Bab 4

Vampire Completed 7300

Keesokan paginya Carla terjaga dari pengsannya dia sedar dia tidak bermimpi dan dia berada di bilik yang semalam. Dia melihat gaun nya ditukar ke baju biasa.

Siapa yang menukarnya. Dia tertanya. Apa yang berlaku.

"Selamat pagi Puteri Carla.. " jawab lagi burung hantu

"Ahh!!... Aduh.. "

Carla menjerit terkejut. Dia terjatuh dari katil terkejut. Burung hantu itu lantas terkejut dengan tingkah Carla.

"Puteri!? Puteri tidak apa-apa kah? Apa yang sakit? "

" Tu.. Tunggu.. Siapa awak sebenarnya? Apa saya bermimpi sekarang.. Mana mungkin burung boleh bercakap.. "

"Sabar Puteri Carla.. Biar saya perkenalkan diri saya.. Saya Koci.. Saya burung hantu yang boleh bercakap.. Saya ditugaskan untuk menjaga tuan puteri.. " jawab burung hantu Koci

"Ditugaskan? Puteri? Saya tak faham.. Apa sebenarnya yang telah berlaku? "

Kemudian pintu bilik Carla dibuka dan dia melihat di penjuru sebelah katilnya ketika dia sedang jatuh. Kelihatan Zell datang bersama Deo.

" Hai Carla.. Macam mana tidur awak? Lena tak? Awak ada mimpikan saya tak? " tanya Deo dengan manja

"Ah.. Saya.. Um.. Lena tidur.. " jawab Carla

" Nampaknya awak ada soalan beribu nak tanya apa yang sedang berlaku sekarang kan?.. " tanya Zell

Carla mengangguk kepalanya. Dia bangun dari tempat dia jatuh.

"Siapkan diri awak dan turun jumpa kami untuk sarapan.. " kata Zell

" Haa² turun ehh.. Carla.. Saya tak sabar nak berbual dengan awak.. " kata Deo

"B-baik... "

Carla segera turun ke bawah diiringi Koci. Ruangan istana ini sangat cantik dilihat. Banyak bilik. Mesti banyak bilik membaca. Maklumlah Carla suka meluangkan masa dengan membaca.

Dia tiba di ruangan makan. Carla melihat ketiga putera telah duduk dan hanya menunggu dia datang. Carla duduk di meja bersebelahan dengan Deo.

" Macam mana Carla? Awak oke tak? "tanya Liam

"Um.. Saya.... "

" Tanya lah apa yang awak nak tanya.. Kami akan jawab semua soalan yang awak tanya.. "

Dalam fikiran Carla penuh dengan pertanyaan untuk ditanya. Sebelum itu dia menjamu makanan di depannya.

"Sedap... Siapa yang masak ini?.. " tanya Carla dengan sopan

" Saya " jawab Liam

Semua kembali senyap selepas ditanya oleh Carla. Carla kemudian menanyakan soalan yang ingin dia tanya

"Apa sebenarnya yang telah berlaku.. Tempat apa ini? Dan apa maksud dengan saya puteri? Istimewa? Saya tak faham.. Siapa kamu semua?" tanya Carla

" Kami bertiga adalah Vampire.. " kata Zell

"Vam-pire?! " terkejut Carla

Carla terkejut mendengar kata Zell. Adakah dia mampu bertahan dengan mereka. Apa yang bakal berlaku.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience