Bab 9

Vampire Completed 7300

Malam yang diterangi cahaya api. Bunyi serangga yang kuat. Terlihat mereka sedang duduk di tengah khemah.

Carla yang kesejukan sedang duduk menghampiri unggul api yang panas. Badannya menggigil kesejukan. Tapi apa boleh jadi yang lain semua Vampire darah sejuk.

"Tuan puteri tak apa-apa ke?.. Apa tuan puteri nak saya ambilkan selimut untuk panaskan puteri? " tanya Koci

"Umgh.. Sa-saya sa-sangat se-sejuk.. " kata Carla yang kesejukan

Carla seakan sudah beku. Dia sangat sejuk. Apatah lagi berada di dalam hutan begini.

Zell yang lagi kuat berbual bersama Liam dan Zoey. Terlihat pada Carla yang lagi menggigil kesejukan. Dia kesian melihat Carla.

"Ehh Zell.. Awak nak kemana? " tanya Zoey

"Saya nak pergi duduk dengan Carla.. Awak duduk lah dengan Liam.. " jawab Zell

"Haa? Kenapa? " tanya lagi Zoey

Tanpa menghiraukan Zoey. Zell datang dekat Carla dan duduk di atas kayu besar bersebelahan dekat dengan Carla. Dia melihat Carla begitu sejuk dengannya.

"Carla? Awak oke tak nih? " tanya Zell risau

"Um.. Sa-saya o-oke.. " jawab Carla menipu

"Awak nak balik ke? Saya boleh arahkan kita semua balik.. "tanya Zell

"Tak-tak pe sa-saya oke.. " kata lagi Carla menipu

Dengan perangai degil Carla. Zell mendukungnya dan membawanya masuk ke dalam khemah.

"Ehh.. Zell? A-apa nih? Le-lepaskan.. " kata Carla

Zoey melihat Zell mendukung Carla dan membuatkan dia sakit hati. Mereka duduk di dalam khemah dengan janggal. Carla duduk rapat di sisi kanan khemahnya.

"Carla..." zell

"Apa.. " jawab Carla

"sekarang.. Tidur.. " cakap Zell

"Ha? Tidur macam mana aku nak tidur kalau dia ada.. Apa dia nak buat ishh.. " cakap Carla dalam hati

"Tidur lah.." cakap Zell

Dia menarik Carla dan baringkan Carla. Carla terkejut dan dia kaku dengan kelakuan Zell. Zell menarik selimut dan selimut Carla.

"Jangan fikir benda lain.. Saya tak nak awak sakit.. Nanti awak sakit susah kami tak ada awak.. " cakap Zell

Carla memusingkan badannya ke arah kanan. Dia cuba melelapkan matanya. Zell turut baring di sebelahnya.

Dalam 3 jam kemudian

"Carla.. Awak kenapa nih?.. Hey carla.. " Zell

Zell tersedar setelah terdengar suara Carla yang kesejukan. Dia cuba untuk panaskan Carla. Dia mengambil keputusan untuk memanaskan badannya Carla dengan memeluk Carla.

Keesokan paginya. Carla terjaga dan dia melihat ada seseorang memeluknya.

"ahh!. Zell? Apa awak buat? " tanya Carla

"Umgh.. Bisingnya.. Saya nak tidur lah.. " kata Zell mengantuk

"Zell...! Saya tanya. " Carla

Zell kembali senyap. Carla keluar dari khemahnya dan menghirup udara segar. Dia akan tanya lagi sekali selepas. Zell bangun dari tidurnya.

Carla jalan untuk lihat sekeliling kawasannya itu dia terdengar bunyi air terjun di depannya. Lantas dia bergerak ke sana sendirian.

Carla berdiri di tepi tebing air terjun. Dia terpesona dengan air terjunnya.

"Wahh.. Bestnyaaaa...! "jerit Carla

"wah³..kat sini rupanya kau.. " Zoey

"Zoey..?" jawab Carla

"kau.. Saja kan nak buat hati aku sakit.. Kau ingat kau siapa?.. " Zoey

"Apa yang awak merepek nih? Saya buat apa? " tanya Carla

"Ehh.. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat.. Kau rampas Zell dari aku semalam.. Kau jangan dekat dengan Zell faham! " terjah Zoey

"Kenapa aku? Dia yang datang kan.. Bukan aku.. " jawab Carla

"Kurang ajar..! " Zoey

"ahhh..!! " jerit Carla

Zoey menolak Carla jatuh dari tebing ait terjun. Carla dilihat tidak timbul di permukaan dan Zoey kelihatan cemas. Apa Carla selamat?


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience