BAB 3

Romance Completed 3895

Riuh rendah suasana kat sekolah sekarang ni. Nama pun hari kokurikulum. Aku buat apa? Aku duduk dekat tengah-tengah dewan terbuka ni sambil menongkat dagu tengok orang lalu lalang. Tersangatlah bosan! Mia hilang entah ke mana.

Aku nak balik. Tapi pintu pagar tak buka lagi. Bosan! Sebab tu aku malas nak datang. Datang ni pun sebab kena paksa. Haih. Aku nak buat apa sekarang ni? Nak kata lapar dah makan banyak tadi. Tak berhenti. Tengok orang pun bosan. Lainlah kalau ada persembahan ke ada artis ke okay jugak. Haha.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat senior-senior sedang menuju ke arah pentas. Aku yang menongkat dagu tadi terus duduk tegak. Mata aku tak lari daripada sekumpulan senior tadi. Tapi mata aku tertancap pada seorang je senior. Firdaus. Hehehe. Semenjak kejadian tu, aku asyik perhatikan dia je. Tak tahu kenapa.

Agak-agak ada orang minat dekat dia tak? Handsome. Tinggi. Atlet pula. Haih. Memang aku dah terjatuh suka dekat dia ke apa? Hampeh kau Aira

“ Weh!”

Mia muncul dengan minuman. Aku kerling sekilas sebelum mengalihkan semula perhatian pada atas pentas. Nampaknya majlis penutup dah nak bermula. Kejap lagi semua pelajar akan masuk ke dalam dewan.

“ Kau tengok siapa?” Soal Mia lagi bila sahutan dia tadi aku tak menyahut.

“ Tu. atas pentas tu. nak tengok diorang buat apa.”

Yela tu Aira. Sedangkan kau tengok dia. Ceh!

“ Yeke? Ke kau tengah usya abang senior kesayangan kau tu.”

Aku tersengih kerang busuk. Macam tahu-tahu je Mia ni kan? Tu namanya best friend.

“ Dah lama aku tak nampak dia. Dah dua minggu. So alang-alang ada peluang ni tak salah kan? Ehehe.”

“ Tak baik tau usya orang.”

Aku mencebik. Kata kat aku macamlah dia tu tak pernah usya orang. Heh!

“ Eh! Dia datang sini lah!”

Aku yang tengok ke arah lain tadi terus pandang ke depan. Alamak! Firdaus tu datang ke sini. Eh! Tak kot. Dia maybe ke belakang. Ada apa-apa. jadi aku toleh la ke belakang. alamak! Belakang aku mana ada apa. melainkan pintu belakang yang sudah ditutup. Aku gigit bibir. Perlahan-lahan aku kembali menoleh ke hadapan.

“ Ehem!”

Tup! Dia betul-betul sudah berada depan mata aku sekarang ni. aku kerling Mia yang sudah tersengih. Wuargh! Apa dia nak?

“ Erk. Ya?” Aku buat-buat soal dengan kerutan di dahi. Senyuman dah kekok sangat aku rasa. Haha.

“Aira Maisara. Kan?”

Aku terteguk air liur. Dia masih ingat lagi ke nama aku? Ingatkan dah lupa. Perlahan-lahan aku membuat anggukan. Aku tengok dia dengan tanda tanya. Nak apa? dengan senyum bagai. Janganlah bagi aku cair. Please.

“ Dah lama tak nampak. By the way, nak minta tolong sikit boleh?”

Aku membuat anggukan lagi. Tak tahu nak cakap apa.

“ Tolong belikan air boleh tak?”

Aku terlopong. What?

“ Kenapa tak boleh beli sendiri?” Soalku selamba. Yala. Ada kaki ada tangan semua. Perfect. Tiba-tiba suruh aku. apa dia?

“ Saya rasa nak buli awak hari ni dari awak tak buat apa-apa. boleh?”

Aku buat muka toya. Mia kat sebelah aku dah tahan ketawa. Hampeh punya senior.

“ But why must me? Eh! Tak nak lah. Belilah sendiri.” Balas aku dengan perasaan geram. Asal aku pula? Kawan-kawan dia ada. Aku juga jadi mangsa. Mentang-mentang aku ni just junior dia. Ada hati nak buli la?

Terdengar dia tertawa kecil. Okay. Sangat comel pula bila aku tengok dia senyum macam tu. Haih. Parah kau Aira parah!

“ Saya gurau je la. Takkanlah saya nak buli junior comel macam awak ni.”

Aku tersentak. Erk! Okay. Malu!

“ Sebenarnya saya nak sampaikan pesan seseorang je ni.”

Aku kerling Mia apabila dia turut kerling ke arah aku. Kami berdua dah naik pelik. Seseorang sampaikan pesan?

“ Siapa? Dan pesan apa?” Soalku dengan wajah yang tertanya-tanya.

“ Kejap! Kenapa dia tak datang pesan sendiri?” Mia menyampuk. Dia nak tahu sangat lah tu sampai menyampuk bagai.

Kami berdua tengok abang Firdaus tu tersenyum. senyum pula dia.

“ Entahlah. Saya pun tak tahu. Nak kata malu, dia pernah mewakili sekolah. Nak kata tak, dia suruh saya. Saya pun tak faham lah awak.”

Aku tergaru-garu keningku yang tidak gatal itu. okay! Aku dah pening. Whatever!

“ So, apa pesanan dia? and siapa erk?”

“ Ha. Dia suruh saya cakap dekat awak jangan lah duduk saja dekat sini tanpa buat apa-apa. dia suruh awak pusing satu sekolah. Duduk sini buat sakit hati je. itu pesanan dia.”

Aku terlopong lagi. Mia pula dah terkelip-kelip memandang ke arah Firdaus. Sesaat kemudian terhambur tawa daripada Mia.

“ Betul ke? Kenapa pula dia sakit hati?”

Aku merengus geram. Eiii! Sombong punya senior. Huh! Ingat kita nak sangat kot tengok muka dia. Muka dia pun aku tak tahu macam mana. Ingat dia hensem sangat kot? Eh! Sakit pula hati kita.

“ Abang Firdaus. Siapa?” Soalku dengan perasaan tertahan-tahan.

Dia tersengih. Lepas tu terus menggelengkan kepalanya.

“ Rahsia. Maafkanlah dia erk. Dia memang macam tu sikit. Entah kena angin apa kat dia pun saya tak tahu. Sabar erk? By the way… serius saya dahaga. Please. Tolong belikan saya air.”

Aku pandang dia dengan perasaan kosong. Orang tengah geram. Disuruh pula beli. Memang nak kena marah ka macam mana?

“ Tak apa. Meh Mia tolong belikan. Dia tengah angin tu abang Firdaus. Baik jangan kacau. Abang Firdaus nak air apa?”

Betapa leganya aku bila Mia sudi hulurkan bantuan. Firdaus dah tersengih melihat aku.

“ Sabar ya Aira Maisara. Nanti awak akan tahu juga.”

Aku kembali memandang ke arah pentas. Semua senior sibuk menjalankan urusan masing-masing. Terhambur juga keluhan kecil selepas teringat kata-kata senior aku tadi tu. Siapalah mangkuk ayun tu erk? Nak kena hempuk kot dengan aku. Haish! Jangan sampai aku jumpa kau wahai senior. Kalau tak kau siap! Huh!

“ Dahlah. Aku ikut kau Mia.”

Terus aku bangun daripada duduk apabila melihat Mia dan Firdaus ingin berlalu. Mereka berhenti seketika sampai aku berada di depan Mia. Aku memberikan senyuman kecil.

“ Sure? Tak kisah?” Soal Mia inginkan kepastian.

“ yes! Sure sangat. Kan tadi aku dah dapat warning dari seseorang tu. katanya tak nak aku duduk sini. Sakit hati katanya!”

Sengaja aku meninggikan volume aku dekat perkataan sakit hati tu. Biar senior-senior dekat atas tu dengar. Tapi macamlah suara kau tinggi sangat kan Aira? Bukan mereka yang dengar tapi abang Firdaus dan Mia yang dengar. Siap ketawa lagi.

“ Dia dengar baru tahu.” Ugut Mia. Tapi ada aku kisah?

“ Jom!”

Aku tarik lengan Mia agar cepat-cepat beredar daripada situ. Tapi entah kenapa hati aku kuat suruh aku tengok sekali lagi ke atas pentas. Dan masa itulah aku telah bertembung mata dengan seorang senior. Aku tak berapa cam tapi aku yakin itu kawan abang Firdaus. Tak lama bila dia terus toleh ke arah lain. Adakah dia? Ah! Tak mungkin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience