Bab 8

Romance Completed 8003

Sudah sebulan Datin Asmirah berada di rumah setelah keluar dari hoapital. Sampai sekarang juga Datin Asmirah tidak bertemu dengan anak gadis yang baik itu. Sehinggalah……

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam. Cik cari siapa?” Pembantu rumah Datin mula bertanya kepada gadis yang bertudung di luar pagar rumah tuannya.

“Boleh saya nak berjumpa dengan Datin?” Pinta gadis itu dengan lembut.

“Oooo…. Boleh saja. Masuk..masuk…tunggu sebentar ea.” pelawa pembantu rumah Datin.

Liya hanya duduk memerhatikan sekeliling rumah itu sambil menunggu ketibaan Datin. Liya terkejut saat dirinya di tegur…….

“Kamu siapa?” Tanya Datin Asmirah pelik setelah melihat gadis yang ayu penampilannya

“Assalammualaikum Datin. Saya Liya.” Beri tahu gadis ayu itu.

“Waalaikummussalam. Jadi kamu lah Liya? Liya yang anak lelaki saya pernah cerita dulu? Yang turut jaga dan melawat saya di hospital itu?” Bertalu-talu soalan yang di tanyakan Datin setelah mengetahui gadis ayu yang berada di depannya itu adalah Liya.

“Ea Datin… saya Liya. Saya kemari sebab Khai yang suruh. Dia kata Datin nak berjumpa dengan saya. Kerana itu lah saya kemari.”

“Liya… tak perlu panggil saya Datin. Panggil je saya ibu. Sebenarnya…ibu nak minta maaf kerana selama ini ibu tidak membenarkan Liya berkawan dengan Khai. Ibu juga nak ucapkan terima kasih kepada Liya kerana sudi menjaga dan melawat ibu.” Datin Asmirah mula berbicara sambil memegang tangan halus Liya.

“Huem…tidak ada apa yang perlu ibu minta maaf. Ibu tidak bersalah. Dalam hal ini, ibu tidak bersalah. Liya tidak pernah mengambil hati dengan apa yang telah terjadi. Bagi Liya, apa keputusan yang ibu buat adalah demi kebaikan Khai jua.” Liya berkata lembut.

“Tapi….ibu bersalah. Kerana terlalu mementingkan diri sehingga ibu tidak sedar pilihan anak lelaki ibu selama ini adalah sempurna.

Maafkan ibu ea Liya.”

“Ibu…tiada apa yang perlu ibu minta maaf. Ibu tidak bersalah. Liya mula menangis dengan situasi itu.”

Datin Asmirah menyapu air mata yang mengalir di wajah Liya yang ayu bertudung itu, lalu Datin Asmirah memeluk erat tubuh gadis itu sambil berkata…..

“Liya…masih sudikah Liya untuk menjadi penghuni di rumah ini?”

“Tapi ibu…..” Liya mula meleraikan pelukan dari seorang ibu.

“Tiada tapi-tapi Liya…ibu nak tebus kembali kesalahan ibu pada Liya. Ibu nak satukan Liya dengan Khai. Izinkan ibu untuk melakukannya Liya.” Pinta Datin Asmirah.

“Baiklah ibu. Tapi ibu suruhlah Khai datang ke rumah Liya dan berbincang dengan keluarga Liya dulu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience