Bab 10

Other Series 565

Julia bangun. Dia membuka telefonnya dan melihat tarikh hari jadinya pada hari itu dan senyum tanda kegembiraan. Dia bernasib baik kerana tarikh hari jadinya jatuh pada minggu cuti sekolah penggal pertama.
'Aku nak bagitau mama ni.' bisik hati Julia kegirangan. Bermacam-macam yang difikirkan oleh Julia. Dia berfikir bahawa mamanya dan papanya akan membawa ke shopping mall dan makan angin. Seronoknya!

"Ma.." kata Julia manja sambil dikedip-kedipkan matanya. Puan Maria sibuk menyediakan sarapan dan berpura-pura tidak tahu.
'Ni mesti nak cakap pasal birthday dia lah tu' bisik Puan Maria.
"Mama ingat tak hari ni hari apa?" tanya Julia.

"Hari ni hari Sabtu lah. Kamu ni dah kenapa? Dah nyanyuk? Mama yang dah tua ni pun masih segar-bugar lagi ingatan ni."
"Ishh! Takkan tak tau kot.." Julia merajuk.
"Dah! Makan! Papa lapar ni. Jangan nak merajuk pagi-pagi ni. Tak baik untuk anak dara."

Encik Johan yang baru saja bangun terus menjamu selera tanpa melayan karenah anak daranya. Puan Maria juga begitu. Julia membuat tanda protes dan marah kerana orang tuanya tidak ingat tentang hari istimewa baginya.

***************
"Hai,Julia!" tegur Aidil yang berada di pagar depan sekolah sebaik sahaja melihat Julia masuk.
"Hai!" balas Julia dengan muka yang tiada mood.
"Kenapa dengan kau ni? " tanya Aidil dan tersengih. Pastinya rancangan untuk kejutan majlis hari jadi Julia menjadi. Julia tidak menjawab.

"Hai, Julia." tegur kedua sahabatnya itu Hana dan Rose.
"Kenapa hari ni kalau ada muncul je orang cakap 'hai' lah. Ha... Ni mesti kau orang dah tau yang hari ni hari apa kan? " Julia sudah mula bertanya tentang hari jadinya itu.
" Err. Sebenarnya hari apa? " Hana buat-buat muka tidak tahu. Tapi hakikatnya orang yang rapat dengan Julia sudah mengetahui rancangan terbaik Aidil.
"Eh.. Hari ni kan hari Sabtu. Cakap nak revision jomlah. Kau cakap bila dah tengah hari makan kat rumah kau kan. Ha.. Jomlah buat kerja sekolah dulu then kita siapkan kerja kursus ni. " Rose mengubah topik yang membuat Julia tercengang di situ.

"Oh. Okay." jawab Julia ringkas.
'Ala.. Kenapa semua orang macam buat tak tahu je hari ni hari apa." bisik Julia dalam hati.
Mereka berada di sekolah sehingga tengah hari memandangkan Puan Maria dan yang lain sibuk membuat persiapan di rumah. Lagipun, Julia pulang jika Pak Osman telah sampai.
"Jom balik rumah aku. Tu Pak Osman our first driver tengah tunggu. Kau orang tu yang nak makan tadi kan." kata Julia. Mereka terus masuk ke dalam kereta Mercedes hitam itu dan dipandu oleh Pak Osman.
" Mmm.. Pak Osman.. Pak Osman tau ke apa-apa plan mama dan papa hari ni. " tanya Julia.

"Tak taulah. Yang Pak Osman tau dia orang buat kerja masing-masing macam biasa je. " kata Pak Osman.
Setibanya di rumah,Julia hairan mengapakah terlalu banyak jenis selipar di luar rumah.
"Pak Osman. Mama buat bisnes jual selipar ke apa ni sampai banyak sangat selipar? Kereta pun ada 3,4 buah dekat luar." Julia mulai rasa curiga.
"Eh.. Takdelah kawan mama kot. Eh masuklah.." Pak Osman terus ke belakang rumah dan memberitahu bahawa Julia ada di luar dan mereka pun bersedia.

Julia masuk dan melihat rumahnya gelap.
"Haih.. Tak ada elektrik ke apa?" pertanyaan Julia tidak dilayan oleh Hana dan Rose.
Julia terkejut apabila lampu dibuka dan nyanyian hari jadi dinyanyikan. Julia terharu dan hampir hendak memarahi sahabatnya kerana membuat kejutan sebegitu.
"Kenapa kau orang buat aku macam ni? " tanya Julia.
"Kenapa? Are you didn't like a surprise? " tanya Hana semula.

"Yes. I like surprise because this is my first surprise. " jawab Julia.
"Eh. Aunty Su?" Siapakah dalang yang ingin melakukan kejutan ini.
"Ya,sayang. Aidil yang buat semua ni. Mama turutkan aje. Dato' Muhsin sekeluarga yang tanggung majlis kamu ni. " kata Puan Maria.
"Aidil! " Julia memukul kuat bahu Aidil. Aidil hanya tersengih sahaja apabila dilihat oleh Datin Suraya dan Puan Maria.
"Patutlah kau tegur aku tadi. Macam ada sesuatu. "
"Memang pun. Mama kau yang bagitau hari ni birthday kau." jawab Aidil selamba.

"Time for eat! " jerit Hana.
"Ishh! Tak ada adab ke kau ni Hana." tegur Rose. Julia hanya ketawa kecil melihat gelagat kedua-dua sahabatnya itu.
"Sorry lah ye Lia. Aidil yang cadang mama ikut je lah. " kata Puan Maria setelah melabuhkan punggung sebelah Julia di tempat duduk meja makan dapur.
"Mama ni suka kan ikut cakap orang lain." kata Julia.

"Hmm.. Orang dah bagus-bagus sambut. Dahlah mama nak layan tetamu bagus lagi dari melayan kamu ni." Puan Maria pergi dan Julia hanya makan sahaja.
"Sedap ke masakan tu?" tanya Aidil yang tiba-tiba masuk ke dalam ruangan dapur.
"Kenapa? Mama aku yang masak kan? " tanya Julia.
"Hahaha.. Ni catering lah semua. Kau tak dengar ke yang family aku tanggung semua ni. Adoi! " jawab Aidil.
"Owh. Aku fikir kau atau mama yang masak." Julia memandang Aidil pelik.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu. Tak cukup hensem ke? Makanlah. Nanti nak potong kek." kata Aidil selamba dan terus menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Kau tu dah kenapa duduk sini. Aku ada ajak? " tanya Julia.
"Salah ke? Aku kan sebahagian dari family kau jugak. " jawab Aidil.
Hampir tersembur makanan dari mulut Julia. Sabar. Sabar. Rezeki.

"What! "
"Yelah. Maybe I will become your future husband." kata Aidil selamba.
"Apa yang kau merepek. SPM pun belum tau tak." Julia cepat-cepat menghabiskan makanannya yang hampir habis itu dan terus meninggalkan Aidil. Pinggan diletakkan sahaja di sinki.
" Woi! Pinggan tak cuci ke! Malas betul! " jerit Aidil.
"Kau lah cuci. Siapa lambat dia cuci. " jerit Julia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience