Bab 8

Vampire Completed 7300

...Di istana...

"Tuan puteri! Bangun sudah pagi.. " kejut Koci

"Ah? Pagi dah ke? Ala saya masih mengantuk lah.. " cakap Carla dengan manja

"Tak ada.. Tuan puteri kena siap-siap kita nak masuk hutan berkhemah.. " kata Koci

"Haa!? Berkhemah? Buat apa?... " tanya Carla dengan terkejut

"Untuk putera-putera memikat hati puteri lah... " kata Koci dengan tersenyum

"Dah3.. Cepat2.. Bangun siap-siap.. " kata koci

Sementara Carla bersiap. Zell dan putera lain telah siap berkemas beg segalanya untuk di bawa masuk ke hutan nanti. Mereka akan cuba memikat hati Carla untuk menjadi isteri mereka.

"Maafkan saya Putera Zell... Ada tetamu khas datang hari ini dan dia sedang tunggu putera di ruang tamu bawah.. " kata pengurus putera itu

"Tetamu? Siapa Zell? " tanya Liam

"Tak tahu.. Jom lah kita tengok.. " kata Zell

Mereka bertiga turun untuk lihat siapa tetamu yang datang ini. Dilihatnya tetamu itu seorang perempuan yang cantik dan bergaya. Dia melihat di luar cermin dengan tangan bersilang di belakang.

"Maafkan saya.. " kata Zell

Perempuan itu mula pusing ke belakang setelah mendengar suara Zell menegurnya. Alangkah terkejut mereka rupanya.

" Zoey?.. " kata Liam dengan terkejut

"Hai.. Korang.. Gembiranya tengok kamu semua... " kata perempuan ini

Dia memeluk Zell dengan erat sekali. Dan dia rupanya seorang Vampire iaitu puteri dari kerabat diraja lain.

"Ehh Zoey? Apa awak buat dekat sini? " tanya Deo dengan suaranya yang manja

"Hehe. Saya datang nak jumpa korang lah.. Rindu sangat tau.. " kata Zoey

"kami nak pergi berkhemah.. Awak nak ikut ke? Kebetulan awak dah sampai jom lah join kitaorang sekali.. " tanya Zell

"Umm.. Boleh juga.." kata Zoey

......

"ishh.. Koci saya tak suka lah...saya takut dalam gelap.. " kata Carla yang baru turun tangga

"Alaa.. Tuan puteri beranikan diri lah.. Kalau ade nyamuk ke serangga lain cakap saya..saya akan makan segalanya hahah... " kata Koci yang suka makan serangga

"Sayaaa cakap tak nak....... " Carla berhenti bila lihat seorang wanita bersama putera lain

Mereka memanggil Carla untuk berjumpa dengan puteri Zoey.

"Carla sinilah.. Kenalkan ini Puteri Zoey dia kerabat Vampire yang paling diminati lelaki Vampire lain.. " kata Deo

"Siapa ini? Hm..dia manusia...jadi betulah yang saya dengar.. Awak akan dipilih menjadi isteri mereka?.. " tanya Zoey

"hm?.. Erm..be.. Betul.. " kata Carla dengan gugup

"oke.. Saya harap bukan Zell.. Kan Zell kan.. " kata Zoey dengan berkepit pada Zell

Mereka tidak mahu buang masa. Mereka mula bertolak untuk ke tapak perkhemahan mereka. Mereka menaiki kereta diiringi pegawai.

Carla duduk di sebelah kiri Zell manakala Zoey duduk di sebelah kanan Zell .Liam dan Deo duduk di kerusi belakang.

Carla ingin menukar tempat duduk. Dia tidak selesa bersama Zell.

"Umm.. Liam?.. Tempat perkhemahan kita ni dekat mana? " tanya Carla untuk membuatkan dirinya tidak janggal

"Hm.. Tempat ni sangat cantik tau.. Memang cantik gila.. Saya pasti awak suka tempat ini... Lagipun dia ada air terjun.. " kata Liam

"Betul? Wah.. Lama dah saya teringin nak pergi ke tempat yang ada air terjun.. Mesti best kan? " jawab Carla dengan mukanya yang cantik bila senyum

"Nanti kita pergi sana sama-sama ..saya akan bawa awak.. " kata Liam

Carla dan Liam berbual sambil ketawa. Mereka seronok berbual bersama. Sehingga tidak sedar mereka hampir sampai ke sana.

"Zell nanti malam kita pergi tengok bintang di tempat yang kita selalu pergi masa kanak-kanak dulu nak?.. " tanya Zoey

Carla mula rasa tidak selesa tapi kenapa dia cemburu pula. Bukan hal dia nak cemburu lagi kan. Dia melihat muka Liam yang tidak puas hati dengan Zell dan Zoey.

Sepertinya ada sesuatu antara Liam dengan Zoey. Atau ia mungkin perasaannya saja. Carla melihat suasana di tingkap kanannya sangat cantik. Dengan hutan yang kehijauan.

Dia terasa sangat nyaman melihat suasananya.

"Oke kita dah sampai.. Sekarang kita akan bagi bahagian... " kata Zell

Zell meminta pengurusnya memberi bahagian pada mereka. Kerana hanya pengurus yang boleh tentukan.

"Baiklah... Kumpulan A untuk memasak saya bahagikan kepada Carla dan putera Liam... Kumpulan B untuk memasang khemah saya bahagikan kepada puteri Zoey dengan putera Zell ...manakala kumpulan C tuan Deo dengan Koci cari kayu untuk membuat unggun api.. " kata pengurus itu

"Yes.. Kita berkumpulan sama Zell.. " kata Zoey

"Alaaaaaa... Kenapa Deo bukan dengan Carla.. Kenapa pula kena kumpulan dengan Koci.. Dia bukannya buat kerja.. "kata Deo manja

"Aikk saya pula.. Bukan yang selalu malas cari kayu api putera ke?.. Ingat tak masa pergi mana-mana.. Mesti saya yang banyak cari bukan putera.. " kata Koci dengan muka sakit hati

"Awak kata saya malas? Berani eh koci.. Siap awak saya kenakan awak nanti... " kata Deo

"wekkk.. Saya tak takut.. Tuh lipas di kaki putera.. " kata Koci mengusik

"Ha?! Mana!.. Mana lipas!.. " jerit Deo

"Ishh apa nih dah.. Jangan gaduh.. Macam budak-budak ni.. Kamu pun satu Deo tak kan Vampire takut lipas .." tegur Carla

"Saya mana takut lipas.. Um tadi cuma saya main-main saja.. " kata Deo yang menyorok takutnya pada lipas

Mereka berlima mula jalan kan tugas mereka masing-masing. Hari yang cerah mula menjadi malap. Melihat waktu hampir senja. Carla dan Liam menyiapkan makan malam.

Zell dan Zoey mendirikan khemah untuk bermalam. Deo dan Koci mencari kayu api untuk unggun api malam ini.

"Umm.. Liam.. Kita berkhemah berapa hari di sini? " tanya Carla

"Saya rasa 3 hari 2 malam.. Oh ye.. Carla awak duduk di rumah awak selama ini bagaimana?." tanya Liam

"Um.. Semasa saya tahu ibu dan ayah saya kemalangan.. Saya fikir saya tak kan dapat hidup dengan sendiri... Dan mungkin ianya terakhir pada saya untuk jalan kan hidup.. " - Carla

"Tapi ianya berubah setelah saya melihat orang yang hilang keluarga mereka.. Masih berusaha untuk hidup demi keluarga mereka.. Kemudian saya usaha sendiri.. Setiap masa saya sakit.. Saya akan merawat sendiri.. "jelas Carla

Liam tersentuh hati mendengar cerita Carla. Dia kemudian cuba bergurau dengan Carla untuk buat Carla senyum kembali.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience