BAB 1

Family Completed 647

Naina , Azwa , Abu Juhair dan Fuad merupakan sahabat yang akrab sejak di bangku sekolah rendah lagi. Kini, masing-masing sudah bergelar remaja.

Usia mereka telah pun menjangkau 16 tahun. Tahun lalu, masing-masing mengalirkan air mata kerana berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.

Maklumlah, sejak di tingkatan 1 lagi, mereka semua tidak pernah jemu untuk membelek buku rujukan, tidak pernah jemu untuk berkongsi ilmu dan tidak pernah lupa mendirikan kewajipan kepada Allah SWT.

" Cikgu suruh buat karangan. Cikgu kata, esok wajib hantar." Beritahu Naina kepada Azwa , Abu Juhair dan Fuad.

" Saya tahu. Karangan berkenaan cita-cita, bukan? Saya ada cita-cita dan juga impian. Kamu ada?" balas Azwa.

Naina , Abu Juhair dan Fuad memandang kosong wajah Azwa lantas menjawab serentak,

" Sudah tentulah ada!"

Azwa tersenyum lebar. " Janganlah marah. Apa cita-cita kamu?" ujar Azwa lagi sambil membetulkan posisi tempat duduknya.

Abu Juhair terlebih dahulu mengangkat tangan. " Saya mahu menjadi seorang juruterbang! Saya mahu melihat awan di hadapan pancaindera mata serta tersenyum melihat pelangi ciptaanNya." beritahu Abu Juhair bersungguh-sungguh.

Kala itu, Naina , Fuad dan Azwa ketawa terbahak-bahak, sambil memegang perut masing-masing.

" Eh, jangan perasanlah, Abu Juhair !" ucap Naina. Ketawanya semakin kuat kedengaran.

Belum sempat Abu Juhair membalas, Azwa pula mencelah lalu berkata,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience