berkenaan impian kamu," jelas Cikgu Rizana.

Semua pelajar sibuk membuka buku karangan masing-masing. Ada yang tersenyum, tidak kurang juga yang berpeluh-peluh, gementar, takut dan tidak berani untuk berdiri.

" Fuad Haikal!" panggil Cikgu Rizana.

Fuad yang sedang berkhayal tersentak tatkala mendengar namanya dipanggil.

" Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang doktor. Bagi saya, menjadi seorang doktor merupakan sebuah impian yang perlu saya capai. Disebabkan itu, pelajaran harus saya utamakan. Sembahyang perlu saya dahulukan. Ibu saya sudah melahirkan saya, dan saya ingin menggembirakan hati ibu saya dengan mencapai impian saya untuk menjadi seorang doktor. Bila ibu dan ayah saya telah lanjut usia, saya pastinya dapat merawat dan menjaga mereka sebagaimana mereka membesarkan saya sehingga ke hari ini," panjang lebar keterangan yang diberikan oleh Fuad.

Seisi kelas bergema dengan tepukan tangan daripada para pelajar yang sebanyak 40 orang itu.

" Bagus, Fuad !" puji Cikgu Mastura sambil tersenyum puas.

Setelah itu, giliran Azwa pula untuk berdiri bagi berkongsi cerita mengenai impiannya.

" Saya pula bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Guru adalah pelita yang menghidupkan suasana. Tanpa guru, siapalah kita. Daripada gurulah kita berjaya, daripada guru jugalah kita tahu membaca, mengira dan mengeja. Dengan adanya guru, impian kita pasti akan terlaksana dengan syarat, usaha sekuat hati dan ingat Allah SWT sentiasa di hati," jelas Azwa.

" Tahniah, Azwa ! Bagus impian kamu itu," puji Cikgu Mastura lagi.

Kemudian, tiba pula giliran Naina untuk menyatakan impiannya kepada seisi kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience