BAB 2

Romance Completed 18489

Sehari dua ni. Aku rasa macam tak sihat badan je. Entah kenapa. Bila tanya ibu, dia kata perubahan musim barangkali. Aku pun tak tahulah. Hari ini aku buat keputusan untuk berjumpa doktor.

Selepas bersiap aku pun turun ke bawah. Ayah awal-awal lagi sudah keluar untuk bekerja. Biasalah dah naik pangkat ni sibuk la sikit. Memandangkan hari ini hari Jumaat. Jadi aku ambil cuti.

“ibu, ifah pergi dulu.” Aku berjalan ke arah ibu lalu bersalam dengannya.

“kamu tak nak ibu ikut. Risau ibu tengok.” Ibu berasa risau sekali dengan keadaanku.

“tak pa. ifah boleh pergi sendiri. Bukan jauh sangat. Nanti zafar tu sapa nak jaga.” Zafar ialah adik bosungku yang berumur 4 tahun . Kami Cuma ada tiga beradik je. Aku anak kedua dari tiga beradik. Abangku zabidi sekarang berada di London menyambung pelajarannya.

“baiklah kalau begitu. Hati-hati bawa kereta tu. Biar lambat asal selamat.” Pesan ibu. Aku hanya mengangguk lalu masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan keretaku meninggalkan rumah dua tingkat teres itu.

Tiba-tiba telefonku berbunyi. Mesti dari pejabat ni.

“helo assalamualaikum.”

“waalaikumussalam. Ifah ke tu?” aik ni suara lelaki. Aku tengok semula nombor di skrin telefon. Patutlah nombor yang tidak dikenali.

“ini siapa?”

“abang kandung mu…” aku tersentak. Tak mungkin abang tukar nombor.

“bohong. Tolong cakap dengan jujur sebelum saya lapor polis.” Ugutku. Kini aku berhenti memandu sebentar. Nanti tak fasal2 kena saman.

“betul. Zabidi ni. Takkan abang nak bohong.” Katanya lagi

“tapi nombor yang lama tu.”

“tu yang abang call ifah ni. Nombor tu abang tak pakai dah sebab rosak.”

“oh…” hanya itu yang aku balas.

“abang nak beritahu yang abang akan pulang dalam hujung bulan ni.”

“biar betul. Kiranya lagi seminggu saja la. Tapi bukan lagi satu tahun ke pengajian abang di sana?”

“betul. Tapi abang ambil cuti selama satu semester. Abang penat lah. Hujung bulan 4 ni baru abang sambung semester abang.”

“ jadi … hah ibu dan ayah tahu ke belum.”

“belum. Nanti ifah tolong beritahu ya.” belum sempat aku nak membalas...

“ Beritahu je la. Kredit tak ada la. Ni pun free je. Ok la abang terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum.” Aku jawab salam di dalam hati.

Macam2 la abang aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience