BAB 5

Romance Completed 3895

Selepas dua hari aku berkampung dekat hospital. Hari ni barulah aku berkesempatan untuk pulang ke rumah. Itu pun selepas mak betul-betul sembuh. Alhamdulillah. Keadaan mak makin pulih. Lega aku dengar. Dua hari juga aku tak bersekolah. Demi jaga mak. Walaupun pakcik dan makcik aku ada. Tapi aku anak dia. Aku yang kena jaga dia.

“Aira.”

Aku yang tengah kemas barang mak itu terus menoleh ke arah dia. aku memberikan senyuman kecil sebelum sambung kemas.

“ Ye mak.”

“ Kenapa tak pergi sekolah lagi hari ni?”

“Aira nak jaga mak la. Tak apa. Esok Aira pergi.”

“Aira.”

“ Ya mak.”

“ Semalam ada kawan kamu datang lawat mak.”

Aku mengerutkan dahi. Mia ke? Tapi hari-hari dia datang lawat. Habis siapa?

“ Siapa mak? Aira kenal ke?”

“ Kenal la kalau tidak dia tak la mengaku kawan kamu. Mia pun kenal. Time tu kamu pergi kantin.”

Aku membuat anggukan. Patutlah.

“ Tapi siapa mak?”

“ Tak ingat pula nama dia. Tapi lelaki.”

Aku tersentak. Lelaki? Aku mana ada kawan lelaki. Mak aku ni biar betul. Tapi mak kata Mia pun kenal. Okay weird!

“ Mak cubalah ingat nama.” Suruhku lantas meninggalkan sebentar kerja kemas tadi. Sekarang aku betul-betul nak fokus pada mak aku.

“ Erm.. Tak silap mak Irfan. Ya Irfan kot.”

Aku terdiam. Irfan? Siapa tu? Serius aku tak kenal. Tak boleh jadi. Kena tanya Mia juga ni.

“ Dan dia suruh mak bagi dekat kamu ni.”

Mak hulurkan aku satu bungkusan kecil. aku sambut dengan kerutan di dahi. Apa pula ni?

“ Bukalah dan tengok apa isi dalam. Mak pergi dapur kejap.”

Aku tilik bungkusan tu sampai lima minit. Barulah aku buka bungkusan itu dengan debaran. Tiba-tiba je kan? Tengok je isi dalam bungkusan tu. Aku sendiri terkedu. Seutas jam tangan. Ya Allah. Siapa pemberi ni ha? Aku tengok lagi dalam bungkusan tu. mana tahu ada kertas ke surat ke.

Aku belek punya belek. Dalam kotak jam tu ada satu surat. Terus aku buka untuk baca.

Aira. Maaf. Pakailah jam ni. Hargai masa yang awak ada sebagaimana saya sentiasa menghargai awak tak kira masa. Saya tahu awak tak sedar pun tentang kewujudan saya. Tapi saya tahu dan kenal awak sangat. Saya harap satu hari nanti kita akan berjumpa dan awak juga dapat terima saya.

Aku terbungkam. Aku tak tahu kenapa tapi kata-kata dia macam dari seseorang yang aku tahu. But who? Kenapa sekarang ramai sangat suka buat aku tertanya-tanya?! Stress la macam ni! Dahlah SPM nak dekat. Haish!

Jam tangan tadi aku ambil dan pakai. Cantik. Apa kata aku pakai dan esok aku nak tengok siapa yang akan tegur jam ni. Mana tahu yang tegur tu yang bagi. Maybe lah. Tapi jangan berharap sangat Aira. Huh! Ya Allah. Tolonglah aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience