Bab 6

Romance Completed 8003

Sejak peristiwa itu, Khai tidak lagi berhubung dengan Liya. Kerana keluarga dan keinginan ibunya, Khai mempertaruhkan cinta dan kasihnya kepada Liya. Kini Khai dan Sha telah di tunangkan. Hubungan Khai dengan Liya kian jauh, petang yang tenang itu Khai mengambil keputusan untuk menelefon Liya.

“Assalammualaikum Liya.”

“Waalaikummussalam Khai.”

“Liya sihat? Maafkan Khai dengan apa yang telah terjadi.”

“Khai… tiada apa yang perlu Khai minta maaf. Khai tidak bersalah. Yang ingin Liya katakan tahniah Khai.”

“Tapi Liya….”

“Tak ada tapi-tapi lagi k. yang penting Khai kena jaga hati ibu Khai. Itu lagi penting Khai. Liya nak Khai jaga ibu Khai. Sayangkan Ibu Khai ea. Tentang Liya, Khai tak perlu risaukan ea.”

“Terima kasih Liya.”

“Sama-sama Khai. Tak apalah Khai, Khai pergilah buat kerja Khai dulu ea. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

Liya membiarkan titisan mutiara mengalir di pipinya setelah menamatkan panggilan dengan Khai sebentar tadi. “Khai….Liya cintakan Khai. Liya sayangkan Khai.” Bisik halus hati Liya. Liya baru menyedari tentang perasaannya itu setelah Khai memberi perhatian kepada dirinya. Liya mula yakin tentang perasaannya itu setelah Khai meninggalkannya. Liya tidak pernah meluahkan perasaannya kerana dia tidak mahu Khai menjadi anak yang derhaka kepada Ibu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience