BAB 4

Family Completed 647

Naina berdiri sambil menunjukkan sekeping lukisan jurutera.

" Walaupun saya seorang perempuan, tetapi itu bukanlah penghalang untuk saya menjadi seorang jurutera. Saya ingin menjadi jurutera dan membina lebih banyak masjid dan surau di dunia. Saya juga akan membina hospital untuk kemudahan semua serta sekolah sebagai tempat menimba ilmu. Saya yakin, dengan usaha yang saya lakukan, saya pasti akan mencapai impian saya ini." Terang Naina dengan bersungguh-sungguh.

Cikgu Mastura tersenyum lagi. " Bagus impian kamu, Naina."

Kini, giliran Abu Juhair pula untuk berdiri bagi menyampaikan cita-citanya kepada semua. Saat Abu Juhair berdiri dari tempat duduknya, semua mata melihat ke arahnya. Jelas terpancar kesedihan pada raut wajah Abu Juhair. Cikgu Mastura berkerut dahi melihat Abu Juhair bersedih sedemikian rupa.

" Abu Juhair , ceritakan berkenaan impian kamu," ucap Cikgu Rizana.

Seisi kelas menjadi senyap. Masing-masing tidak sabar untuk mendengar impian dari mulut Abu Juhair , pelajar yang sentiasa mendapat nombor 1 di dalam kelas itu dan pelajar yang dianggap sebagai pelajar istimewa kerana dapat belajar dengan baik meskipun hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Abu Juhair tidak dapat menahan sebak. Abu Juhair segera menceritakan berkenaan impiannya kepada seisi kelas diselang selikan dengan tangisan air matanya.

" Dan seterusnya, graduan terakhir kita pada hari ini, Muhammad Daniel Bin Hazman!" panggil pensyarah yang bernama Kapten Shahir itu.

Abu Akmal berjalan laju menuju ke atas pentas. Kapten Shahir segera menyematkan kerongsang berbentuk sayap penerbangan ke dada Daniel.

Kini, Abu Akmal telah berjaya mencapai cita-cita dan impian yang telah ditanam sejak berusia lima tahun lagi iaitu untuk bergelar seorang juruterbang.

" Terima kasih, semua." ucap Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience