Bab 9

Romance Completed 8003

Sejak pertemuan Liya dengan Datin Asmirah, datin banyak berubah. Kini Datin telah mengambil keputusan untuk menyatukan anaknya dengan Liya. Gadis yang selama ini dicintai dan disayangi anak tunggalnya, Khai.

Tiga bulan selepas bertunang, Khai dan Liya telah diijab kabulkan…

“Aku nikahkan dikau Mohd Khairul Amar bin Datuk Syukri dengan Aliyah Maisara binti Ahmad dengan mas kahwin RM80 tunai.” Tanya tok kadi kepada Khai.

“Aku terima nikah dia Aliyah Maisara binti Ahmad dengan mas kahwin RM80 tunai.” Dengan rasa gementar, akhirnya Khai dapat melafazkan kata terima nikah daripada tok kadi kepada Liya.

“Sah? Sah? Sah? Sah?” Tanya tok kadi kepada empat orang saksi.

“Sah.” Jawab keempat-empat orang saksi.

Kemudian majlis itu di akhir dengan bacaan doa dari tok kadi.

Kini dengan sekali lafaz, Aliyah Maisara binti Ahmad telah sah menjadi seorang isteri kepada Mohd Khairul Amar bin Datuk Syukri . Kebahagiaan akhirnya menjadi milik Khai da Liya untuk selamanya.

Percayalah, andai dia adalah jodoh kita, kita kan tetap bersama walaupun pelbagai dugaan mendatang. Yakinlah dengan ketentuan illahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience