BAB 6

Romance Completed 18489

Aku termenung di hadapan taman permainan itu. Habis saja waktu kerja aku terus datang ke sini. Rasa tenang seketika setelah melihat anak-anak kecil bermain. Tinggal dua hari lagi. Aku masih belum berbuat keputusan.

Adakah alif jodohku. Aku tak percaya.

“assalamualaikum cik adik. Termenung apa tu.”

Errkk… zafri. Macam mana pula dia boleh berada di sini.

“waalaikumussalam. Mana awak tahu saya berada di sini.” Setahu aku tempat ni jauh dari tempat perumahan ku.

“tadi hati saya tergerak untuk lalu di sini dan saya jumpa kereta awak. Jadi saya datang la.” Ujarnya.

Aku hanya tersenyum. Aku pandang ke hadapan semula.

“kenapa ni? Macam ada masalah saja.” Tanya zafri lalu mengambil ruang di sebelah aku. Pantas aku memberi jarak kepadanya.

“memang ada masalah pun. Antara hidup dan mati.” Cheh… macam penting sangat. Tapi memang penting pun.

“ye ke. Beritahulah. Mana tahu saya boleh tolong.”

“tapi awak tak akan dapat menyelesaikan masalah saya ni. Hanya saya sorang je.”

“beritahu sajalah . Saya tak kisah.” Mamat ni la. Beritahu je lah.

“beberapa hari yang lalu saya dilamar. Esok lusa saya kena berikan jawapan. Tapi saya tak tahu sama ada saya akan terima atau tidak.” Selepas aku beritahu itu, kelihatan air mukanya berubah sejenak. Tetapi kembali tersenyum.

“ awak pernah jumpa dengannya?” “masa sekolah dulu je lah. Lepas SPM tu semua kawan-kawan saya tidak jumpa.” Beritahu aku sambil menatap mukanya.

Tiba2 jantungku berdegup kencang.

Kenapa pula ni. Cepat2 aku singkirkan perasaan yang lain itu.

“ saya tidak tahu nak kata apa. Tapi awak buat lah solat istikharah. Mana tahu Allah akan beri petunjuk melalui itu. Saya yakin Allah akan bantu awak dan semua umatnya.” Balasnya tenang.

Aku mengangguk tanda setuju dengan cadangan itu.

“boleh saya tahu, awak suka kat dia ke?” tnya zafri tiba-tiba . Aku tersentak. Tak sangka dia akan bertanya soalan itu.

“semasa sekolah menengah dulu ada la minat-minat tu. Tapi setelah 5 tahun saya sudah tidak ada perasaan apa-apa kepadanya. Tidak lebih daripada seorang kawan.”
Aku berkata dengan berhati2. Takut dia terasa.

Tapi buat apa dia nak terasa. Ini hal aku. Apa ni ifah…

“awak percaya tak cinta pandang pertama.” Ni soalan cepumas ke.

“ entahlah. No komen la.”

“saya percaya. Saya juga masih cuba menambat hati sorang perempuan ni. Tapi sedih sebab dia telah dirisik seseorang.”

Aik. Sama macam aku je ni. Atau nak perli. Arrghh… peningnya…

“saya minta diri dulu la.” Putus aku lalu bangun dan menuju ke arah kereta. Di tengah-tengah perjalanan, namaku di laung.

“zafifah!!! Awak la cinta pertama saya itu.” Katanya sedikit terjerit.

Gurlp!!!

Apa ni. Sandiwara apa lagi ni. Perlahan-lahan zafri menapak ke arahku.
Aku mula resah. Tanpa apa-apa , pantas aku lari ke kereta dan memandu pergi dari situ.

Mujurlah aku sempat lari. Tapi kenapa selepas dia berkata demikian aku rasa gembira dan jantungku berdegup kencang. Adakah aku sudah jatuh cinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience