BAB 8

Romance Completed 8019

Aien mengusap lembut pasir yang terdapat tidak jauh dari ruang belakang

vila mereka. Dia menghampiri semak yang berhampirian. Terdapat

ranting-ranting yang baru patah dan kesan tapak kaki. Mereka! hati Aien

sudah berdebar. Perlahan-lahan dia berjalan mengekori jejak tersebut.

Akhirnya apa yag dinanti sudah pun muncul. Pistol yang tersimpan kemas

dibelakang pinggangnya dikeluarkan. Langkah kakinya terhenti apa bila

mendengar suara orang berbual.

“Bos rasa rancang kita okey ke?”

“Okey punya. Kan kita dah rancang. Kita tembak lelaki tu dari jarak jauh

macam yang dirancang.”

“Bos dalam vila ni semua polis bos. Bukan calang-calang orang”

Konco-konco Black! Cis mereka ni tak serik. Ada hati nak tembak laki

aku. Sebelum kau tembak laki aku meh aku tembak kau dulu. Aien menarik

picu pistolnya perlahan-lahan. Dia meniarap mencari posisi yang tepat.

Seminggu yang lalu satu surat ugutan diterima khas untuk Hazwan. Mirul

la yang banyak membantunya dalam kes ini. Kalau boleh dia tak nak Hazwan

tahu pasal perkara ini. Dia tahu nanti Hazwan pasti akan risaukan dia

lebih dari dirinya. Maka perkara ini tekad dirahsiakan. Bukan dia tak

tahu Hazwan merajuk kerana nampak dia keluar dengan Mirul. Tapi apa kan

daya semua tu adalah untuk keselamatan mereka semua.

Pistol tersebut tepat dihalakan ke arah seorang konco Blank.

Bang!

Satu tembakan tepat mengena salah satu konco Black.

“Kita kena serang” jerit salah seorang konco Black. Lintang-pukang

mereka mencari tepat bersembunyi. Aien tersenyum sinis. Nak serang

hendap. Meh aku hendap korang. Satu persatu das dilepaskan ke arah semua

konco Black. Aien tersenyum puas. Semua tumbang. Dia keluar dari tempat

persembunyian dan melangkah ke arah semua mayat yang sudah pun terbaring.

“Tak pasal korang mati katak” Aien duduk mencangkuk disebelah orang kuat

Black.

“Sebelum nak apa-apakan suami aku langkah mayat aku dulu” kata-kata

tersebut diluahkan geram.

Satu bunyi tembakan kedengaran. Aien kaget. Pistol ditangannya terlepas

sebelum dia rebah.

“Kau rupanya perempuan. Kau cari maut dengan serah diri dekat aku”

Cis Black. Bodoh kenapa aku tak perasaan dia tak ada tadi. Black

menghampiri Aien yang sudah terbaring ditanah. Tangan Aien dipijak.

Kesakitan dari tembakan telah menyerang dirinya.

“Mati la aku perlahan-lahan disini sambil aku menikmati darah Hazwan.

Hari bertuah aku bila kau jadi hadiah kau” Black ketawa kuat sebelum

menendang kuat perut Aien. Aien mengerang kesakitan akibat dari sepakan

tersebut. Nafasnya sudah turun naik.

“Haz…wa…n..” tersekat-sekat Aien bersuara. Melihat Black sudah berjalan

menuju kearah vila mereka membuatkan Aien tekad. Dia akan pastikan

perjuangannya sebelum ni tidak sia-sia. Pistol dicapai sebelum tepat

mengena kepala Black. Kesan tembakan dibelakangnya diraba. Perit.

Seluruh tenaga dikumpul. Dia perlu pastikan Hazwan selamat.

Perlahan-lahan dia bangkit. menahan sakit yang mencengkam seluruh tubuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience