BAB 8

Romance Completed 18489

setahun berlalu…

Bermakna hampir setahun jugalah genap aku berkahwin. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan zafri ni. Sekarang aku berasa bahagia di sisinya dan ditemani anak yang aku kandungkan ini. Hampir 7 bulan aku mengandung anak yang pertama ini. Perasaan itu tidak dapat aku gambarkan.

Aku macam tak percaya yang aku akan kahwin dengan jiran sendiri. Yang lebih mengejutkan adalah zafri ni sebenarnya sudah lama suka kat aku. Semenjak pergi ke luar negara katanya.

Sekarang aku lebih yakin dan keputusan yang aku buat tidak sama sekali salah. Tanpa bantuan- Mu aku tidak akan mencapai kebahagiaan ini.

Abangku zabidi sekarang sedang berbulan madu bersama isteri kesayangannya itu. Selepas sebulan aku berkahwin abangku pun turut berkahwin dengan pilihan hatinya.

Ibu dan ayah baru beberapa hari yang lepas telah pergi menunaikan haji bersama adikku yang berumur 5 tahun itu. Segala-galanya memang tidak dapat ku duga. Bermacam-macam perkara yang berlaku dalam setahun ini.

“ zafifah…”

Lamunanku terhenti. “ya saya.” Perlahan-lahan aku melangkah ke arahnya dengan perut aku yang memboyot ini.

“la… kenapa bangun. Duduk saja la.” Ujarnya lembut. Dia pimpin ku ke ruang tamu semula dan duduk di sofa.

“saja nak senaman sikit.” Kataku sambil tersengih.

“ada-ada saja la sayang ni.” Ujarnya sambil tersenyum.

“abang… terima kasih ya.” Ucapku.

“terima kasih? Untuk apa.”

“kerana sudi menerima ifah yang tidak sempurna ini.” Aku mengusap perutku.

“kenapa cakap cam tu. Sepatutnya abang yang harus ucapkan terima kasih kepada sayang kerana sudi menerima abang serta mengandungkan anak kita ni.” Ujarnya sambil mengusap perutku.

Aku tersenyum bahagia.

Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat aku cintai ini. Walaupun tidak sampai sebulan aku kenal dengan zafri tapi aku sangat bahagia. Terima kasih Ya Allah dan terima kasih zafri.

Apa-apa pun akan berlaku jika Dia menginginkannya. Kita cuma melakar dan menulis mimpi di atas kertas adakalanya ia sekadar lakaran kosong boleh jadi ia juga salah satu dari doa kita, walau sekuat mana kita meminta dan berdoa semua yang berlaku atas izinNYA, Tuhan yang Esa. Jika mimpi yang kau tulis itu menjadi nyata, senyum dan bersyukurlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience