Bab 7

Other Series 565

" Dah siap pun dessert mama dan cucur udang." kata Puan Maria penuh teruja. Jam di dinding menunjukkan pukul 2.55 petang.
" Lia.. Jom tolong mama kemas ruang tamu. Nanti kita ada guest tau dan dinner dengan kita sekali. "

"Patutlah mama nak sangat buat dessert.. Kalau hari biasa-biasa tak nak mama buat. " kata Julia bersahaja.
" Ala.. jangan merajuk. Nanti mama buat lagi ye." pujuk Puan Maria pada anak tunggalnya yang begitu manja.

Lepas mengemas, mereka sekeluarga duduk di bahagian laman rumah yang terdapat meja di situ sambil minum petang.
" Nanti cepat-cepat bersiap tau ada kawan papa nak datang. " kata Encik Johan lalu meneguk secawan teh.
" Siapa kawan papa tu? " tanya Julia.
" Kawan papa tu kan ada dekat resort masa cuti tahun lepas. Mama dan papa makan dengan mereka lagi tu. Dia ada seorang anak lelaki ni tapi dia makan dalam bilik je masa tu..Namanya Dato' Muhsin. Kawan lama masa sekolah dulu. Tak sangka dah berpangkat Dato'." terang Encik Johan.
"Oh."

Habis sahaja Julia minum beberapa cawan teh dia terus masuk ke dalam bilik lalu merebahkan diri di atas katil kerana kepenatan. Jam di sisi katil menunjukkan pukul 6 petang. Julia lekas bangun dan menuju ke bilik air. Pakaian yang dipakai oleh Julia ringkas sahaja. Jumpsuit warna merah dan bercorak floral. Dia menyapukan sedikit foundation di muka dan mengoles sedikit lip gloss merah jambu di bibir.

"Ha.. Dah siap pun kamu. Mari sini tolong mama letak makanan ni dekat meja makan." Puan Maria yang melihat Julia turun terus menyuruh Julia melakukan kerja.
" Asalamualaikum.. " Julia terdengar satu suara di luar rumah. Lekas dia memberitahu mamanya.
" Ma. Ada orang kat luar. " kata Julia.

" Oh,mesti tetamu dah sampai.. Pergi buka pintu. Mama nak panggil papa. Bersiap macam perempuan lama sangat." kata Puan Maria lalu naik ke tingkat atas.
" Cepat ye ma. Nanti habis bedak mama papa pakai tu.. " sempat Julia bergurau sedangkan tetamu masih di luar.

" Walaikumusalam.. Ni kawan papa ke,Dato' Muhsin? " tanya Julia untuk kepastian.
" Iye.. Tak payah panggil Dato' sangatlah. Uncle je. " balas Dato' Muhsin.
"Jemputlah masuk uncle,auntie." pelawa Julia.
"Apa khabar Sin?" tegur Encik Johan.

Selepas isteri Dato' Muhsin masuk. Satu susuk tubuh yang berpaling ke depan kerana ingin masuk dan ia sangat dikenali Julia. 'Aidil!' bisik Julia.
" Kau.... " Aidil hanya masuk dan memberi senyuman kepada Julia.
' Cantiknye dia. ' puji Aidil dalam hati.

"Lia.. Kenapa tercegat tu mari sini. " Puan Maria memanggil Julia yang dari tadi terkaku di situ melihat kedatangan Aidil.
Mereka sekeluarga pun duduk di meja makan.

"Wah sedap-sedap ye kamu masak ni Maria siap ada dessert lagi tu. " puji Datin Suraya.
"Ala..Simple je ni. Janji sedap dan menyelerakan." kata Puan Maria.
"Cantik anak kamu ni Maria. Siapa nama?"tanya Datin Suraya.
"Julia." jawab Julia.
"Oh.." Aidil yang disebelah Datin Suraya hanya tersengih-sengih sahaja.

Selepas makan dan mengemas ruang dapur, Julia melihat orang tua mereka sedang leka berborak sesama sendiri. Julia ke luar mengambil angin di waktu malam dan duduk di kerusi panjang di luar sambil bermain dengan telefonnya. Tiba-tiba..
" Bahhh! " jerkah Aidil.
" Arghh! " jerit Julia.
" Kau nak apa? "

" Tak de kalau nak teman kau kat sini boleh kan? " balas Aidil selamba.
" Baru aku tau kau ni anak Dato'. Patutlah masa dekat resort aku boleh terjumpa kau. " kata Julia.
" Ye.. Masa kau orang dinner aku malas nak makan kat luar bagus dalam bilik je sambil makan sambil main game. " kata Aidil
" Hahahhha.. Tapi sebelum ni memang ada aku tengok papa kau tapi sekarang aku tak ingat."

"Lia jom makan dessert... Tadi nak sangat. " panggil Puan Maria setelah melihat anaknya berada di luar. Aidil pura-pura berdiri di luar kerana tidak mahu bahawa mereka saling mengenali.

" Aidil jomlah. " bisik Julia setelah ibunya pergi.
" Anak kamu ni sekolah dekat mana Johan?" tanya Dato' Muhsin
" Dekat SMK Sri Damai tu je..." jawab Encik Johan
" Oh..Sama lah dengan si Aidil ni ha.. "
" Oh iye ke.. " kata Encik Johan pula.

" Form berapa? " tanya Datin.
" Form 3" jawab Julia ringkas.
"Ala..Sama jugak dengan anak auntie ni ha."

Setelah puas berborak dan minum,Dato' Muhsin sekeluarga meminta izin untuk pulang. "Kami balik dululah." kata Datin Suraya.
Aidil lambat-lambat keluar kerana dia tahu Julia tidak keluar.
" Bye Julia. Jangan rindu sangat kat aku..Masa sekolah boleh tengok muka aku. " bisik Aidil..
" Tak ingin aku nak rindu kau. Buat apa? " kata Julia.

Aidil hanya ketawa kecil mendengar jawapan Julia. Sebelum Aidil keluar.. " Aku harap kau boleh simpan rahsia aku ni. Jangan bagitau sesiapa yang aku ni anak Dato' yang tersohor bisnesnya di KL tu. Janji tau. " kata Aidil.
" Kenapa pulak. Takut makin famous ke. Oklah.. Aku janji tak bagitau sesiapa. " jawab Julia.
"Janji? " Soalan Aidil hanya dibalas oleh anggukkan Julia dan senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience