BAB 9

Romance Completed 3895

Aku nak gerak ke kiri. Dia pun sama. Aku nak ke kanan. Dia pun sama. Haish! Ni yang buat aku bara ni. Terus aku berhenti daripada bergerak. Hanya berdiri tegak dengan perasaan meluat.

“ Okay. Sila lalu.” Ujarku tanpa nada bila aku dah berikan laluan pada dia.

Tapi lain pula jadinya bila dia turut berdiri tanpa bergerak sama dengan aku. Siap dengan senyuman lagi. Aku merengus geram. Sabar Aira sabar. Dia ni dari dulu memang suka cari fasal dengan kau kan?

“Aira. Aira. Awak ni memang dari dulu tak pernah berubah kan?”

Aku menarik nafas dalam.

“ Encik nak apa? Saya ada kerja ni.” Aku cuba berlembut. Lagipun dia boss aku sekarang.

“ Follow me.”

Terus dia tarik lengan aku yang berlapik ni ke arah kereta dia. Aku yang tak tahu nak buat apa hanya ikut dengan muka yang blur. Terpinga-pinga.

“ Kita nak ke mana ni encik?” Soalku ingin tahu. Takut juga kalau dia kidnap aku.

“ Irfan. Not encik.”

“ Tapi encik boss saya.” Tegasku.

“ Sekarang bukan dalam pejabat.” Dia turut bertegas.

Akhirnya aku memilih untuk berdiam diri. Ikut jelah apa kata dia. Nanti gaduh pula. Agak-agak dalam 10 minit juga, barulah sampai. Rupanya dia bawa aku ke sekolah lama kami. Sekali gus mengingatkan aku tentang kenangan lalu. Aku kerling dia. dia turut pandang ke hadapan. Terutama dekat padang sekolah.

“ Turun.”

Aku hanya menurut. Dia jalan aku pun jalan sampailah kami betul-betul berada di tengah padang. Aku berada belakang dia. Aku tengok sekeliling. Mujur time cuti sekolah. Dan mujur juga cuaca redup. Kalau tidak hitam juga aku. aku kembali tengok belakang dia.

“ Awak ingat lagi tempat ni?”

Tiba-tiba dia bersuara. Aku hanya mendiamkan diri sampai lah dia memusingkan badan ke arah aku.

“Aira. Kenapa awak lari?”

“ Mana ada saya lari.” Nafiku lantas menoleh ke arah lain bila mata redup itu memandang aku.

“ Tak lari awak cakap?”

Aku membuang pandangan ke arah dia semula.

“ Dah lah. Benda dah berlalu. Saya nak balik.”

“ 5 tahun saya tunggu. Tunggu untuk bertemu empat mata semula dengan awak. dan kali ni awak nak saya lepaskan awak lagi? no way!”

Aku menggigit bibir. Dia dah dekat. Kaki aku pula macam dah digam. Sekarang jarak kami tak kurang daripada 2 langkah.

“ Awak nak apa?” Soalku terus terang.

“ Saya nak awak Aira. Awak masih tak faham ke?”

“ Awak..”

“Aira Saya cintakan awak. takkan tu pun awak tak faham?”

Aku terkedu. Tapi aku tak pula larikan pandangan daripada dia.

“ Mia dan Firdaus dah bertunang Aira. Saya tak nak tangguhkan lagi. Saya betul-betul cintakan awak dan nak jadikan awak isteri saya Aira.”

Aku terkedu lagi. Kali ni aku terus tunduk memandang rumput.

“ Tapi saya tak.”

“ Tak apa? Tak ada perasaan dekat saya?”

Aku terdiam. Dengan slow aku buat anggukan.

“ Yeke? Awak ingat saya nak percaya? Habis jam awak tu? kalau tak suka kenapa still pakai sampai sekarang?”

Aku dah kematian kata. Betul-betul mati akal nak jawab apa. Sebab kata-kata dia betul. Aku memang dah sayangkan dia.

“Aira. Kenapa mesti awak buat saya macam ni?”

“ Sebab awak annoying! Awak tak habis-habis sakitkan hati saya! Awak asyik cari masalah saya je! sampai saya rasa nak hempuk awak ke dinding. Awak tahu tak?!” Jeritku dengan rasa yang amat puas.

Dan keadaan sunyi seketika. Hanya kedengaran bunyi kenderaan dan burung-burung sedang berkicauan.

“ Because of that you fall in love with me right?” Dia tersenyum.

Gara-gara geram sangat, aku terus tampar lengan dia. sekuat hati! Tapi dia boleh ketawa. Bencinya!

“ Senior yang annoying! Senior yang sombong! Senior pembuli!”

Satu persatu aku keluarkan sambil pukul lengan dia. Macam tadi, dia terus ketawa.

“ Tapi awak junior yang baik hati. Junior yang comel. Junior yang brutal. Junior yang pandai.”

Terhenti terus pukulan aku. Okay. Hati tiba-tiba cair. Aku terus tengok dia dengan renungan lembut.

“ I miss you Aira. Seriously.”

Aku menarik senyum.

“ Jom. Saya nak balik.”

Aku memusingkan badan dan membelakangi dia. Tak mampu untuk terus tatap wajah dia. Takut aku akan nangis pula tengah-tengah padang ni. Macam 5 tahun dulu.

“ Awak sudi kan kahwin dengan saya?”

Aku tersengih. Sempat lagi tanya.

“ Apa-apa jela. Jom balik!”

Tanpa buang masa, aku pantas berlalu. Lagi lama aku tunggu lagi banyak soalan dia ni karang

“ Yezzza! Macam tu lah baru geng! Terima kasih Maisarah!’’
Aku cuma menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum melihat respon darinya. Kereta meluncur ke arah aku lalu berhenti de depanku. Aku yterus masuk ke kereta.

‘’terima kasih juga untuk semangat juang awak yang tak pernah putus tu Irfan. Tiada menang atau kalah, kerana kita adalah satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience