PART 6

Short Story Completed 2309

Cantik


Part 6
_ngeri _psiko _pembunuhan

"Kiara, mari turun sarapan! Dah hampir dua minggu kamu asyik terperap dlm bilik! Kenapa kamu tak boleh tunjukkan muka tak guna kamu tu?!" pekik ibunya sambil meletakkan semangkuk sup ke atas meja.

"Mak, saya nak bagi kejutanlah... Saya tak boleh keluar dari bilik," jerit Kiara, tapi suaranya kedengaran teredam dan tak jelas. Ibu dan ayahnya melirik antara satu sama lain dgn hairan.

"Ada sesuatu yg tak kena dgn dia ni," bisik ayahnya.

"Ya. Awak rasa kita patut periksa dia tak? Budak pelik."

"Jangan, biarkan saja. Kita tengok kalau dia betul² ada kejutan," kata ayah Kiara sambil mengambil akhbar. Bila dia membuka lipatan akhbar tu, dia tersentak. "Oh, ada pembunuhan lagi! Siapa pembunuh bersiri baru ni?"

"Apa?"

"Pembunuh bersiri baru. Kononnya dia mengambil salah satu ciri dari muka mangsanya. Menurut akhbar, mangsa selalunya remaja biasa," kata ayah Kiara sambil mula membaca akhbar itu.

"Mangsa terbarunya seorg pemuda bernama... err... Jeffery Abraham, seorg remaja yg bekerja sambilan sebagai pemandu trak utk sebuah syarikat pakaian."

"Mula² Nisha dan Patricia. Malang betul budak² tu..." kata ibu Kiara sambil mula menjamah makanan.

* ~ * ~ * ~ *

"Hah, biar betul! Rasanya macam seorg gadis memakai jaket berkerudung, pakaian lelaki dan kasut sniker jadi pembunuh lelaki," bisik Kiara, memuncungkan mulut sambil membaca akhbar. Dia sdg duduk di katilnya, menyantap sarapan. Agak menyakitkan dan sukar baginya nak makan dgn bibir barunya. Akhbar tersebut menyatakan pembunuh bersiri baru tu seorg lelaki muda. Tapi mereka tak tahu pembunuh tu sebenarnya seorg gadis. Seorg gadis yg cantik.

'Kenapa pula mereka panggil aku ni pembunuh? Aku cuma minta tolong dgn 'kawan²' aku. Bukan masalah aku kalau mereka mati masa tolong aku'.

Dia meletakkan mangkuk ke meja dan membasuh tangannya di kamar mandi. Dia tak keluar² dari biliknya sejak proses 'ingin menjadi cantik'nya bermula.

Kiara pergi ke lacinya dan mengeluarkan beg plastik. Dia membuka beg plastik itu dan melihat dua 'benda' yg indah. Pipi si budak pemandu tu. Hari itu pemuda tersebut enggan menolongnya, tapi pemuda tu sepatutnya tahu yg Kiara akan menuntut apa saja miliknya.

Kiara mengeluarkan pipi itu serta gam super dari laci. Dia memancitkan gam super itu ke pipinya dan melekatkan 'benda' tersebut. Masih ada kesan darah kering pada pipit itu. Kiara menyentuh pipinya dan tersenyum. Semuanya dah sempurna dan sekarang dia seorg gadis yg sangat cantik.

Dia menatap ke cermin dan tersengih. Rasa agak sakit bila meregangkan bibirnya, tapi dia tak peduli. Kiara teringat kata² yg dihamburkan budak pemandu tu padanya semasa 'menolong' dia. "Awak sakit jiwa!"

'Betul ke aku ni psiko? Seorg pembunuh gila?'

Kiara menggelengkan kepala dan memutuskan hendak menunjukkan kejutan itu pada ibubapanya. Dia perlahan-lahan membuka pintu bilik tidurnya, melangkah ke luar dan senyap² mengintai ke tingkat bawah. Nampaknya ibubapanya sdg serius berbual.

Kiara perlahan-lahan menuruni tangga. Bila semakin dekat, dia berpekik, "Surprise!!!"

Ibubapanya berhenti berbual dan berpaling utk memandangnya. Mata mereka terbeliak dan mulut mereka ternganga sebaik saja melihat Kiara. Mereka tersentak dan bingkas berdiri dari kerusi mereka. Kiara nampak tak ubah macam mimpi ngeri, tapi yg paling teruk sekali itu bukan mimpi ngeri.

"Macam mana rupa saya, mak? Ayah?" tanya Kiara, berseri-seri sebab gembira dan teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience