Bab 18

Vampire Completed 7300

"emghhh.. (menggeliat carla) aikk.. Macam mana aku boleh ada atas katil nih? " -tanya Carla pelik

"Morning.. " -tegur Zell

"Zell!? A-awak? Dah oke ke? Sini.. " -bangun Carla berlari anak ke arah Zell dan merasa suhu badan Zell

Carla merasa suhu Zell seperti biasa. Dia memegang pipi Zell dengan manis. Dia kemudian menyuruh Zell tunggu untuk diberi makan bubur ayam yang akan dia buat.

"Nah makan bubur ayam ni dulu.. Ia bagus untuk orang yang baru sembuh dari demam..." -kata Carla

"Saya nak awak suapkan boleh? " -minta Zell dengan mukanya manja

"Ha? Ish mengada makan sendiri lah awak kan dah boleh bangun tuh? Lain lah kalau awak tak boleh bangun baru lah saya boleh suapkan.. "- kata Carla

Zell baring kan badannya ke katil. Dia sengaja ingin Carla menyuapnya. Carla dengan baiknya. Mengikut saja dan dia terus menyuapi bubur pada Zell.

"Dah Kenyang? .." -tanya Carla selepas habis suap Zell

Carla mengemas mangkuk bubur tadi dan hendak turun bawah. Tak disangka Zell menarik tangan Carla baring di katil

"Zell.. A-apa yang awak buat ni? Tepi lah. "-kata Carla kaku

"Carla.. Kenapa awak selalu buat jantung saya berdegup kencang? " -kata Zell

"Apa? " -tanya Carla dengan gugup

"Saya suka awak " -jawab Zell dengan mendekatkan bibirnya ke bibir Carla

Carla terkejut mendengar kata Zell. Zell perlahan merapatkan bibirnya ke bibir Carla. Carla tidak boleh bergerak kerana kaku mendengarnya. Matanya tidak berkedip setelah Zell menciumnya.

"Saya cintakan awak dari dulu lagi.. " -kata Zell

Zell menarik tangan Carla dan bawanya ke satu tempat iaitu bilik rahsia. Bilik itu diterangi dengan lampu dan ada gambar sebagainya lagi.

"Tempat apa awak bawa saya nih? Zell " -tanya Carla

"Duduk...saya ada sesuatu untuk awak " -kata Zell

Carla bingung dengan Zell. Dia melihat sekitar ruang itu. Dan satu kotak diletakkan depan dia. Zell menyuruhnya buka dan lihat isi dalam kotak itu.

"A-apa semua ni? Ini gambar mama dan papa saya!..apa yang berlaku di sini? Zell " -keliru carla

Carla terkejut setelah melihat satu gambar ibu dan ayah nya dalam kotak itu. Dan ada satu nota berserta dengan nama ibunya Rosse untuk Carla.

-*Dear Carla

Jika kamu menemukan nota ini bererti kamu sudah jumpa seorang putera bernama Zell dan yang lain. Maafkan ibu kerana meninggalkan kamu hidup sendirian tanpa ibu dan ayah. Kamu akan tetap menjadi puteri ibu yang selalu menerangi hati ibu. Asal usul ibu yang kamu tidak tahu adalah sebenarnya ayah kamu dulu seorang vampire. Kami bertemu ketika ibu menjumpai satu istana. Di situlah ayah kamu mencintai ibu. Dan kamu harus berhati-hati dengan pakcik ayah kamu Corner. Dia juga sangat mencintai ibu. Tapi ibu cinta pada ayah kamu. Dia telah membunuh ayah kamu. Sayang untuk hancurkan dia. Kamu harus beri darah kamu kepada salah satu putera yang kamu cintai. Carilah cinta kamu sayang. I love u sayang ibu.

To,

My Carla *

Air mata Carla mula membasahi pipinya. Dia tidak sangka tentang ini. Zell mendekati Carla dan memeluk erat Carla.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience