Bab 7

Romance Completed 8003

Sehinggalah suatu hari, telah terjadi sesuatu kepada ibu Khai. Datin Asmirah telah di timpa kemalangan jalan raya, kini Datin Asmirah berada di hospital. Sejak Datin Asmirah koma, Liya lah yang rajin ke hospital datang melawatnya, tidak seperti tunang Khai, Sha. Sha tidak pernah datang melawat Datin Asmirah sejak Datin di masukkan ke hospital. Bagi dia, perkara itu tidak penting. Yang Shat tau, Datin sayangkan dia. Sudah dekat 2 minggu Datin Asmirah koma. Minggu ke 3 barulah Datin sedar dari komanya.

“Ibu…ibu dah sedar. Alhamdulilah.” Khai gembira setelah melihat ibunya sedar dari koma.

“Khai…abang….” Panggil lembut Datin Asmirah kepada anak lelakinya dan suaminya.

“Mirah…jangan bangun sayang. Mirah baru sedar dari koma. Sudah 2 minggu Mirah berada dalam keadaan koma.” Jelas suami tercinta Datin Asmirah, Datuk Syukri.

“Ea ibu, apa yang ayah katakana itu benar. Alhamdulilah, akhirnya ibu sedar juga.”

“Khai….. Sha mana? Dia tak datang jenguk ibu ke?” Tanya Datin kepada anak tunggalnya.

“Huem…perlu ke aku beri tahu ibu? aku tidak sanggup melukai hati ibu ku” Bisik hati kecil Khai.

“Khai!! Ibu tanya ini?”

“Mirah…sebenarnya anak lelaki kita itu tidak sanggup nak beritahu kepada Mirah. Yang sebenarnya, selama Mirah koma di hospital, bukan Sha yang datang melawat dan menjaga Mirah.” Jelas Datuk Syukri.

“Kalau bukan Sha siapa abang? Siapa?” Datin Asmirah mula tertanya-tanya. Bakal menantu yang di harap tapi insan yang pula yang melawat dan menjaganya.

“Sebenarnya ibu…. Yang menjaga dan melawat ibu semasa ibu koma adalah Liya.” Jelas anak lelakinya.

“Liya????? Tak mungkin lah.” Datin Asmirah terkejut setelah mendengar nama gadis yang selama ini di pandang rendah olehnya. Yang dicaci olehnya.

“Ea….. Mirah…Liya yang sebenar menjaga dan melawat Mirah ketika Mirah koma. Abang sendiri yang melihatnya. Hampir dua minggu juga Liya menjaga Mirah.” Cerita Datuk Syukri kepada isterinya.

Datuk Syukri amat mengenali sikap isterinya yang bongkak itu. Moga dengan apa yang dilakukan Liya, kan terbuka hati Isterinya itu.

“Abang….Mirah nak jumpa dengan Liya. Mirah banyak buat salah dengan dia abang. Patutnya Mirah terima dia. Mirah nak minta maaf dengan dia abang. Mirah tak sangka dia anak yang baik abang. Selama ini, Mirah yang salah menilainya. Mirah terlalu mementingkan darjat. Mirah nak bertemu dengan anak itu abang.” Datin Asmirah mula menangis sambil meminta suaminya mempertemukan Liya dengannya.

Datuk Syukri memeluk erat isterinya, Datin Asmirah bagi menenangkan keadaan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience