Bab 9

Other Series 565

Waktu persekolahan tamat. Encik Johan telah lama sampai di sekolah dan menunggu anaknya itu.
"Kenapa dengan baju kamu tu Lia? Nampak kotor lah." tanya Encik Johan sebaik sahaja Julia masuk ke dalam kereta.
"Tak ada apa-apalah pa. Julia cuai sangat pegang air,tak cermat, tu yang tertumpah dekat baju."
"Oh. Lain kali tu hati-hati. Dah lah ramai orang dekat kantin tu. Sampai rumah nanti kamu pandai-pandai lah jawab dengan mama. Satu rumah dia membebel nanti." Encik Johan terus memandu keluar.

*************

"Lia! Kenapa baju kamu ni. What happen to you? Tell me." Terkejut Puan Maria melihat baju nya begitu. Selama beberapa tahun Julia bersekolah tidak pernah bajunya sekotor itu kecuali semasa dia baru tadika dan darjah satu.

"Tak ada apa-apa ma.Tadi Lia tak pegang betul-betul cup air sebab tu lah tertumpah dekat baju." Julia berasa serba salah kerana sanggup berbohong kepada orang tuanya kerana tidak mahu menjelaskan apa yang telah berlaku di sekolah tadi.

"Baju sekolah kamu ni,kamu cuci sendiri. Nanti mama ajar kamu macam mana nak cuci. Mama nak kamu belajar. Nanti bila dah dewasa,dah ada rumah sendiri,boleh kamu cuci baju sendiri kalau terkena benda kotor macam ni. Tak adalah asyik hantar pergi dobi. Baju macam ni kalau letak dekat washing machine terus pun kadang-kadang tak nak hilang." panjang lebar penerangan Puan Maria tentang pencucian baju. Julia memandang ke tempat lain seperti tidak endah akan kata-kata Puan Maria. "Are you with me?"

"Yes ma.. Lia dengar. Lia nak naik atas dulu nak mandi. " kata Julia dan terus pergi dari situ.
"Ha! Macam ni lah sikap remaja sekarang. Lepas orang membebel pergi terus. " kata Puan Maria sendirian di situ.

" Tak guna kau Sarah! Jawatan je pengawas tapi tak guna! " gumam Julia sendirian. Mujur biliknya di hujung sekali dan tidak dapat didengari oleh Puan Maria. Julia turun dan mendapati Puan Maria sedang duduk di dapur sambil bermain telefon.

"Ha! Apa tercegat situ mari sini. Mama nak ajar kamu cuci. Tunggu kamu turun pun dah lama sangat mama kat sini." Puan Maria sudah pun melihat anaknya berdiri di situ.

" Tapi ma.. Lia dah mandi lah. "

" Nanti kalau cuci jangan macam orang sakai takut buih tu nanti melekat kat kamu dan perlu cekap. Sebab itulah mama nak ajar kamu. Sini!" Julia terus mengikuti segala arahan Puan Maria.

" Ambil beberapa sudu serbuk pencuci tu letak dalam baldi. " Julia pun turut saja arahan.
" Lepastu letak lah baju sekolah kamu yang kotor tadi. Then, letak air. Jangan banyak sangat nanti tak ada buih. " Julia terus mengikuti apa yang dikatakan oleh Puan Maria.

"Lepastu ma? "
" Gosoklah. Alahai anak aku ni.Kamu memang tak pandai gosok benda ke? Tengok macam mana mama buat. "
Selepas Julia melihat cara Puan Maria menggosok baju,Julia terus melakukan kerjanya.
"Haih.. Penatnya." Habis sahaja mencuci,Julia terus merebahkan diri di atas katil.

**********
" Semua disebabkan si Sarah tu.Tak pasal-pasal aku kena cuci baju sendiri. " kata Julia sebaik sahaja telah berjumpa dengan sahabat baiknya di sekolah pagi itu.
" Ala.. Apa salahnye kalau kau cuci sendiri. " kata Rose.
"Masalahnya aku tak suka nak pegang benda ni semua macam serbuk pencuci apa semua. Kau orang tau tak mama aku marah pasal baju tu." kata Julia.

"Kau kena belajar berdikari Julia. Although kau anak orang berada, tapi kau tak ada maid kan sebab mama kau sendiri pun pandai buat house chores. Aku kalau lepas balik sekolah,aku pun cuci baju aku sendiri walaupun tak kotor sangat." pujuk Hana dan memberitahu apa erti hidup dan peranan manusia di muka bumi ini.

" Yelah. Aku faham. Aku sedar selama ni aku tak pernah nak menghargai mama aku. Macam yang papa aku cakap,dia pagi-pagi dah bangun buat kerja. Masak, jemur kain,kemas rumah. Aku? Bangun tidur pun lambat kalau cuti sekolah.Tak pernah nak tolong dia. Aku ada lah kadang-kadang tolong dia tu pun masa ada guest nak datang rumah haritu. "

"Ok jugak tu. Asalkan kau ada tolong mama kau sikit-sikit. " kata Rose.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience