BAB 7

Romance Completed 8802

Ily Rhaniya digilai ramai sehinggakan membuat dirinya sendiri tidak yakin mencintai si Bintang.

Ily Rhaniya tertawa kecil.

“Tak sangkakan? Saya fikir saya seorang sahaja yang punya rasa itu.”

Mikh Sophian mengangguk. Siapa sangka?

Itupun setelah Mikh Sophian membuka sketch book milik Ily Rhaniya dan terkejut mendapati hampir semua lukisan adalah dirinya.

“Kenapa angin?”

Ily Rhaniya tersenyum.

“Sebab saya sentiasa dapat rasa kehadiran awak. Walau tak nampak jelas depan mata. Selalu hadir tiba-tiba. Hilang pun tiba-tiba. Sama seperti angin.”

“Angin cinta Bintang. Sungguh!”

Mikh Sophian menggumam.

“Bintang pun sama. Sungguh!”

“Kita tidak dapat teruskan perhubungan kita.”

“Kenapa?” Ily Rhaniya menahan sedu.

Ada apa dengan Sang Angin. Berubah tingkah. Berubah arah.

“Aku harus pergi.”

Mikh Sophian tidak sanggup memandang wajah Ily Rhaniya.

“Tapi kenapa? Aku buat salah apa? Katakan Angin.”

Mikh Sophian menggeleng.

Aku yang salah.

“Phiannnn!” suara seorang gadis memecah kesuraman diantara mereka berdua. Ily Rhaniya pantas berpaling. Seorang gadis sedang berpeluk tubuh memandangnya tanpa senyuman. Cantik tapi angkuh.

“Siapa dia?” Ily Rhaniya memandang Mikh Sophian tajam.

“Kayla Haneem. Dia…”

“Dia?”

“Kekasihku.”

Mikh Sophian pantas melangkah pergi meninggalkan Ily Rhaniya yang terjelepuk dikedudukannya.

Kejamnya kau angin. Apa yang membuatkan dirimu berubah serta merta?

Ily Rhaniya menangis. Hatinya terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience