Bab 22

Vampire Completed 7300

Knock knock knock!

Carla lihat Liam berdiri di depan jendela tidak menghiraukan dia. Carla usaha juga untuk bercakap dengan Liam. Dia memegang lembut tangan Liam.

"Saya tahu perasaan awak terluka.Tapi saya mahu awak jadi kawan baik saya hingga saya mati.. " -kata Carla dengan membelai tangan Liam

"Suatu hari nanti saya mahu awak jadi orang penting bagi saya untuk selamanya.. Saya sayang awak Liam.. Saya sentiasa harapkan yang terbaik untuk awak.. " -kata Carla

Liam tidak berkata apa pada Carla. Carla memeluknya untuk kali terakhir dan keluar dari bilik Liam. Liam terduduk mendengarnya.

*Istana Corner*

"Tak gunaa! Aku nak kau bawa perempuan tu balik dekat aku! Sebelum aku bunuh korang semua!! " -jerit Corner dengan menghentak tangannya di meja

"Tuanku...dia dah datang.. " -tunduk vampire itu

"tak sangka kau datang" -kata Corner

"Aku tak boleh bunuh kau tapi putera Zell boleh bunuh kau.. " -kata Carla

"Haha budak mentah itu? Jangan harap! Aku akan bunuh mereka seperti mana aku bunuh putera Deo.." -kata Corner

"Kau tak layak! Sebut nama dia " -jerit Carla

"Heh..Lakukan upacara tuh segera dan siapkan Puteri Carla juga " -perintah Corner

*Di istana zellarkon*

"Carla jom makan sayang..aik mana pula dia pergi? " -tanya Zell

Zell melihat satu nota bersama botol di atas meja. Dia lari panggil Liam setelah dia baca nota itu.

"Tak mungkin dia.. Jadi botol ni.. " -kata Liam

"Yea.. Kita perlu selamat kan Carla sebelum Corner bunuh dia " -kata Liam

Mereka bersiap bersama pedang dengan pegawai Vampire untuk berlawan. Dan Carla diikat di meja batuDia melihat Corner pegang pisau belati dengan satu cawan untuk isi darahnya.

"Jangan risau kau tak akan rasa sakit lagi selepas aku dapat apa yang aku nak " -kata Corner sambil bermain pisau belati

"Aku tak faham kenapa kau nak sangatkan darah aku? Apa yang istimewa? " -tanya Carla

"Kau tahu kenapa? Sebab darah kau suci disebabkan kau minum satu potion Bunga Bluelight iaitu bunga yang jarang dijumpa ia dijumpa pada malam hari dan menyinar.. bunga ini boleh buat vampire lain menurut perintah" -jelas Corner

Tanpa menunggu Corner mengarahkan pisaunya ke jantung Carla. Carla memejam matanya hingga air matanya mengalir keluar.

Sempat Zell dan Liam datang mereka terkejut melihat Carla dan Corner melakukan upacara itu. Zell melihat banyak darah yang turun dari meja batu.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience