BAB 2

Romance Completed 8802

“Sang Ang… Maaf, Sophian,”

Mikh Sophian yang dari tadi terpaku memandang Ily Rhaniya tersentak. Wajahnya merona merah. Pandangannya segera dialihkan kekiri dan kanan mengelakkan memandang mata gadis yang berdiri dihadapannya saat itu.

Ikutkan rasa hati, ingin sahaja dipeluknya Sang Bintang yang amat dirinduinya selama ini.

Didalam kekeluan itu, Ily Rhaniya mencuri pandang wajah si Sang Angin. Mencuba menghilangkan rasa rindu yang bertapak sekian lama dilubuk hati.

Sang Angin yang bukan miliknya lagi saat ini masih kacak seperti dahulu. Masih persis seperti dahulu, sayangnya hati Sang Angin telah berubah arah.

Akhirnya terlunas jua segala rindu yang terbeban disebabkan pertemuan yang tidak diduga itu.

“Rhaniya apa khabar?” senyuman plastik dicalit diwajah Ily Rhaniya.

Bintangnya sudah hilang ditelan waktu.

Betapa sebenarnya dia mengharapkan terbit dibibir Mikh Sophian adalah gelaran Bintangnya.

Sudahlah Ily Rhaniya.

Hapuskan angan yang tak berkesudahan mu itu.

Terasa wajahnya hangat saat itu. Bukan hanya wajah tapi juga kelopak matanya turut terasa bahang. Tolong!

Jangan biar Sophian nampak. Kau kena kuat dihadapannya.

Mesti kuat!

Bahagianya tidak pernah berpanjangan.

Malangkah? Dari dahulu…

Ily Rhaniya tersenyum.

“Sihat.. Seperti selalu.” masih ada rindu yang belum terlunas.

Ya! Sang Angin.

Rindu memanggilnya Sang Angin.

Krikk.. Krikk..

Say Something!

Aku tahu ada yang bermain difikiranmu. Katakanlah. Luahkan!

Mikh Sophian memberanikan diri memandang wajah gadis yang tika dulu pernah menjadi bintangnya.

Masih cantik dan jelita seperti dahulu.

Masih gemerlapan seperti dahulu.

Adakah perasaan Sang Bintang juga sama seperti dahulu?

Namun ada kesedihan jelas terpancar dari wajahnya.

Mikh Sophian tahu. Kesedihan itu berpunca darinya.

**
Sekumpulan busker mendendangkan lagu untuk menghiburkan orang ramai datang berkunjung. Ramai juga yang tertarik dengan suara merdu pasangan duo tersebut. Sekali pandang seperti pasangan Syed Shamim dan Tasha Mansahar pula. Keduanya tersenyum memandang drama dihadapan mereka. Sebuah lagu dialun merdu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience