BAB 4

Romance Completed 3895

“ Mak…”

Aku memandang sepi ke arah jasad mak yang tidak sedarkan diri itu. Air mata yang ingin mengalir ditahan sekuat hati. Senyuman hambar dipaksa ukir. Tangan mak aku genggam erat. Dikucup tangan itu berkali-kali.

“Aira.”

Bahuku tiba-tiba disentuh perlahan. Aku menoleh seketika sebelum memandang semula ke arah mak.

“ Aku okay Mia. Jangan risau.”

Sebenarnya, semalam mak aku tiba-tiba pengsan dekat bilik air. Bila bawa ke hospital. Doktor katakan yang darah tinggi mak dah naik. Tinggi. Tu yang mak aku boleh pengsan. Dan sekarang mak berada dalam keadaan yang kritikal. Aku mengeluh kecil. Mak. Kenapa cuai sangat ni?

“Aira .Dah seharian kau duduk sini. Apa kata kau pergi rehat dan makan dulu.” Mia cuba memujuk aku. Tapi aku tetap berkeras.

“ Tak nak. Aku nak jaga mak aku sampai aku sembuh. Dia satu-satunya orang yang aku miliki Mia. Aku hanya ada mak aku. Ayah aku dan abang aku dah tak ada Mia. Kau faham tak?” Lirih aku berkata.

Air mata terus mengalir turun ke pipi aku. Aku dah tak dapat tahan. Rasa sedih dan sakit sangat sekarang. Mujur abang mak sudi jaga kami dua. Pakcik dan makcik aku sangat baik. Alhamdulillah.

“ Ye aku tahu. Aku minta maaf Aira. Tapi kau nak ke lepas mak kau sembuh kau pula sakit. Habis lepas ni siapa nak jaga mak kau? Kau nak macam tu?”

Aku terdiam. Ada betulnya kata Mia tu. Tapi aku.

“Aira. Please. Sekali ni je dengar cakap aku. Pergi rehat dulu.”

Aku akhirnya membuat anggukan perlahan. Mak. Aira keluar kejap ye.

“ Tolong jagakan mak aku Mia.”

“ Pasti. Dah pergi.”

Keluar je daripada wad mak aku. Aku terserempak dengan seseorang yang aku rasa aku kenal dia. Tapi memandangkan aku tiada mood untuk bertegur. Akhirnya aku hanya jalan macam orang tidak berperasaan. Kosong!

“ Macam tu je?”

Aku tersentak. Terus langkahku terhenti. Aku toleh ke belakang.

“ Tak tegur langsung? Jalan menonong macam tu je? Seriously?”

Aku tatap belakang lelaki itu. Aku hanya berdiam diri. Tapi dia menoleh untuk melihat aku. Saat aku memandang wajah dia aku tergamam sekejap. Senior aku. Kawan abang Firdaus.

“Aira.”

Aku tersenyum hambar. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Dan tahu pula dia nama singkatan aku tu.

“ Maaf. Saya tak perasan tadi. Maaf sangat-sangat senior.” Sempat lagi aku memerlinya dalam diam. Tak mahu mencari gaduh, aku terus memusingkan badan untuk beredar. Aku rasa letih sangat sekarang ni.

“Aira.”

Tiba-tiba je dia dah berdiri di sisi aku. Aku hanya biarkan.

“ Awak ni memang annoying kan? Bila orang panggil tu sahut lah.”

Aku masih diam. Serius aku tak ada mood!

“Aira!”

Terhenti terus langkah aku. Aku pilih untuk berhadapan dengan dia. Memang dia nampak smart sekarang. Berbeza sangat time dekat sekolah. Tapi bukan itu port dia. yang penting sekarang dia nak apa?

“ Nak apa? serius saya tak ada mood nak cakap dengan awak. pergilah. Jangan hiraukan saya.” Ujarku dengan nada yang malas. Tapi dia still renung aku dengan renungan tajam.

“Aira.”

“ Senior. Please!”

Terus aku menonong meninggalkan dia. Orang tengah sedih, time ni lah nak cari gaduh pun. Haish! Tak faham betul aku. Sabar Aira sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience