BAB 6

Family Completed 647

Abu Juhair tersenyum tanda faham sebaik sahaja mendengar abangnya menjelaskan kepadanya.

" Ingat, impian kita bukan sekadar angan-angan."

Itulah ucapan terakhir yang dituturkan oleh abang kepada Abu Juhair sebelum arwah berangkat ke Universiti Penerbangan Malaysia.

" Wah, abang sudah bergelar graduan! Esok sudah mula bekerja di dalam pesawat," puji Abu Juhair.

" Betul, adik. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga cita-cita dan impian abang ini."

Mak dan ayah yang berada di kerusi hadapan tersenyum. Kala itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba-tiba sahaja hilang kawalan lalu melanggar kereta yang dipandu oleh ayah.

Kelihatan darah pekat membasahi pakaian juruterbang yang disarungkan abang.

Tangan adik tersepit di celah kerusi. Kepala ayah cedera sedikit dan mak pula pengsan tidak sedarkan diri.

" Bawa mengucap, abang...."

Kala itu, Abu Akmal sudah semakin nazak. Sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat berpesan kepada adiknya, Abu Juhair.

" Adik, tolong sambung cita-cita dan impian abang. Abang minta maaf sebab tidak dapat merealisasikan impian abang. Allah lebih sayangkan abang. Adik, ingat ya. Impian bukan sekadar angan-angan."

Dan, akhirnya Abu Akmal menghembuskan jua nafasnya yang terakhir.

Kala itu, seisi kelas mengesat air mata masing-masing setelah mendengar cerita daripada Abu Juhair.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience