Bab 6

Other Series 565

Pagi itu, semua pelajar tingkatan 3 berada di dewan utama sekolah untuk orientasi dan pendedahan tentang PT3 nanti. Habis sahaja sesi orientasi dan ceramah daripada guru-guru. Julia hendak pulang ke rumah terus. Kelihatan Lexus SUV papa Julia masuk ke dalam perkarangan sekolah.

"Julia,macam mana orientasi tadi? " Encik Johan terus bertanya pada anaknya itu sebaik sahaja Julia masuk ke dalam kereta.
"Ok je.. Cikgu cuma bagi ceramah penting dan perlu ingat." kata Julia.

"Kamu dah makan? Sebab ibu kamu pergi keluar beli barang jadi dia mungkin tak sempat masak sebab sekarang ni dah pukul 12.30." tanya papanya lagi.
"Emmm.. Belum pa. Tadi ada jamuan tapi Julia malas nak makan dengan kawan-kawan. Lepastu nanti berebut nak ambil makanan. Tu yang Julia nak balik terus je. "

"Ala kamu ni. Apa salah nye. Belajar dari kesusahan. Berebut ke apa ke.. Yelah..Papa bawa kamu pergi restoran. "
"Yeay.. thanks papa.. " kata Julia dengan gembira.
Kereta Lexus SUV hitam itu terus parkirkan kereta dengan elok. Julia dan ayahnya masuk ke dalam restoran yang agak mewah dilengkapi penghawa dingin di dalam. "Pesanlah apa yang kamu nak makan. " kata Encik Johan.
"Julia nak makan spaghetti dan air chocolate blend."

"Ok.. tunggu waiter datang. Papa nak pergi tandas kejap. Kamu bagitau je papa nak spaghetti jugak dan minuman coffee latte tau. " Encik Johan terus ke tandas.
"Ok pa.. "jawab Julia ringkas.

" Nak menu apa? " tanya pelayan di situ
"Spaghetti carbonara 2,chocolate blend 1 dan coffee latte 1." kata Julia angkuh sambil menjeling pelayan itu kerana asyik memandangnya.
"Dengar ke tak..?" tanya Julia.
"Ok..ok.. I got it. " jawab pelayan itu lekas apabila Julia hampir menengkingnya.

Kelihatan dua orang wanita memasuki restoran itu. 'Eh.. tu macam Sarah. But, siapa makcik sorang tu. ' bisik Julia dalam hati.
Sarah perasan yang Julia memandangnya dari tadi terus menegur.
"Hai. " tegur Sarah
" Hai. Kau buat apa kat sini. Bukan tadi kau dah makan kat sekolah ke? "balas Julia
" Aku teman mama aku. Dia belum makan. Kenapa kau tak makan tadi?" tanya Sarah basi.
" Tak de selera aku nak makan kat sekolah tadi."
"Oh." jawab Sarah ringkas.

"This is your dish. " kata pelayan tadi.
"Thank you. " jawab Julia.
"Apa nama awak? " tanya pelayan itu. Julia yang baru sahaja habis minum air nya itu kerana haus mendengus geram apabila ditanya sebegitu apatah lagi orang yang tidak dikenali langsung.

" Saya tak suka orang sibuk tanya pasal privacy saya. Before my dad coming,better you go and do your work. " Julia terus menyuap makanannya dan tidak mempedulikan pelayan yang masih terkaku di situ.
"Wow.. Dia marah kitalah.. Ok. Fine."

"Papa kenapa lama sangat. " rungut Julia.
" Papa sakit perutlah. Kenapa? Ada orang kacau ke?"
"Probably yes. Papa tengok waiter tu asyik pandang Lia tau. Lepastu tanya nama. "
Encik Johan terus memberi jelingan maut kepada pelayan tadi semasa dia asyik memerhatikan Julia.
"Ok.. Makan cepat.. Takut mama tengok kita tak sampai rumah lagi.. Kadang-kadang mama ni suka fikir yang bukan-bukan. " Dua beranak itu terus makan.

" Pergi mana ni.. Lama betul. " Setibanya di rumah Puan Maria terus bertanya kepada Julia dan papanya.
"Papa tu lah. Lama sangat dalam tandas restoran tu tadi." kata Julia. Encik Johan hanya tersengih-sengih memandang isterinya itu. "Dah.. Julia pergi mandi nanti kalau boleh tolong mama kat dapur. Mama nak buat cucur udang for tea time dan puding for dessert malam nanti. " kata Puan Maria.

"Wow. Sounds nice. Lama dah mama tak buat. Tengoklah kalau tak banyak sangat kerja sekolah Lia tolong. "
" Nanti tengok-tengok main telefon je kamu dalam bilik tu ye.. " kata Puan Maria kerana tidak mahu juga anaknya menghabiskan masa dengan benda yang tidak berfaedah sebaiknya bekerja di dapur agar ada pengalaman bila sudah dewasa nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience