BAB 1

Romance Completed 8019

“Kalau aku nak tanya sesuatu boleh tak?’’

‘’Hah? Apa dia?

‘’Aien aku tengok sejak kita datang sini, aku tengok Hazwan dengan kau

macam dingin je” Aida melahirkan rasa yang curiganya.

Percutian empat sekawan di Vila Jojo bersama pasangan masing-masing

merupakan satu aktiviti tahunan mereka.

Ain yang sedang leka membelek majalah hanya tersenyum.

“Aku rasa biasa je”

“Yelah Aien aku tengok si Wan tu lain macam je. Kau ada buat apa-apa ke?”

“Lain macam? Lain macam mana tu?”

“Aku tengok Wan layan kau dingin je” luah Mimi.

“Biasa la tu. Cuaca sejukkan. Tu yang kau rasa dia dingin” seloroh Aien

“Dah la tu korang biar la mereka selesaikan masalah mereka tu” sampuk

Dila. Dia sedang menonton televisyen terganggu dengan perbualan mereka

bertiga. Baginya masalah rumahtangga harus diselesaikan oleh pasangan

masing-masing tanpa masuk campur pihak lain.

“Aku dan Hazwan tiada masalah” putus Aien sebelum menyambung kembali

membelek majalah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience