PART 1

Short Story Completed 2309

_ ngeri _psiko _pembunuhan

Cantik

Part1

Kiara duduk dlm kelasnya, diam² menangis di sudut di mana tiada sesiapa yg boleh nampak dia menangis.

'Kenapalah aku begitu hodoh?'

Dia bencikan dirinya sendiri. Ya, semua org bencikan dia. Dia selalu dengar org cakap kecantikan itu bersifat dalaman, bukannya luaran. Tapi kenapa semua org sukakan Nisha? Dia tahu jawapannya, sebab Nisha sangat cantik. Nisha ketua pasukan sorak paling popular di sekolah. Kiara tak pernah rasa cemburu pada Nisha, tapi sekarang ya. Dia teringin sekali nak jadi cantik. Selama ni dia selalu percaya org yg hatinya bersih dan baik itu cantik.

'Tapi mungkin aku silap. Mungkin kecantikan sejati datangnya dari muka kita, bukan dari hati kita'.

Ibubapanya tak pernah menyayangi dia. Malahan, mereka selalu mengatakan yg dia tak guna, makhluk hodoh dan banyak lagi. Setiap kali dia berpapasan dgn keluarga yg bahagia atau ibubapa yg penyayang, hatinya jadi sayu dan air matanya bergenangan.

Dia menyeka air matanya. Benaknya sarat dgn fikiran. Sejurus tadi, Nisha dan rakan²nya menumbuk dan menyepaknya sebab mereka nak tunjukkan betapa malangnya dia. Mereka selalu mengutuknya. Dia tak ingin hidup. Dia ingin mati.

Tiba² seseorg menggoncang bahunya dan menyampuk fikirannya. Dia mendongak dan tersenyum lembik. Itu Mandy, kawan baiknya. Satu²nya org yg menyayangi dia. Kiara tak tahu kenapa Mandy berkawan dgnnya, sebab Mandy cantik. Dia sepatutnya tergolong dlm kumpulan Nisha.

"Mereka pukul saya lagi, Mandy... Saya dah tak sanggup nak hidup lagi... Saya dah tak tahan," kata Kiara.

"Awak kena beritahu ibubapa awak tentang ni. Awak mesti hentikan mereka, Kiara," kata Mandy dgn kebimbangan di matanya.

"Tidak... biarlah," Kiara bangkit dan mula berjalan menjauhi Mandy. Dia tak tahu orangtuanya bukanlah ibubapanya yg sebenar. Sekiranya dia memberitahu mereka, mereka akan kata, "Nisha seorg gadis cantik dan baik hati. Dia tak akan pukul makhluk hodoh macam awak." Kemudian ayahnya akan memukul dia dgn tali pinggang utk menunjukkan betapa malangnya dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience