BAB 5

Romance Completed 18489

Hujung minggu itu aku sekadar berehat di rumah. Lagipun badan ni belum sihat sepenuhnya. Bila diingatkan balik kenangan manis yang lalu, hampir tergelak dibuatnya. Memang tidak dapat aku lupakan la zaman-zaman dulu.

Sekarang fikiran aku tengah bercelaru. Terkejut sangat-sangat dengan perkhabaran semalam oleh ibuku. Tetamu yang datang hari Jumaat itu adalah rombongan merisik. Cuma anak teruna saja yang tidak datang. Tetapi sekarang aku masih belum mahu atau tidak langsung tentang anak teruna itu. Nama pun aku tidak mahu tahu.

Bayangkanlah. Sekarang umur aku baru nak masuk 23 tahun. Muda lagi tu. Takla muda sangat. He3.. tapi aku tak nak. Masih belum bersedia untuk jadi isteri orang ni. Agak-agak la , betul tak? Sedih bila teringat hal semalam. Sekarang semua keputusan terletak di tanganku.

Boleh pengsan aku kalau macam ni. Kalau tanya abang, dia belum balik lagi. Kenapalah seminggu saja masa yang diberi. Huhuhu…

“ifah, nah.” Hulur ibuku satu kotak.

“apa ni?” pelik.

“ini hadiah daripada anak teruna pihak rombongan tu. Semalam ibunya suruh bagi dekat ifah.” Jelas ibuku.

Tudia… siap ada hadiah lagi. Ni salah satu cara mengambil hati ke apa ni.

“bukala tengok. Nanti mereka kecil hati pula. Ibu masuk dapur dulu.”
Aku hanya memandang kosong hadiah itu. Buka atau tidak? Ragu-ragu aku membuat keputusan.

“buka je lah.” Laung ibuku dari dapur. Haih. Ibu ni macam tahu-tahu je aku tak nak buka.

Buka je la. Perlahan-lahan aku membuka pembalut itu.

Terdapat kotak dan di dalamnya masih menjadi tanda tanya buatku. Tanpa berlengah aku pun membuka kotak itu.

Dup!!!

Kotak yang dipegang aku terjatuh ke lantai. Mujur ibu tidak dengar. Alangkah terkejutnya apa yang berada di dalam kotak itu.

Sekeping gambar aku, sepucuk surat dan sekeping gambar kawan-kawan aku semasa di sekolah. Apa semuanya ni. Siapa sebenarnya dia ni. Ya Allah tolonglah hamba.

Tergagap-gagap aku mengambil semula kotak itu. Aku masih belum berani untuk membuka dan membaca surat itu. Lalu aku naik ke bilik dan menyimpan semula ke dalam laci.

Adakah itu petunjuk. Dan kenapa gambar aku sedang ketawa di ambil dan diberi kepadaku. Dan gambar kawan sekelas itu. Apa semua ni. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lebih baik aku membaca surat itu.

Pantas aku ke laci dan mengambil surat itu. Perlahan-lahan aku membuka dan membaca. Isi nya tertulis begini.

Salam zafifah…

Maaf kalau buat awak terkejut dengan semua gambar itu. Mesti awak tertanya-tanya apa maksud di sebalik gambar itu. Cuba awak lihat dengan teliti gambar kita semua dengan kawan sekelas itu. Ada seorang lelaki yang tidak melihat kamera tapi melihat awak…

Aku pun lihat dengan teliti. Ya Allah. Itu Alif.

Ya memang betul itu saya. Alif. Dan rombongan merisik ini juga saya yang ketuanya.

Mulut aku ternganga sebentar dengan kenyataan itu.

'Sebenarnya saya nak beritahu awak sesuatu. Hampir lima tahun saya tidak berjumpa dengan awak. Rindu saya kepada awak juga kian bertambah. Mesti awak tertanya-tanya lagi kenapa saya rindukan awak. Memang betul saya rindukan awak. Ini kerana saya suka dekat awak sejak di tingkatan 3 lagi. Cuma awak yang tidak tahu. Tapi saya tidak sangka yang awak juga suka saya masa itu. Kalau kawan awak tidak beritahu saya, saya mungkin tidak akan tahu sampai bila-bila. Semenjak itu awak sering mengelak daripada berjumpa dengan saya. Saya ingin beritahu awak perasaan saya tapi awak lari apabila nampak saya. Jadi saya pendam perasaan ini sehingga hari ini. Saya harap sangat awak dapat terima lamaran saya. Kalau tidak mungkin bukan jodoh saya dengan awak. Sekian dari saya

alif.'

Hampir menangis aku dibuatnya. Memang aku tidak jangka semua ini akan berlaku. Tapi aku sudah tidak punya perasaan pada dia. Hanya sebagai kawan. Ini yang buat aku runsing ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience