BAB 8

Romance Completed 3895

5 tahun kemudian

Terkocoh-kocoh aku berlari menuju ke perhentian bas. Arh! Jangan cakap aku terlepas bas lagi. tolonglah. Aku dah betul-betul lewat ni. Mia punya fasal la ni. semalam suruh sangat teman dia date. Kan aku dah terbangun lewat hari ni. kang aku lewat sampai ke tempat praktikal aku tu aku saman kau Mia!

Mengah! Mengah! Sampai saja aku dekat situ, bas pun sampai. Nasib baik! Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Sempat pun. Tanpa berlengah aku bergegas naik bas dan ambil tempat. Barulah aku boleh menarik nafas lega.

“ Mujurlah.”

Aku toleh ke luar tingkap. Senyuman panjang ditarik. Letih! Tapi puas. Lega! Hah!

“ Excuse me?”

Aku toleh ke arah kanan.

“ Yes?”

“ Boleh saya duduk?”

“ Sure.”

Aku kembali lihat ke luar tingkap. Tapi aku pelik. Kenapa suara lelaki sebelah aku ni macam pernah aku dengar. Rasa macam familiar sangat. Dengan hati-hati aku kerling sekilas ke arah lelaki itu. bila dah dapat tangkap, aku terus toleh ke arah tingkap semula. Aku tersenyum. perasaan kau je tu Aira.

“ Cantik jam awak.”

Tersentak. Aku tunduk pandang jam tangan aku. barulah aku tengok ke arah lelaki itu. Aku senyum sekilas.

“ Thanks.”

Ramah pula lelaki ni. Jangan ada maksud lain sudah. Yala. Jam yang lama gila ni dikatakan cantik. Nak luntur dah pun warna dia. sabar je la.

“ Welcome. Nak pergi kerja ke?”

“ Haah. Kejap lagi sampai la.”

“ Saya pun. Tapi tu tempat kerja baru saya.”

“ Yeke? Oh. Baguslah.”

Aku senyum senget. Kenapalah ramah sangat lelaki ni. Dengan pakai rayban segala. Berlagaknya. Dalam bas kot. Ada juga manusia macam ni kan? Adala. Sebelah kau tu lah. Hehe.

Agak-agak 10 minit, barulah sampai ke destinasi. Selepas meminta laluan daripada lelaki tadi, aku bergegas masuk ke dalam bangunan di mana tempat aku bekerja. Tak sempat dah nak tegur orang seperti selalu. Nanti bos besar marah. Habis aku.

“Aira! Kenapa kalut sangat tu?” Kak Lia tegur.

“ Dah lewat ni kak. Lagipun saya ni kan pelajar lagi. Mahu kena buang nanti? Saya yang susah kak.” Balasku lantas cepat-cepat masuk dalam lif.

Belum sempat pintu lif nak tutup, ada orang menahannya terlebih dahulu. Dan yang pasti lelaki tadi yang tahan pintu lif daripada tertutup. Laa. Dia kerja dekat sini ke? Kebetulan sangat ke ni?

“ Hai. Jumpa lagi kita.”

Aku hanya sengih. Sengihan yang dibuat-buat. Haha. Tak kuasa nak layan.

“ Awak junior la kan?”

Aku hanya mengangguk. Nanti tak sahut dikata sombong.

“ So saya senior awak. Selamat bertemu kembali.”

Ting! Pintu lif dah terbuka.

“ Apa-apa je lah. Saya pergi dulu.”

Terus aku menonong keluar meninggalkan dia. tak kuasa nak layan junior senior ni semua. Malas nak dengar. Buatkan aku sakit hati.

“Aira!”

Alamak! Bos besar dah panggil. Dengan wajah yang serba salah aku tayangkan sengihan. Dan time tu jugalah lelaki tadi pergi dekat bos besar. Duduk sebelah menyebelah pula tu. arh! Lantak lah. Ada aku kisah sekarang ni?

“ Sini kejap. Saya nak kenalkan awak dengan seseorang.”

Dengan hati yang tak rela aku jalan dekat.

“ Siapa bos?”

“ Ini. Bos baru manager awak. Kan encik Fadzil dah bersara.”

Okay. Aku terbungkam seketika. He? What? He?

“ Perkenalkan. Encik Irfan Faiz. Bos manager baru kita.”

Saat dia tarik keluar rayban dia, aku terus tergamam. Terkedu. Terkaku. Tak berkelip aku pandang dia. Hati aku serta-merta memainkan lagu. Terteguk sikit air liur aku saat sedar siapa sebenarnya yang aku berbual semenjak daripada dalam bas tadi.

“ Hai junior.”

Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience