ENDING

Short Story Completed 2309

Cantik

ENDING
_ngeri _psiko _pembunuhan

~KIARA~

Aku tengok ke sekelilingku. Selepas 10 tahun di rumah sakit jiwa, aku tak sangka aku akan melihat dunia luar lagi. Tapi mujurlah, aku kini bebas. Aku selalu tertanya-tanya kenapa aku melakukannya? Kenapa aku membunuh ibubapaku? Kenapa aku membunuh kawan²ku? Ya, mereka bukan kawan²ku, tapi mereka juga manusia sepertiku dan aku tak berhak merampas nyawa mereka. Tapi nasi dah menjadi bubur dan aku dihumban ke rumah sakit jiwa selama 10 tahun.

Aku masih ingat hari aku mencabut nyawa gadis yg kononnya kawan baikku. Sdg aku merobek keluar jantungnya, aku mendengar bunyi siren. Aku tak peduli sebab bagiku itu cuma proses yg kulalui utk menjadi cantik. Aku tak takut sebab aku tak fikir aku buat apa² yg salah. Pintu dipecahkan oleh lima lelaki berseragam. Aku cuma merenung mereka dan seterusnya yg kuingat, semuanya jadi kabur. Mereka mengacukan senjata ke arahku dan menyuruh aku meletakkan pisau. Aku patuh. Selepas itu mereka menggariku.

Selepas menjalani beberapa ujian, keadaan mentalku disahkan tidak stabil. Bahkan kebanyakan ciri² mukaku sendiri, mata, telinga, hidung, pipi, rosak akibat bahan kimia yg terkandung dlm gam super itu.

Seiring berlalunya waktu, ramai doktor yg datang dan mengajukan soalan² yg tak masuk akal. Salah seorg doktor kegemaranku ialah Dr. Conrad. Dia seorg wanita berusia empat puluhan, berambut coklat pendek dan berwajah manis. Pada awal rawatan, aku sukar menerima hakikat yg aku telah membunuh ibubapa dan rakan² sekolahku. Tapi secara beransur-ansur aku faham yg aku sememangnya seorg pembunuh.

Kemudian suatu hari aku dimaklumkan bahawa orangtuaku sebenarnya bukan ibubapa kandungku. Sebenarnya aku tak pernah memiliki keluarga yg bahagia. Tak hairanlah ibu dan ayah angkatku tak pernah menyayangiku. Ya, ada baiknya juga mengetahui yg mereka bukan ibubapaku yg sebenar. Mereka tu keparat. Sekarang keluargaku ialah Dr. Conrad, Ana jururawatku dan jurnalku. Ya, aku kerap menulis jurnal.

Bila aku mula menerima hakikat yg aku ini seorg pembunuh, aku mula menjadi normal. Aku tak lagi teringin nak jadi cantik. Benda yg cantik tak semestinya sempurna. Setelah pulih, aku dibebani rasa bersalah. Hatiku sedih memikirkan jeritan nyeri mangsa, merayu agar aku tidak membunuh mereka.

Dr. Conrad menyuruh aku melupakan masa lalu dan memulakan hidup baru. Jadi sekarang aku seorg insan yg baru. Tanpa jejak masa lalu, cuma harapan utk masa depan yg lebih cerah. Semuanya disebabkan budi baik Dr. Conrad. Demi melupakan masa laluku, aku menukar namaku. Sekarang aku Kristy dan bukannya Kiara.

"Kopi, puan?" tanya gadis muda itu. Aku tersenyum. Sekarang hidupku serba sederhana. Sdg aku duduk di pejabat dgn komputer ini di depanku, aku mengeluh. Walaupun kerja ni stres, aku menyukainya. Buat aku sibuk sepanjang hari. Sekarang Kiara dah mati. Yg tinggal cuma Kristy.

"Ya," kataku. Dia menyerahkan padaku secawan kopi dan aku meletakkannya ke meja. Sekarang aku menulis tentang hidupku dlm sebuah buku. Elok rasanya dapat berkongsi apa yg kurasa. Sebenarnya aku tak kisah sebab bagi pembaca²ku ini cuma sebuah cerita. Aku menghabiskan kopiku, menyambar begku dan keluar dari pejabat. Hari ni aku habis bekerja lebih awal dan tak ada apa² yg nak dilakukan di rumah.

Aku berjalan ke tempat letak kereta. Tumit kasutku berketik-ketak bila menyentuh turapan yg dingin. Tempat letak kereta itu kosong dan gelap. Aku sampai ke keretaku dan membuka pintu tapi sebelum masuk, aku perasan ada sesuatu yg tersekat pada pengilap cermin depan keretaku. Itu sekeping kertas. Kutarik dan buka lipatan kertas itu dan tersentak kecil. Itu nota pendek yg ditujukan padaku ditulis dgn pen berdakwat merah. Ianya berbunyi:

'Belum tamat lagi, Kiara. Saya akan balas dendam tak lama lagi'.

Aku tersentak sebab di bandar baru ini, tiada sesiapa pun yg mengenaliku sebagai Kiara. Tapi org yg menulis nota ini adalah seseorg yg patut kugeruni...

......THE END.......

Pengajaran: Jgn sesekali buli org disebabkan paras rupa semata-mata, xda kira secara fizikal atau mental. Paras rupa bukan jadi ukuran utk disayangi atau dihargai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience