BAB 4

Romance Completed 8802

Ily Rhaniya tercengang.

“Awak. Saya minta maaf. Im really sorry. Saya tak sengaja tadi.”

Ily Rhaniya masih pegun. Menatap wajah jejaka yang masih tetap berdiri dihadapannya.

“Awak marahkan saya? Please! Saya sungguh tak sengaja tadi.”

Jejaka tersebut pelik. Langsung tiada tindakbalas daripada gadis itu.

“Awak?” jejaka tersebut mencuit bahu Ily Rhaniya menggunakan jari telunjuknya.

Ily Rhaniya tersentak.

“Tak apa Abang Mikh. Nanti saya tolong dia keringkan bajunya. No worries okey.” Farah Edora pantas menarik lengan Ily Rhaniya menuju kekelas mereka.

Jejaka tersebut menggelengkan kepalanya.

Pelik.

Tapi comel.

Dia tersenyum.

“Nhiya.. Nhiyaa..” Farah Edora melambaikan tangannya dihadapan Ily Rhaniya.

Geram. Langsung tiada reaksi.

“Auchhh..” Ily Rhaniya mengusap lengannya yang menjadi mangsa cubitan Farah Edora.

“Habis tu. Kalau sudah kedunia lain, kena cubit je la jalan terbaik.”

Ily Rhaniya tersenyum.

Diakah tadi?

“Kau ni dah kenapa? Sengih-sengih pula. Risaulah aku.”

Ily Rhaniya memandang Farah Edora.

“Kau ni dah kenapa Ily Rhaniya Irham Yusof? Kena sampuk ka?”

“Siapa namanya?”

Farah Edora membulatkan matanya. Seriuskah budak ni kena sampuk? What should I do? Langkahnya perlahan mengundur kebelakang.

“Engkau ni. Takkan nama sendiri pun tak tahu.”

Ily Rhaniya menggelengkan kepalanya.

“Bukan akulah. Tapi yang tadi tu.”

Farah Edora menelan liur. Tadi? Siapa?

“Kau kena sampuk?”

“Ada juga yang kena penumbuk ni. Aku seriuslah. Masih waras.”

“Habis tu. Kau nak tanya nama siapa? Dalam kelas ni kita berdua sajalah.”

“Tadi. Dekat kantin tu. Yang tersimbah air dekat aku. Siapa?”

“Ouhh. Senior kita tu? Abang Mikh? Mikh Sophian.”

Ily Rhaniya tersenyum. Akhirnya..

Mikh Sophian!

Si Angin.

Ya. Angin.

Bahagianya. Jodohkah bila Sang Angin tersimbah air?

Merepek.

Ily Rhaniya tersenyum.

“Ehemm.. Terkenangkan Abang Mikh lagi ka?” Farah Edora meletakkan buku diatas mejanya. Bersebelahan dengan meja Ily Rhaniya.

“Mana ada.” Ily Rhaniya menyibukkan diri dengan sketchingnya. Hobi.

“Ya lah tu. Macam je lah aku tak tahu.”

Ily Rhaniya buat tidak dengar.

“Nhiya.. Tadi aku jumpa Abang Mikh dibilik guru.”

Ily Rhaniya menjeling.

“Then?”

“Dia tanya pasal kau. Abang Mikh kirim salam.”

Pensilnya berhenti bergerak. Pandangannya perlahan diaju kearah Farah Edora yang mula menyibukkan diri menulis karangan.

“Serius?”

“Terpulanglah kalau tak percaya.”

Ily Rhaniya tersenyum.

Angin kirim salam?

“Sudah. Jangan asyik tersengih saja. Macam kerang busuk saja.”

Ily Rhaniya menyambung sketchingnya.

Waalaikumsalam.

Mana Babah ni? Ily Rhaniya memandang handphonenya berkali-kali.

Babah meeting lagi la ni.

Ily Rhaniya mengeluh. Kakinya dihayun mengikut rentak lagu yang bermain diheadphonenya.

Perhentian bas masih dihuni oleh beberapa orang pelajar. Tidaklah Ily Rhaniya kesunyian. Farah Edora sudah dahulu pulang apabila bas sekolahnya datang menjemput.

Sketching book dicapai bersama pensilnya.

Jemarinya dibiarkan menari diatas helaian kertas kosong.

“Awak..”

Ily Rhaniya memandang orang yang menyapanya.

Mikh Sophian meletakkan beg ditepi beg Ily Rhaniya. Lengan kemeja seragamnya digulung sampai keparas siku. Tali lehernya dibuka lalu disimpan didalam beg.

Perfect.

Ily Rhaniya tersenyum.

“Kenapa awak senyum?” Mikh Sophian mengambil tempat disisi Ily Rhaniya.

Senyumannya hilang.

Degupan jantungnya kembali berdetak.

Laju.

Selaju halilintar.

Kenapa ni? Aduh.

“Nama awak siapa?”

“Ily Rhaniya Irham Yusof”

“Bintang…”

“Nhiya!”

“Bintang….”

Ily Rhaniya memandang wajah Mikh Sophian yang tersenyum.

Kenapa dengan bintang?

“Ada apa dengan bintang?” Pelik. Mikh Sophian tidak jelaskah dengan sebutan namanya tadi.

“Awak sama seperti bintang.” Wajah Mikh Sophian sudah hampir dekat wajah Ily Rhaniya.

Ily Rhaniya kaget. Wajahnya diundurkan mengelak dari terlalu hampir dengan wajah Mikh Sophian.

Dug Dab Dug Dab Dug Dab Dug Dab..

“Kenapa samakan saya dengan bintang?”

Debarannya semakin jelas terasa.

Wajahnya jelas merona merah

“Tak tahu. Mungkin sebab awak cantik sangat.” Mikh Sophian meletuskan ketawanya.

Comel bila terpandangkan reaksi daripada Ily Rhaniya.

Ily Rhaniya geram.

Ingin sahaja rasanya mengetuk kepala Mikh Sophian menggunakan Sketch booknya yang tebal itu.

Bunyi hon menghentikan niat Ily Rhaniya.

Babah!

“Saya pergi dulu.” Begnya pantas dicapai lalu melangkah kearah vios putih milik babahnya.

Mikh Sophian menghantar Ily Rhaniya dengan senyuman.

Selamat tinggal Bintang.

Bintangku!

Sejak kebelakangan ni, kelibat Mikh Sophian semakin hilang dari pandangannya. Ily Rhaniya bingung.

Rindu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience