Bab 3

Romance Completed 8003

Sejak pertemuan dan perkenalan itu, Khai sering bertemu dengan Liya di Taman Pudu Ulu. Persahabatan yang terjalin di antara mereka mengeratkan lagi hubungan mereka. Sejak itu jugalah, Khai mula merasakan sesuatu ketika bersama Liya. Sesuatu yang tidak pernah di rasainya. Biarpun perkenalan mereka belum cukup dua bulan, Khai merasa bahagia sangat-sangat kerana dapat mengenali diri Liya.

Tapi……tanpa Khai menyedari, Liya adalah tunangan orang. Liya menjelaskan keadaan sebenarnya setelah dengan tiba-tiba Khai meluahkan perasaannya pada Liya.

“Liya… Khai ada sesuatu yang ingin Khai katakan pada Liya.” Ujar Khai sambil melihat Liya khusyuk membaca novelnya.

“Urm… apa dia Khai?”

“Sebenarnya Khai cintakan Liya.” Ujar Khai sambil merenung wajah ayu Liya.

“Apa Khai? Khai cintakan Liya? Tak mungkin Khai…. Tak mungkin… Khai tidak boleh membiarkan perasaan itu hadir antara kita. Dengan rasa terkejut, Liya menyuruh Khai agar melupakan perasaannya pada dirinya.

“Tapi kenapa Liya? Salahkan kalau Khai ingin mencintai dan memiliki Liya? Salah ke?” Tanya Khai setelah melihat Liya mula menolak cintanya.

“Bukan begitu Khai…. Liya sebenarnya….” Liya tertunduk setelah tidak dapat menghabiskan kata-katanya.

“Sebenarnya apa Liya?” Sayu sungguh suara Khai yang masih mengharap pada Liya.

“Sebenarnya… Liya tunangan orang Khai. Kerana itu lah Liya jarang keluar dengan Khai walaupun Khai sering kali mengajak Liya keluar. Kerana itu jugalah Liya akan sentiasa memastikan Khai tidak menyentuh atau merapati Liya di saat kita keluar bersama. Kerana itu Khai… kerana Liya tunangan orang. Maafkan Liya. Liya harap penjelasan Liya ini tidak akan memutuskan persahabatan kita Khai.” Jelas Liya tentang dirinya yang merupakan tunangan orang dengan sopan kepada Khai dan mengharap Khai memahaminya.

“Urm…. Khai tak sangka Liya tunangan orang. Maafkan Khai.” Dengan sayu Khai memohon maaf dengan Liya.

“Khai… kita tetap bersahabat kan?”

“Urm… dah tentu lah Liya. Walaupun Khai kecewa setelah mendengar penjelasan Liya, persahabatan kita tetap terjalin. Liya janganlah risau ea.” Jelas Khai setelah Liya bertanya.

“Terima kasih Khai sebab memahami Liya dan masih sudi bersahabat dengan Liya. Terima kasih Khai.”

“Sama-sama Liya.” Sebuah senyuman Khai hadiahkan kepada Liya walaupun di hati Khai kesedihan mula di rasa di saat gadis yang di cintainya telah di miliki oleh orang lain.

“Khai… Liya ingat, Liya nak pulang dulu. Lagipun nanti mak ayah Liya marah pula.”

“Kalau macam itu, biar Khai yang hantar Liya pulang ea.”

“Eh..tak apalah Khai. Lagi pun rumah Liya tak jauh.”

“Ish… Liya ini… khai hantar ea?”

“Huem….. baik lah Khai.”

Sesaat kemudian, Khai menghantar Liya seperti yang dikatakannya. Liya menucapkan terima kasih kepada Khai kerana sudi menghantarnya. Setelah kejadian itu, Khai Cuma menyibukkan dirinya agar dirinya dapat menjauhkan perasaan kecewa dan sedihnya setelah mengetahui yang Liya itu tunangan orang.

“Liya…. Khai sayangkan Liya . Khai cintakan Liya.” Bisik hati Khai sendirian. Terlalu sukar untuk Khai menerima kenyataan yang Liya itu sebenarnya tunangan orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience