BAB 6

Romance Completed 8802

Mikh Sophian menyeka air mata diwajah Ily Rhaniya.

“Aku tidak akan pergi lagi. Sudah. Jangan menangis lagi. Nanti bintang kelihatan suram.”

Ily Rhaniya senyum.

“Ehemm..”

Mikh Sophian berundur setapak memberikan ruang kepada Ily Rhaniya dan Babahnya.

“Babah..”

“Kenapa Nhiya buat Babah risau ni?”

“Im so sorry Babah. Nhiya tak sengaja pun buat Babah risau. Nhiya taknak Babah risau. Maafkan Nhiya Babah.” Nhiya mencium tangan Babahnya berkali-kali.

“Nhiya sajalah yang Babah ada sekarang ni. Macam mana pula Babah tidak risau. Babah yang sepatutnya minta maaf dekat Nhiya. Babah terlalu pentingkan kerja sehinggakan anak kesayangan Babah ni terabai.”

Ily Rhaniya menggelengkan kepalanya.

“Please Bah. Jangan cakap macam tu. Nhiya janji Nhiya akan jaga diri baik-baik. Nhiya sayang Babah sungguh-sungguh.”

Ily Rhaniya memeluk erat Babahnya.

“Babah pun sayang Nhiya sungguh sungguh..”

Mikh Sophian tersenyum.

Bintangnya semakin menyinari hidupnya.

“Hadirnya seperti angin. Tak terlihat dimata. Namun terasa dijiwa. Menenangkan. Dia tetap seperti angin. Muncul tiba-tiba tanpa diduga. Tetap terasa. Ingin kusentuh tapi ku tak mampu. Ingin ku simpan dibalang kaca namun sia-sia. Dia datang dan pergi tanpa pernah kuduga. Lantas, kubiarkan dia pergi dan sentiasa hadir sebagai angin dihidupku. Kau sungguh bererti angin.”

Sketching Ily Rhaniya serta merta terhenti.

Wajahnya berona merah.

Pegangan pensilnya serta merta kaku.

“Sejak bila ni gelar saya angin?”

Mikh Sophian melabuhkan punggungnya dihadapan Ily Rhaniya.

Ily Rhaniya tertunduk malu.

“Macam mana awak tahu ni?”

“Saya tak sangka awak pandai lukis wajah saya. Banyak pula tu.” Mikh Sophian tersenyum.

Ily Rhaniya kelu.

Habislah. Pecah tembelangnya mengekori Mikh Sophian selama ini. Ya. Sebenarnya sebelum adegan tersimbah air oleh Mikh Sophian, Ily Rhaniya selalu mengekorinya. Ily Rhaniya dalam diam jatuh cinta kepada Mikh Sophian tanpa mengenalinya.

“Kenapa angin?”

“Sebab saya tak tahu nama awak.”

“Kenapa tak pernah cuba bertanya?”

“Sebab saya tak boleh.”

“Kenapa pulak tidak boleh?”

“Saya tak tahu.”

“Sebab awak sukakan saya.” Mikh Sophian merebahkan tubuhnya dihamparan rumput yang menghijau.

Ily Rhaniya membulatkan matanya.

What?

“Perasan.” Gugup.

“Kenapa awak nak sembunyikan lagi? Awak tak cakap pun, buku sketch tu dah cukup jadi bukti yang awak sukakan saya.”

Ily Rhaniya tidak mampu membalas balik. Kelu. Ingin sahaja disembunyikan wajahnya jauh kebawah tanah agar tidak dilihat oleh Mikh Sophian.

Mikh Sophian kembali duduk menghadap Ily Rhaniya yang hanya menunduk memandang sketching yang separuh siap.

“Sudikah awak jadi bintang saya buat selamanya?”

“Apa awak merepek ni?”

“Saya si Angin nak Bintang jadi kekasih saya.”

Ily Rhaniya tergamam.

“Kenapa saya?”

“Sebab saya cintakan awak Ily Rhaniya. Im really love you.” Mikh Sophian menyentuh jemari Ily Rhaniya. “And I want you to be mine.”

Aku sedang bermimpikah?

Mikh Sophian mempunyai rasa yang sama sepertinya?

Mikh Sophian mencintainya?

Mikh Sophian memandangnya. Menantikan jawapan daripada Ily Rhaniya.

Ily Rhaniya mengangguk. Perlahan menggariskan senyuman bahagia.

“Yahuuuuuuu!” Mikh Sophian melompat kegembiraan. Hari itu dan seterusnya menjadi hari bahagia buat mereka berdua.

Sama cantik sama padan.

Banyak yang tumpang gembira.

Tidak kurang juga yang iri.

Jejaka idaman menjadi milik orang.

Gadis impian sudah dimiliki.

“Sketching lagi?”

Ily Rhaniya tersenyum.

“Hobi.”

“Lukis angin lagi?”

Ily Rhaniya mengangguk.

“Bersama bintang.”

“Bagaimana angin bersama bintang?” Mikh Sophian menatap wajah gadis kesayangannya.

Ily Rhaniya menjongketkan bahunya.

“Angin itu sentiasa hadir. Sedar mahupun tidak.”

“Bintang? Bukankah ia hanya hadir pada waktu malam. Terkadang juga tiada langsung.” Ily Rhaniya menguji.

“Ia hadir atau tidak terpulang kepada seseorang. Meletakkannya didalam hati. Bila ia sudah tersemat dihati, tiada terlihat pun tetap ada didalam hati”

“Kenapa panggil saya bintang?”

“Sebab saya suka pandang awak dahulu. Hanya mampu pandang dari jauh. Tapi tidak mampu untuk dicapai.”

Mikh Sophian tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience