BAB 2

Romance Completed 8019

Ikan yang sudah diperap dimasukkan ke dalam oven sebelum ditutup oleh Tuah.

“Tak sangka kita kalah dengan mereka” keluh Ikram. Pisau ditangan

dicampak ke dalam sinki.

“Kita pandang sebelah mata dekat dia orang” putus Tuah. Siapa sangka

mereka kalah dalam bermain bola baling pantai. Gara-gara kalah mereka

terpaksa menyiapkan makan malam untuk seisi rumah.

“Hazwan asal kau masukkan banyak sangat tu.” tegur Hisham sebaik sahaja

melihat Hazwan memasukkan satu plastik asam jawa ke dalam lauknya.

“Saja. Lagi pun Aien suka makan masam-masam” Hazwan tersenyum.

“Weh kau nak bunuh kami ke?” marah Mimi. Cepat-cepat dia mencapai gelas

yang berisi air oren. Lalu dihirup. Gila masam asam pedas ni.

“Kan aku dah cakap tadi Wan” marah Tuah. Yang lain sudah pun menolak

asam pedas Hazwan . Tak boleh nak makan, gila masam. Dah rasa macam asam

pedas basi dah. Semua mata tertumpu ke arah Aien yang masih ralit

memakan asam pedas tersebut. Sikit pun tidak terganggu. Berkerut kening

Hazwan. Masakan?

“Betul kata Wan. Kau suka makan yang masam-masam erk?” tegur Hisham

“Ni kira kau masak untuk Aien sorang la ni” Tuah sudah bersandar pada

kerusi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience