Bab 11

Other Series 565

Julia bangun dan mendapati keadaan di rumah sunyi. 'Rumah besar tapi sunyi. Apalah nasib aku ni. Family pun tak ramai.' keluh Julia dalam hati. Dia terhidu bau masakan Puan Maria lalu terus menuju ke dapur dan melihat Puan Maria sedang sibuk menyediakan sarapan.
"Good morning my princess." ucap Puan Maria apabila melihat anaknya duduk di meja makan.
"Morning. Papa mana?Patutlah rumah ni sunyi."
Julia baru sahaja ingin meluangkan masa bersama Encik Johan. Jika Encik Johan bercuti, dia sibuk ke sekolah,maka dia tiada masa bersama keluarganya.

"Papa pagi-pagi dah keluar. Biasalah cuti sekolah macam ni mestilah resort tu penuh dengan customer. Lebih-lebih lagi kalau parents yang nak bawa anak-anak pergi bercuti. Orang bujang pula mesti nak rest otak dia orang bagi yang masih pelajar kolej atau yang bekerja. " kata Puan Maria sambil menghidangkan bihun goreng yang telah dimasak ke dalam pinggan yang besar. Julia hanya sekadar mengangguk dan menyeduk beberapa sudu mi kemudian makan.

"Mama tak ada plan nak shopping ke? Tengok keadaan resort ke? Or jalan-jalan pergi mana-mana. " tanya Julia.
"Mama rasa nak duduk rumah je kot. Kenapa? Kamu nak pergi mana?" tanya Puan Maria semula.

"Hmmm.. Julia nak keluar sebenarnya tapi tu lah tak ada kawan. Rumah dia orang kan jauh-jauh. "
"Yelah.Nanti mama bawa pergi resort. " Julia berasa gembira kerana dapat keluar.
Julia bersiap dan mengenakan T-shirt dan seluar slack warna hitam serta membawa sling bag jenama coach.

***************
"Wow! Banyak juga eh orang kat sini ma." kata Julia apabila sampai di bahagian kolam renang dan melihat orang bermandi-manda bersama keluarga dan kawan.
"Eh! Anak papa dan wife papa ada kat sini ye. Tak bagitau pun nak datang. Boleh papa suruh staf buatkan air dekat bahagian tempat rehat dalam bilik papa.
"Tak payah pun pa. Kita orang bila-bila masa je boleh datang. Ni resort family kita kan? Papa sepatutnya memberi layanan yang terbaik dekat customer. Kalau kita orang papa layan kat rumah je. " kata Julia.
"Memanglah tapi kenapa tak bagitau. Dah jom."

Julia dan Puan Maria hanya mengikuti langkah Encik Johan. Mereka berehat di dalam bilik yang dikhaskan untuk Encik Johan. Julia terus merebahkan diri di atas sofa yang empuk itu.
"Kamu tak sopan lah Lia. Kalau staf papa tengok macam mana? " tegur Puan Maria.
"Ahh.. Biarlah. Lia kan anak papa biarlah apa yang dia orang nak cakap." jawab Julia selamba. Seorang wanita lingkungan umur 20-an masuk ke dalam bilik pejabat Encik Johan.
"Err.. Ni wife dan daughter Encik Johan ke?" tanya wanita itu.
" Iya.. Ni staf kat sini ye. Saya Puan Maria." kata Puan Maria. Julia yang cepat-cepat bangun dari pembaringan tadi hanya tersenyum sahaja kerana malu.

" Ye.. Saya PA Encik Johan..Kadang-kadang saya yang uruskan hal resort ni kalau Encik Johan cuti. Oh. Nama saya Farah Nadia. Panggil Farah je. Jemput minum ye. Encik Johan suruh hantar ke sini tadi." Wanita itu pun berlalu.
"Kamu dah kenapa senyap. Malu lah tu. Kan mama dah cakap nanti ada juga staf yang tengok. Tadi bukan main lagi cakap." Kata Puan Maria melihat gelagat anaknya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience