PART 3

Short Story Completed 2309

Cantik

Part3

_ngeri _psiko _pembunuhan

Perlahan-lahan dia berjengket-jengket ke dapur. Diam² dia membuka laci dan jumpa apa yg diperlukannya. Sebilah pisau pemotong daging yg besar. Dia mengambil pisau itu dan mula menuju ke pintu depan. Baru saja dia hendak membuka pintu sesenyap mungkin, ibunya muncul di hadapannya.

"Kamu nak ke mana tu?" tanya ibunya sambil menatap curiga padanya. Dia menyembunyikan pisau itu di belakangnya.

"M-Mak! Mandy... telefon... saya. Dia minta saya tolong siapkan kerja rumah sejarahnya," dia teragak-agak.

Mereka saling merenung selama beberapa saat bila ibunya memecahkan kesunyian.

"Baiklah... tapi mak nak kamu pulang dlm masa sejam... dan kalau kamu tak pulang, kali ni bukan setakat penampar saja, tapi mak akan buat muka kamu tu jadi lebih hodoh," sungut ibunya. Kiara menelan liur dan mengangguk.

Dia membuka pintu dan berlari keluar seolah-olah seekor burung yg terlepas dari sangkarnya. Dia merenung ke jalan yg lengang, tapi tak begitu kosong. Dia nampak ada dua org sdg mengumpat dan bersembang.

Bila dia mendekati, hatinya girang. Nisha dan kawan baiknya, Patricia. Masa yg tepat. Akhirnya dia akan jadi cantik.

Dia berjalan ke arah mereka dan berdiri di depan mereka. Mereka sedar akan kehadirannya dan menoleh. Kiara tersenyum sinis sambil memegang pisau pemotong dagingnya.

"Hei, si hodoh! Awak buat apa kat tengah² jalan ni dgn pisau pemotong daging tu?" kata Patricia dan mula ketawa.

"Saya cuma nak buat diri saya nampak cantik," jawab Kiara dgn muka lurus bendul.

"Awak nak kami tolong ke?" tanya Nisha sambil terkekek-kekek.

"Kurang lebih macam tulah," kata Kiara sambil menyeringai lebar. "Mari kita tengok apa dia ciri² Nisha yg paling cantik. Hmm... ya! Rambut awak, sesuai betul utk saya. Jadi awak kena beri saya rambut awak."

Mata mereka terbeliak seketika, tapi kemudian mereka ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut seolah-olah itu benda paling lucu yg pernah dikatakan. Kini seringai Kiara bertukar menjadi kerutan serius.

"K-Kelakarnya awak ni!" kata Nisha sambil ketawa. Muka Kiara nampak berang. Tiba² dia menyambar kepala Nisha dan dgn satu gerakan sepantas kilat, memotongnya dgn pisau. Patricia berhenti ketawa dan memerhatikan Kiara yg bermandikan darah itu ketawa bagai nak gila. Dgn ngeri dia memerhatikan Kiara perlahan-lahan menguliti tengkorak Nisha dgn pisau utk mengambil rambutnya.

"Terima kasihlah, Nisha, utk rambut awak. Sekarang saya akan nampak cantik dgn rambut ni," kata Kiara dgn seringai menyeramkan.

Patricia melirik ke arah tubuh Nisha yg tak bernyawa. Dia bungkam dan menggigil ketakutan. Dia tak percaya Kiara baru saja memenggal dan menguliti tengkorak seseorg. Dia berundur dari Kiara.

Dia melihat ke sekeliling jalan. Tiada sesiapa. Dia mesti melarikan diri dari Kiara. Kiara bukan lagi org yg sama. Dia sama sekali berbeza. Dia berbahaya.

Sdg dia berpaling, Kiara menghalangnya.

"Pat, awak nak ke mana ni? Awak tak nak tolong saya ke?" kata Kiara sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience