PART 4

Short Story Completed 2309

Cantik


Part4

_ngeri _psiko _pembunuhan

Dia melihat ke sekeliling jalan. Tiada sesiapa. Dia mesti melarikan diri dari Kiara. Kiara bukan lagi org yg sama. Dia sama sekali berbeza. Dia berbahaya.

Sdg dia berpaling, Kiara menghalangnya.

"Pat, awak nak ke mana ni? Awak tak nak tolong saya ke?" kata Kiara sambil tersenyum sinis.

Dia berpaling dan memandang Kiara yg menyeringai seram. Dia cuba meninggikan suaranya, tapi yg keluar cuma bisikan.

"Awak psiko! Awak pembunuh! Awak baru saja bunuh kawan saya! Awak dah bunuh dia! Pergi jahanam, Kiara!"

Bisikan gementar itu mempengaruhi Kiara. Seringai seramnya bertukar menjadi kerutan sedih. Dia menatap Patricia dgn mata berkaca-kaca.

"Saya cuma nak minta tolong! Saya tak berniat... nak membunuh..."

Patricia menatap Kiara yg menangis dgn kepalanya tertunduk dan bahunya bergoncang.

Dia perasan bahu Kiara bergoncang lebih kencang dan tak lama kemudian Kiara menekup mulutnya dgn tangan kiri. Tiba² dia ketawa terbahak-bahak. Mata Patricia terbeliak bila dia menyedari Kiara sebenarnya bukan menangis. Rupa²nya dia cuma menahan ketawa.

"Saya dah malas nak berborak, Patricia... Dah tiba masanya awak berikan saya mata awak yg cantik tu," kata Kiara sambil tersengih.

Mulut Patricia terlopong lebar. Tak semena-mena, Kiara menerkam Patricia dan mengerat tekaknya. Mata Patricia semakin terbeliak bila darah segar mengalir keluar dari tekaknya yg dikelar terbuka.

"Ini utk kebaikan awak sendiri. Supaya bila saya cungkil mata awak tu, awak tak akan rasa apa²," kata Kiara dgn suara girang. "Tengok? Saya seorg yg baik dan bertimbang rasa biarpun awak panggil saya ni psiko," katanya sedih, dan dgn itu tubuh Patricia terkulai tak bernyawa.

Kiara mencengkam erat² pisau dagingnya yg besar dan dgn hati² mula mencungkil mata Patricia.

* ~ * ~ * ~ *

"Lalala... masa utk jadi cantik. Lalala... masa utk jadi cantik," Kiara menyanyi sambil berjalan pulang. Hatinya tersangat gembira.

'Tinggal beberapa jam saja lagi awak akan nampak cantik, Kiara'.

Dia sampai ke pintu depan rumahnya dan baru hendak mengetuk bila dia perasan sesuatu. Dia tengok pakaian dan tangannya. Berlumuran darah.

'Habislah kalau mak nampak saya macam ni'.

Cepat² dia berpaling dan mula berlari ke belakang rumahnya. Dia sampai ke pintu pagar belakang dan berkerut bila mendapati ianya terkunci. Dia tengok pagar itu. Dia cuba sedaya upaya nak memanjat tapi hampir² jatuh. Pagar tu boleh dikatakan mustahil utk dipanjat. Dia mencari-cari sesuatu yg boleh membantunya bila dia ternampak sebuah trak pakaian yg besar.

Serta-merta satu rancangan terlintas di benak Kiara. Dia nak masuk ke dlm trak itu dan mencuri pakaian.

Dia cepat² bergegas ke belakang trak dan berkerut lagi bila mendapati ianya terkunci.

'Kenapalah semuanya terkunci hari ni?'

Dia mendengar suara sayup org bersenandung datang dari kerusi depan. Dia tersenyum sebab dia tahu itu si pemandu. Pemandu itu mesti mempunyai kunci belakang trak. Perlahan-lahan dia terjengket-jengket ke depan dan terkejut melihat si pemandu. Pemandu itu bukannya pakcik tua yg perengus, tapi remaja sepertinya.

'Aku perlukan bantuannya'.

"Hai! Saya Kia-... Anita. Saya nak ke rumah kawan saya. Boleh awak beritahu Lorong 24 kat mana?"

Dia tak mahu mendedahkan namanya. Pemandu itu mengerling ke arahnya, mengecilkan mata.

"Awak sendiri pun tak tahu kat mana rumah kawan awak? Apa tu? Sos tomato ke? Ya, ini bukan urusan saya, tapi awak nampak teruk. Awak akan buat org takut tengok rupa awak macam ni."

Muka Kiara merah padam sebab marah. Dia mahu pemuda itu keluar dari trak. Tiba² dia pura² hendak pitam dan rebah.

Pemandu itu tersentak.

"Hei! Awak kenapa?" tanya si pemandu sambil membuka pintu dan melangkah keluar. Kiara tersenyum dan perlahan-lahan membuka matanya.

"Maaflah sebab mengganggu, tapi awak boleh tolong saya?" tanya Kiara. Pemandu itu menatapnya. "Tolong awak apa?" dia bertanya.

Kiara tersenyum, yg entah kenapa membuat si pemandu rasa seram sejuk. "Soalan yg salah budak pemandu. Awak patut tanya 'macam mana saya boleh tolong awak' dan saya akan beritahu awak jawapannya," kata Kiara.

"Hmm, cuba tengok..." Kiara mula merenung pemandu itu dgn pandangan pelik. "Ya, muka awak... sangat kacak! Saya nak ambil pipi awak."

Pemuda itu terkejut. Melihatkan air muka Kiara, dia tahu Kiara tak bergurau. Kiara nampak sangat serius.

"Awak merepek ke apa ni?!" Dia bergegas melarikan diri dari Kiara dan naik semula ke kerusi pemandu. Cepat² dia menghidupkan enjin trak dan mula memecut pergi. Kiara buat muka sedih.

'Kenapa dia tak nak tolong aku? Tolong-menolong kan benda yg baik? Tak apalah, aku tetap akan ambil apa yg milikku'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience